I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, January 28, 2010

Elaun

Pagi2 lagi aku dah dikejutkan rumate, Amir Aminuddin.. siap berbisik ka pangkal telinga.. "ikram ada berita baik.. elaun dah masuk!" aku yang masih lagi mengantuk, bagaikan terkena siren bomba mengatakan ada tsunami sedarnye.. hahahaha.. berita yg mengejutkan!!

Awal semester ni banyak perkara yang menyedarkan aku. Selalunya apabila kita berada dalam kesempitan hidup, baru tubuh dan jiwa kita berjaya mengawal diri. Mengawal kehendak diri, mengawal budi pekerti, mengajar kite erti sabar dan tolenrasi dan sebagainya. Pada aku, waktu yang tersepit ini aku belajar budaya memahami.. budaya berkongsi.. Ish3x.. baru aku nak belajar.. terukkan aku?? tapi tak mengapa, pembelajaran dalam masa terdekat ini memberi pengajaran yang amat bermakna.. Bukan mudah mendengar dari orang lain namun menjadi pakar rujuk kepada seeorang itu mungkin kesukaran yang bermanfaat.

Hari ni mcm2 aktiviti dianjurkan oleh pihak maktb. Bermula dgn penyampaian hadiah prestasi cemerlang kokurikulum sehinggalah pembubaran JPP. Aku memerhati dari jauh.. Entah bla peluang aku untuk berlari dan berjabat tangan menerima penghargaan dari pihak pengarah. dari dulu hanya memerhati. Kadang2 terfikir juga, tiada satukan kelebihan aku yang melayakkan aku setaraf bersama mereka yang tampil di atas pentas itu td?? Sampai sekarang budaya sederhana sebati dgn aku - ada, adalah.. tiada, tiadalah menjadi budaya aku.. Entah bila aku nak ubah.. tp aku percaya suatu hari aku akan tampil juga...!! mudah-mudahan!!

Petang ada pameran minggu penghayatan islam. Berbagai sudut gerai dalam pameran ini yang membentangkan isu-isu semasa berkaitan islam. Secara ringkas.. apa itu islam?? islam itu adalah gaya hidup. Aku pasti ada segelintir antara kita masih bisu bile ditanyakan soalan yg sebegini.. jgn risau, islam adalah agama yang mudah difahami dan mudah diterima. Jadi pameran ini sedikit sebanyak berjaya menerangkan kepada aku tentang isu-isu perkaitan islam dalam segenap aspek secara menyeluruh. Terima kasih kepada gerai pameran ' ANDA BIJAK ?? JAUHI ZINA??' yg pada aku telah berjaya memberi penerangan dengan jelas tntg isu zina dan langkah2 menjauhinya.


petang, terlibat dalam penganjuran pengelolaan sukan bola tampar.. aku anggap pengajuran kelas aku ini berjaya sebabkan kerjasama dari setiap rakan2 sekelas. Alhamdulillah, bersyukur sgt dengan usaha baik kawan2.. kita dah berjaya.. !!

Malam, aku ke queensbay dgn Afiq Ismail, Syafiq Mohd. nor, dan rumate, Amir Aminuddin. Niat aku hanya untuk membeli ampai baju shj.. tapi lain pulak yg aku tambah beli.. pewangi ambi pur, losyen la, sabun badan la.. raga baju la.. mengarut sungguh.. aku terlupa hari ni adalah "NO PLASTIC BAG DAY" jadi beli barang byk2 pun masalah jugak sebab beg plastik tak der.. apa lagi.. masukkan semua barang dalam raga baju.. lepas tu jinjing raga baju dengan afiq.. bayangkan bawak raga baju kat queensbay.. hahaha!! akibat terlambat sampai queensbay.. terpaksa kami berempat makan pizza hut!! kesian kat kami... hua! hua! hua! Nasib baik ada elaun.. huhuhu..~

2 comments:

LyaZaty said...

wey..x follow blog aku haha http://www.arrelya143.blogspot.com

iKhRam said...

nnt aku follow.. sebuk keje byk.. blog aku pun lintang pukang