I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, April 3, 2011

Andai Aku Ingin..

Salam..


Rambut pun dah panjangkan..?? Jadi dok sorok dengan topi jer.. !! Bila bukak, memang kusut !! tapi tak pe.. ada orang sayang jugak kan??

Hari ni nak berkongsi dengan sesapa yang membaca blog aku ini.. tentang, sekiranya aku diberi peluang mencipta sesuatu yang baru, aku ingin.. :



  • Aku ingin mencipta sebuah kereta yang mempunyai satu ruang untuk aku dan adik beradik bermain saidina ataupun uno card. Sangat2 merindukan zaman kanak-kanak kami yang serba kekurangan dan kedudukan yang stabil kini mengundang memori itu.. !!

  • Aku ingin mencipta satu mesin yang mampu mengesan penipuan para pegawai-pegawai pihak berkuasa.. tak kira polis, kastam dan suruhanjaya pencegah rasuah malaysia mahupun ahli politik yang lain. Perakra ini penting, kerana integriti kalau hanya diwarwarkan di mulut tanpa pelaksanaan yang jelas, umpama indah rupa dari khabar. tp ini bukan tanda tidak mempercayai pihak berkuasa sebaliknya memastikan keberkesanan dan tahap integriti mereka sentiasa cemerlang. Saya percaya kepada pihak berkuasa tempatan.

  • Kali ini khusus untuk wanita, aku ingin mencipta sebiji gincu bibir yang mempunyai gas pemedih mata. Gincu ini sesuai dengan keselamatan para wanita yang didera mahupun yang berhadapan dengan kes ragut. Atau lebih baik digunakan mereka untuk menentang kes-kes gangguan seksual dan cabul. Secara serius aku dah ada lakaran model gincu itu..!!

  • Aku ingin sekali mencipta sebuah botol mineral yang boleh membancuh perisa minuman yang kita sukai dengan hanya mengisi air suam sahaja.. mesti best kan?

  • Yang ni best sket untuk guru2.. aku nak mencipta sebatang pen yang akan menulis apa yang kita perkatakan.. maksudnya dalam pen tu ada satu mikrocip yang boleh mengesan aksara melalui bunyi yang direkodkan dari mic di hujung pen. Bestnyer.. senang sket nak tulis lesson plan.. hahaha!!

  • ..dan, kalau aku ni saintis.. aku nak ciptakan satu ubat yang boleh membuatkan semua orang gembira.. dan tak bersedih.. !! kalau boleh, aku nak cipta satu ubat mencegah kanser. Teringat mak long dan mak didie yang pernah mengalami sakit seperti ini.. Serius aku terfikirkan mak long untuk saat2 ini..

Apapun, minggu ini adalah minggu yang tebaik untuk aku lalui. Aku sedar, minggu ini aku banyak tersenyum dan bersemangat. Aku rasa aku tau apa sebabnya.. hehehe..!!


p/s - sedehnyer.. malam ni tak dapat tgok Anugerah Bintang Popular.. tp tak terkilan sangat sebab Dato Siti tak join.. hehehe!!


.

3 comments:

zazaw said...

samalah tak dapat tengok jugak :|

::FAIZ:: said...

aku nak ubat gembira tu. heheheehehe

sarah zulk said...

idea tentang pen tu memnag brilliant sir ikhram! =D