Salam perpaduan untuk semua yang membaca blog aku ini..
Dua tiga hari ini, semangat aku berkobar-kobar untuk ke sekolah.. sebab itu cerita blog aku sejak kebelakangan ini lebih tertumpu kepada kenangan-kenangan indah sepanjang sesi pengajaran di kelas. Sebenarnya, aku sedar akan perubahan tingkahlaku anak-anak murid aku yang sejak kebelakangan ini menunjukkan respon yang lebih baik semasa aku mengajar. Mereka kini lebih berani mengutarakan pendapat dan tidak lagi takut menjawab soalan-soalan aku. Adakala aku terasa lucu mendengar luahan pendapat mereka berkaitan tajuk yang diajar. Inilah yang aku mahukan. Perkembangan ini menjadikan kelas aku bertambah menarik.. !!
Seperti contoh, ada beberapa pelajar aku seperti Rohayu, Alif, Nazira, Fariz, Amirul dari kelas 5 Budiman menunjukkan perubahan tingkahlaku yang sukar untuk aku percaya.. mereka kini lebih bersemangat menunjukkan minat dengan melakukan aktiviti aku dengan jayanya.. Kalau kelas 2 Budiman usah cakaplah, pantang soal.. semua angkat tangan bukan main lagi.. begitulah gamaknya...
Jadi sebagai guru, perubahan sikap sebegini menaikkan semangat aku untuk mengajar malah aku bertambah gembira berada di sekolah..!! Terima kasih anak-anak murid cikgu.. kerana itu, cikgu semakin mengerti betapa pentingnya peranan cikgu kepada kamu semua..!
Menjadi guru, hati janganlah terlalu keras sehingga secalit senyuman pun tiada.. tegas perlu ada namun cukuplah ketegasan anda itu terselit secubit rasa kasih dan sayang secara tak langsung.. Anak-anak murid aku jarang-jarang takutkan aku macam ternampak hantu, tapi bila aku tinggikan suara, semuanya akan diam.. semua akan kembali duduk dengan tegak sambil memasukkan kerusi ke dalam meja.. ada masa, aku tidak perlu marah, sekadar menunding jari.. tengoklah.. akan ada keajaiban terhadap tingkahlaku mereka.. Adakala bakat mengajar ini mampu kita pupuk dari sehari ke sehari ataupun kadang2 ia datang secara semulajadi kerana datang dari persekitaran dan sikap yang ada dalam diri kita sendiri sebenarnya.. Menjadi insan yang disenangi orang lain tidaklah sesukar mana.. Percayalah..!!
Aku suka bergurau dengan anak-anak murid aku.. Ada masa akulah pelawaknya.. sambil aku selitkan sedikit ilmu pengetahuan dalam setiap gurauan aku.. ada masa aku berteka-teki tentang space, our earth, tentang anatomi manusia.. dan apa sahaja tentang sains dalam gurauan aku.. kerana aku tau, kanak-kanak sebenarnya sangat2 sukakan apa sahaja tentang science.. Science sangat dekat di hati mereka..
Dan setiap pagi aku tidak pernah lupa untuk memberi ucapan salam kepada mereka terlebih dahulu sambil aku gosokkan kepala mereka dengan tapak tangan aku.. kerana kanak-kanak sukakan sentuhan.. dan akan aku pastikan mereka akan memanggil nama aku dengan lengkap.. SIR IKHRAM.. tujuannya adalah agar mereka takkan melupakan aku biarpun rupa aku nanti reput dimamah usia.. Nama itu penting..!! Menjadi seorang guru yang mudah didekati sangat membahagiakan walaupun adakala murid-murid takutkan kita kerana ketegasan yang tersembunyi dalam diri kita sendiri..
Apapun, minggu ini kami kumpulan guru-guru pelatih telah pun memulakan langkah pertama menyiapkan mural sekolah.. pantang saja ada yang melalui kawasan mural kami, mereka akan bertanya..
"awat dinding ni cat kaler hitam ??"
"sir ikhram, sir ikhram nak buat apa ??"
"Sir ikhram, sir ikhram pandai lukih no ?"
Aku diam sahaja.. kalau seorang yang menyoal.. boleh la aku nak jawab.. kalau berpuluh-puluh yang lalu lalang dan bertanya soalan yang sama.. uih, letih tu..!! Jadi aku menggunakan tenaga seorang murid yang bertindak sebagai kaunter pertanyaan yang menjawab soalan-soalan mereka..
"Sir ikhram, sir ikhram buat apa ni?"
Murid yang aku pilih tadi yang akan tolong jawabkan.. "MURAL"
"mural tu apa ??"
Murid yang aku pilih tadi hanya diam sambil matanya memandang aku..
"La... saya jugak ke yang nak kene jawab... huhuhuhu !!" rungut aku sambil ketawa berdekah-dekah.. !! hahaha
.
p/s - agak2 korunk, mural tu group aku nak lukis ape ??
.
7 comments:
mana hasil muralnya. nak jugak tengok :)
RASANYA ANDA SEORANG CIKGU YANG BAIK.. TAHNIAH
ehhhhhhhhh..mana mural nyer?? ish.
seronokla plak baca entry pasai kesah kehidupan seorang guru dengan anak2 murid.. tetiba terasa nak jadi cikgu plak.. HUHU.. btw, cat hitam tu nak lukas space kowt.. toi x?
hehehe. rajin sir wat mural!!! cewah!! ikhram!! au tak!! BIG anat sepatutnya g 4hari 3mlm.. anat just pegi 2hari 1mlm je.. haaaaaa
nak lukis gambar bulan la tu.. so back ground harus la hitam.. kan? hehe..
aktiviti yg sihat bersama anak2 murid...cayalah cikgu ikhram.. hihi :)
Post a Comment