I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, April 22, 2011

Kisah Durian !!

Salam

Semalam aku memang tak dapat tido.. mungkin sepanjang petang lepas tamat mesyuarat kokurikulum sekolah, kemudian dengan menyambung melukis mural kat dinding sekolah.. aku rasa aku memang letih.. secara jujurnya, aku memang sedang cuba menyibukkan diri aku.. Aku memang nak diri aku sibuk !!

Jadi kesannya.. aku memang tak boleh nak lelapkan mata langsung.. yang peliknya, semua kerja yang memerlukan otak, satupun aku aku tak nak buat.. itulah masalahnya..!! Aku nak baring2 jer kat katil.. Aku sedar, otak aku ni sebenarnya dah letih.. letih sangat !!

Ntah mcm mana , kawan serumah aku pun balik.. lewat dia balik hari ni sebab mengajar tuisyen.. selalunya aku akan tegur dan borak2 jugak la dengan dia.. tp malam td semuanya tak berlaku apa2.. nak keluar bilik pun aku malas.. tp yang aku pelik, hidung aku macam ada terbau durian.. kuat bau dia.. nak tnya..?? Malas.. punyer la letih sampai nak bercakap pun malas..

Alih2.. dalam pukul 12.30 tengahmalam.. aku pun keluar dari bilik.. semua orang dah kaku, tidur.. dengkur2 lagi.. ada seorang jer yang sibuk dengan keje dia kat bilik.. Aku sebenarnya nak ke dapur.. sebelum sampai dapur.. ada nampak ada plastik. Dalam palstik ada durian.. APA??? ADA DURIAN ?? DURIAN MAK OII?? mana datang durian2 ni...(muka masa tu mcm nampak harta karun) 4 biji semuanya.. sebiji dah terbelah tengah..

Serius.. aku pandang kanan.. aku pandang kiri.. line clear.. aku terus kupas.. aku terus makan..!! dekat nak sepuluh ulas lebih kurang.. dah sedap2 makan, baru aku terfikir.. sapa la punya durian nie..?? Aku nampak kawan aku td dah nyenyak tidur.. nak kejut tanya, kesian pulak.. last2 aku kejut jugak lah... aku mintak izin nak makan durian tu biarpun aku dah telan sepuluh ulas tadi..

Dia benarkan...!! Apalagi teruslah sehingga ke ulasan yang terakhir.. tp bukan ini yang aku nak ceritakan sebenarnya...

Aku teringat kisah aku 16 tahun yang lepas.. masa tu aku darjah 1.. Mak belikan aku sebuah buku cerita. Emak belikan buku ini bagi mengurangkan rasa sedih aku yang terpaksa pulang ke rumah setelah lama tinggal di kampung.. dan tajuk buku cerita ini ialah 'Anak Yang Menurut Perintah'..

Mari aku cerita sedikit sebanyak sinopsisnya.. dan ambiklah iktibar..




"... Di sebuah kampung, tinggallah seorang anak lelaki bersama ibunya. Dia telah lama kehilangan ayahnya sejak dilahirkan lagi. Di kampung itu tinggallah dia bersama ibunya dari kecil sehinggalah dia menjangkau usia awal remaja.

Pada suatu hari, anak lelaki itu ingin mengembara ke suatu tempat untuk berdikari dan mencari rezeki. Dia memohon keizinan dari ibunya yang sangat-sangat dia kasihi. Dengan rasa sedih dan pilu, ibunya menginzinkan dan sebelum dia melepaskan anak lelakinya pergi dia telah berpesan supaya anaknya pandai membawa diri, tidak menyakiti hati orang lain serta tidak mengambil harta kepunyaan orang lain tanpa kebenaran.

Anak lelakinya itu mengangguk faham. Lalu pergilah dia dengan rasa berat hati meninggalkan ibunya. Dia mengembara melalui jalan hutan. Dalam perjalanan pengembaraannya, dia terlihat sebatang sungai. Lalu dia berhenti berehat untuk minum. Entah bagaimana dengan kuasa tuhan, dia terlihat ada sebiji buah durian terapung-apung di dalam sungai. Lalu dikautnya buah durian itu dan dikupas lalu dimakannya dengan puas.

