I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, April 5, 2011

Al- Fatihah buat Mak Long..

Al- Fatihah buat mak long Badariah yang telahpun menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi tadi.. Semoga Allah SWT merahmati rohnya dan menempatkannya di kalangan orang-orang yang beriman.


Pemergian mak long mengungkap seribu satu penyesalan di hati abang.. Di mana tawa hilai kita yang sepatutnya bertambah bagaikan menghilang sedikit demi sedikit, hari demi hari. Benteng penghalang rasa sayang kita yang sepatutnya tidak ada, bagaikan terbina dengan sendirinya.. Penyesalan ini tiadalah lagi gunanya.. Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiadalah berguna.. Pertemuan kita yang terakhir ketika itu, pada saat masing-masing dengan perasaan masing-masing.. sangat-sangat menghibakan hati abang pada masa ini..


Sewaktu mak tam menghantar pesanan ringkas akan ketiadaan mak long, abang rasakan abang masih lagi kuat. Kemudian, abah pula membuat panggilan mengkhabarkan tentang perkara dan berita yang sama.. abang masih mampu bertahan. Namun buat kali ketiga, abang membuat panggilan dan kali ini emak yang menjawabnya.. perasaan ini bagaikan sukar diungkap..


Emak menghalang abang dari menangis.. kerana sewaktu dia melawat mak long tempoh hari, mak long sudahpun memaafkan semua orang.. dan mak long sempat bertanyakan khabar abg.. Abang smenyedapkan hati abang dengan cakap-cakap emak itu..


Kini, mak long sudah tiada lagi.. dan yang tinggal hanyalah kenangan yang memberi seribu satu pengajaran dalam hidup abang.. bahawa dalam apa-apa yang terjadi, kesabaran itu perlu.


Al- Fatihah buat maklong..


Sebenarnya dalam hati abang, ...


maaf, abang tak mampu lagi nak menghabiskan kata-kata abang..

biarpun mak long tidak lagi mendengar...

.

p/s - aku sedar, antara abah dan emak.. kedua-duanya mempunyai cara yang berbeza dalam menangani masalah dan perasaan aku.

.

3 comments:

::FAIZ:: said...

Al fatihah, sabar ok

zazaw said...

sabar sir

Anati Soki said...

al-fatihah.. moga arwah tenang disana.. amin..