I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, November 12, 2011

Kebingungan..




Enggang sama enggang, pipit sama pipit.

Nampaknya masalah kebingungan aku tu dah hampir selesai. Aku ni dah macam detektif conan pulak, menyiasat segala bagai nak tau apa kebenarannya. Uish.. memang giler! Sampai mengganggugugat emosi aku sebagai seorang manusia. Hahaha..


Namun misteri tu tetap ada..? biarkan masa menentukan kebenarannya. Sebenarnya aku tau siapa dalangnya. Tapi aku biarkan. Baiklah. Tamat kat situ.


Semalam, aku makan lambat. Sangat lambat dalam pukul 9.30 malam baru nak bergerak dari bilik ke tesco berhampiran maktab. Itupun sebab masalah 'kebingungan' tu la.. !! Jadi, kaki, tangan, perut semuanya dah mengigil masa tu minta aku pegi cari makanan.


Sampai je tesco, perasaan tu dah macam nak cari juadah berbuka puasa pulak.. hahaha..!! Cari punya cari, aku singgah kat food court. Aku siap order 'chocolate oreo' kat gerai - each a cup. Bila tiba nak bayar. Aku raba poket seluar belakang. Kempis. WTF !! memang aku tercarut kat situ.. Wallet aku tertinggal.. OMG !


Aku memang panik giler time tu. Dengan satu badan menggigil menahan lapar. Aku raba-raba poket, ada dua ringgit dengan beberapa sen jer. Usahkan nak makan nasi goreng, nak bayar 'chocolate oreo' ni pun tak cukup. Takkan nak patah balik bilik kot, amik wallet. Mustahil..


Sekali apa aku buat, aku turun tingkat bawah. Konon-konon nak cucuk duit kat mesin ATM. Masa turun esklator, aku tepuk dahi sendiri. Bodoh ! Dah wallet ko tertinggal, mana ada kad bank ko kat sini sekarang..!! Naik balik semula dan berfikir..


Tetiba tercetus satu idea. Aku masuk Tesco. Aku try cari sesapa jer budak maktab yang ada. Memang terdesak giler nakkan duit. lapar kot..?? Cari punya cari.. sorang pun tak de.. Ye la dah dekat pukul sepuluh, mana ada sesapa..


Tapi memang naseb aku kot.. dah penat pusing-pusing satu tesco, tetiba terserempak dengan junior sepasang ni. Dengan muka tak malunye g la meminjam sepuluh ringgit. Akhirnya dapat la aku makan nasi goreng ayam dan 'chocolate oreo' yang aku idam-idamkan. Aku makan kat food court dalam keadaan semua kerusi dah diangkat naik atas meja. Memang rasa macam pelarian masa tu.


Pengajarannya. Pertama, jangan pegi jalan-jalan sorang-sorang. Kedua, kalau ada masalah, kawal dengan berhemah. Ketiga, rezeki kita adalah milik Allah.


p/s - kenapa aku tak leh buka blog orang ek? Kalau buka pun mesti keluar header dia jer?? kenapa? kenapa? Help me !!


.

14 comments:

ikan said...

hehe, lain kali sblom kuar mne2 tue
selit2 la duet. hehe

:)

ShahzCudin said...

parah jgk klo jd mcm ni..
pengajaran berguna ni..

Prasetyo said...

Nice blog posting. I'm just blogwalking and very interesting to stop here and read your post. I like this.

But, dont forget to give us your comment into my blog ya.

Thanks for share.

ch000tz axoera said...

bingung xpe...jangan mengong udah hehehe

adwafarahin said...

sebaik jumpa jugak junior kan klu x kebulur kat situ haha :P

delarocha said...

haha..ada adegan senior paw junior.. huhu

A Crack Mirror said...

sangat lama tak singgah sini...adeh..da macam2 cerita kamu update... kesian bila baca cerita ni...boleh wat tajuk kecik ni... demimu choc oreo...huhuhu~

Rtp Farra Arisha said...

you've to be more smart at controlling eveyrthing you do! :) okay? ada apa dengan kebingungan itu?

Maicher said...

haha. lawak sbenanya.
sy bleh tau perasaan ni camane cos sy penah face.

dah la tak cukup duit, pastuh tak bwk wallet. pastuh nak g amek duit baru teringat takde kad.

oh! oh! oh!

EJA said...

blh dijadikan pengajaran ni..

apa anda rasa kalau perkara ni terjadi dpn mata anda

http://menulisdenganhati.blogspot.com/2011/11/saya-tak-faham-dengan-sikap-lelaki.html

hafrawiey ozakawa said...

kasihan...x pe..baru sekali..amik je bnde tuh sbgai pnjran taw...


p/s:done follow here..follow back

si robot comel said...

lain kali sebelum keluar,cek bawak wallet ke tidak,hehe

Chegu said...

Gua pernah kene gak bro, time isi minyk, slmt da jd peel aku raba wallet dl sblm order, trus cancel,haha

Zulfikar Hazri said...

peh, aku pernah rasa lagi teruk, nak isi minyak motor takde duit. last2 pinjam kawan rm1.. itu pun 50sen dua keping...