Sedang dia menjamah buah durian itu, dia teringatkan pesanan ibunya.. Dia menyedari dia telah makan buah durian itu tanpa kebenaran tuan milik buah durian ini. Lalu dia berfikir bagaimana untuk bertemu dengan tuan milik buah durian itu. Dia mendapat idea untuk mengikut arah aliran sungai di mana asalnya buah durian ini bergerak mengalir mengikut arus sungai. Setelah beberapa lama dia menjejaki sungai itu, tibalah dia di sebuah dusun durian. Dia bertemu dengan tuan dusun itu.

Dia memohon maaf kepada tuan dusun kerana telah makan buah durian itu tanpa izin dan tidak mampu untuk membayar ganti buah durian itu. Tuan dusun itu melihat budi pekerti anak lelaki ini. Dia sedar budak lelaki ini baik orangnya. Lalu tiuan dusun ini meminta anak lelaki ini supaya memenuhi dua syaratnya.

Pertama, dia perlu bekerja membersihkan dan mengerjakan dusun ini sehingga tuan dusun berpuas hati dan syarat kedua, akan diberitahu setelah dia berpuas hati dengan hasil kerja anak lelaki itu.

Anak lelaki itu menerima dengan rela hati. Setelah empat bulan bekerja di dusun itu, akhirnya tuan dusun menemui anak lelaki itu. Dia menyuarakan syarat kedua. Syaratnya, dia perlu mengahwini anak perempuan tuan dusun itu. Anak perempuannya itu pekak, bisu serta buta. Sekali lagi, anak lelaki itu redha menerima suratan takdir hidupnya.

Sehinggalah setelah hari persandingannya, dia menemui isterinya itu. Dia terfikir, dia mungkin tersilap orang kerana perempuan di depannya itu tidak buta, tidak pekak malah tidak juga bisu. Lalu die bertemu dengan tuan dusun.

Tuan dusun itu kemudiannya menerangkan. Anak perempuannya itu buta kerana tidak dia pernah melihat perkara-perkara yang tidak baik. Anak perempuannya itu pekak kerana tidak pernah mendengar perkataan-perkataan yang tidak baik. anak perempuannya itu bisu kerana tidak pernah menuturkan perkataan2 yang tidak baik. Kini, legalah anak lelaki itu..."




Maaf, aku cuba meringkaskan cerita ini sedaya upaya.. Inilah hasilnya (hehehe.. sori yer kalau terpanjang) Bayangkan, inilah buku cerita yang aku baca sewaktu aku darjah 1... dan aku mulai faham nilai pengajarannya setelah aku darjah 3. Itupun emak menerangkan kepada aku apa yang dimaksudkan oleh cerita ini.

Dan pengajaran sepanjang hayat yang aku dapat ialah - anak yang baik adalah anak yang menuruti segala nasihat dan arahan emaknya. Allah telah menjanjikan syurga kepada anak-anak yang menurut perintah ibunya dan Allah menjanjikan masa depan yang baik kepada orang yang memuliakan ibunya..


.

p/s - Aku ingat, buku cerita aku ni lebih baik dari menghabiskan duit beringgit-ringit membelikan anak-anak komik jepun yang tak mendatangkan faedah apa2....

.

8 comments:

IMANSHAH said...

bab melukis mural tu standardlah guru praktikal

kakyongnida said...

saya suka durian :)

afzan said...

erk, pesanan yang terakhir tu membuatkan gua down. haha :)
aku, dia & lensa

iKhRam said...

IMANSHAH :yang standard tu la yang kami tak braper nak mampu tu.. dah siap nnt barulah bley berehat..
jgn pegi melawat sek tu tahun depan, tgok2 mural kami dah kene padam !! hahaha

iKhRam said...

nida husna : saya pun !!

iKhRam said...

afzan ; alamak ! jgn rasa down.. pesanan terakhir tu tak de kene mengena dgn yang hidup yang mati.. tu semua secara kebetulan!!

mian said...

dalam kehidupan kejujuran itu penting =)

iKhRam said...

mian : sgt2 penting..