I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, November 17, 2011

Tak Dapat 5A Tak Semestinya Tak Pandai.


Kalau dulu-dulu, zaman persekolahan rendah yang lepas, zaman nak amik result ni memang meriah. Lebih-lebih aku bersekolah di bandar, jadi kawan-kawan memang ramai berkerumurun kat notice board. Nak tengok keputusan.. masing-masing check brape 'A' dpt.. hahaha.. tapi itu 13 tahun yang dulu..


Sebagai seorang abang, aku terpaksa berdepan dengan situasi menghadapi bersama-sama result yang adik-adik dapat. Tahun 2003, menemankan Fatin mengambil result di sekolah. Dan tahun 2011 ni, menunggu keputusan Iman dari jauh. Perasaan kedua-dua situasi ini sama, yang berbezanya; masa dengan fatin sebagai seorang kawan manakala masa dengan iman memang sebagai seorang abang.


Alhamdulillah. Iman dapat 4A 1B. Aku bersyukur dengan rezeki yang Allah beri biarpun keputusan yang didambakan sudah pastilah 5A. Sebagai seorang abang, keputusannya itu sudah pasti menenangkan seisi rumah. Kalau diikutkan dari usahanya, tiada apa yang patut disesalkan. Bagi aku, iman memang ada usahanya yang sebaik mungkin.


"Iman, anggaplah ini sebagai permulaan. Kalau dulu di sekolah rendah, mungkin adalah masa untuk belajar sambil bermain. Selepas ini, tiada lagi istilah itu kerana cabaran sudah pasti bakal meningkat. Abang sentiasa doakan kejayaan untuk akan datang pasti dalam genggaman Iman... kerana abg tau, adik lelaki abang ini, BOLEH !!! TAHNIAH dari abang.."


Kepada anak-anak murid yang mendapat 'sindrom 4A 1B' yang lain.. ingat pesan sir,


"Tak dapat 5A, tak semestinya tak pandai... cuba lagi yer"


p/s- kadang-kadang aku pun tak tau, kenapa hari ni aku ke sekolah orang. Bukan ke sepatutnya ke sekolah adik sendiri...?? Aku ada jawapannya - menajdi seorang guru perlu utamakan kepentingan orang lain sebelum peribadi. Betul tak ckLAH, Cikgu Iman shah, chegu...


.

14 comments:

hafizulhakim said...

betul tu. Tak dapat 5A, tak semestinya tak pandai. :) tahniah untuk semua!

mr.syazwan said...

sapa2 dpt 5A all the best!

yg x dpt jgn ler sardis bukan penamat ye

=_=

ckLah @xiiinam said...

UPSR bukan segala-galanya, walaupun semua orang mengharap 5A tu.ckLah dah banyak tengok, budak 5A lingkup masa PMR...tapi, sebaliknya yang ala kadar UPSR, semakin matang apabila di sekolah menengah.

Tahniah buat adik.....4A 1B tu pun cemerlang juga! Permulaan yang baik. Jalan di hadapan masih panjang....contohi abang Long dan angah!

ShahzCudin said...

aku antara insan '4A 1B'...ok je..dpt gak blaja tinggi2..

Chegu said...

Mau tak nye... Jg anak org sampai ke petang, anak sndr kat umah pengasuh, tu pun ade org jabatan suruh siap bwak blk umah budak yg degil2, kasi tnjk ajar memlm, abih bile la plak nak ajar anak sndr, bukan marah, tapi kena la pandai tolak dan tarik kan? Semua benda ada had, kite pun manusia biasa, ape pun ikhlas kan diri kita kan

MENGAJAR KERANA ALLAH UNTUK MURID!

Liyana Zahim said...

Ramai je yg trial dpt 4a. 3a tp real dpt 5A n cmtu gak sebaliknya.. Tu namenye rezeki.. Seelok2nya dlm ekzem jgn terlalu yakin sbb bila kite terlalu yakin kte konfiden terlebih smpai takley pk time jwb ekzem, sweatin, shakin apa2 lg lah.. Hehehe..

Tahniah iman!! :)

ch000tz said...

rindu zaman skolah dulu kan ikhram...:D

Zamri said...

Btol2. X dpt 5A x semestinya x pandai. I dulu dpt 3A jer, dpt jgk masuk world top 10 uni! Huhu...yg penting SPM tu. :)

adwafarahin said...

allah bg ikut usaha n kemampuan kite so klu x dpt 5A tu maknanya kene usaha lebih lg mse PMR pulak ^^

cha zainol said...

tahniah iman :) soh abang belanja.

KinosKoko said...

true!!!
all the As are worthless kalau setakat habis time exam je..

afzan said...

nila masalahnya kalau kita pendidikan berorientasikan grading based!

ekabukanmakcikkau. said...

Oh kiranya adik kau dah tergeng dgn aku lah ni dpt 4A . Lepas ni result pmr dia kau gitau jugak , manalah tau tergeng lagi hahaha

SyedGraphix Dot Com said...

wahhh.. sir? #EhSamalah. HAHA XD