Petang ni merupakan kertas peperiksaan terakhir aku semenjak aku mengikuti kursus perguruan selama lima tahun setengah di maktab nie. Rasa cam tak percaya jer.. dah sampai ke kertas terakhir..?? Sudah tentu mood peperiksaan kali ni sangat berbeza berbanding kali pertama aku menduduki peperiksaan di maktab tercinta nie dulu-dulu... hehe !!
Sebenarnya tak nak cerita panjang-panjang. Setelah dekat 3 jam study giler gaban kat mcd Greenland nie, kitaorang pun berkemas la nak balik maktab. Kitaorang ni sebenar bertiga yer.. Aku, Cik Selipar Merah dan kok ana. Sebelum beredar, tetiba saja cik Selipar Merah ni nak bagi dedikasi kontroversi kat aku..
Nak cakap susah, apa kata tengok video kat bawah nie.. !! (seminit jer..!!)
Cik Selipar Merah, ekceli.. hang memang dah ditakdirkan berkawan untuk bersenang dan bersusah dengan aku. Banyak perkara yang kita harungi bersama.. Tak kira utk ketawa mahupun menangis bersama..!!
Dari memakai jam buat kali pertama, sehinggalah duduk bersebelahan semasa periksa. Merangkak bergelap dalam terowong komunis, mencari lampu suluh dalam gelap gelita dalam gua, mahupun menangis menonton wayang.. kita memang ditakdir bersama sejak orientasi sampailah hari ni..
p/s - Wish me luck k? sebab lepas ni tak tido lagi la gamaknyer.. huhuhu !! (Mood tengah layan lagu 'Got to go' by Najwa)
.
.
20 comments:
kwn mcm nie la kita cari :)
sgt susah nak dpt kwn yg sentiasabersama kita :)
hargailah sahabat yg ada didepan mata :)
video blocked le bro.. :(
sweet,
sahabat kan?
sgt best bile jupe yg mcm ni,,
akak pun ade..
alhamdulillah kerana di temukan dgn mereka.. :D
------
gud luck dik, akak doakan dr sini :D
sahabat itu penting dalam kehidupan kita..^^
nice entry....
best sgt2 bila ada kawan baik..
susah senang sama2!
alala sweet meh.
jangan lupa. kancil buruk aku lah yang bawak kau merata. haha. ada jugak gambar kita dengan sang kancil kan. potong bmw pon penah oke. kelas kau jah.
jangan lupa. kancil buruk aku lah yang bawak kau merata. haha. ada jugak gambar kita dengan sang kancil kan. potong bmw pon penah oke. kelas kau jah.
comeynyeee
mmg kena hrgai org yg slalu disi time susah n sng...
bile abes maktab?
i love my fren..huhu..btw gud luck wehh..!!!
chomeeeyyyy heheh :D
gud luck bro...insyallah akan sukses...amin...
Amboi.. kirim salam bole dak? haha :D
study kat mcd.best giler..mesti makan lebih,borak lebih,gurau lebih.
eh nak habis da?
good luck !
xD
bahagia da nk abes exam kan :)
hahahahaha nape suka pierce brosnan???? sebab dia ala2 manly gitewwwwwwww :p
alamak
kat opis xleh tgk lak vid ni
huhu
apa2 pun gud luck!!
=_=
Oh besfren ka? Suwitt! Ikhram, u know wat kekdg kwn ngan oposite gender ni lgi baik.. Cm pompuan n pompuan susah sgt nk maintai jd kwn baik.. Last2 msti jahanam gak frenship tu.. Neway, ur fren n u r so sweet!!!
Post a Comment