Salam.. hai.. Lama benar tidak bercerita kisah-kisah yang menggembirakan hati dan menenangkan.. hahaha.. !! Sejujurnya aku seorang yang periang.. pergi ke mana-mana pun ada saje ceritanya.. biarpun seringkali aku mahu ke tempat-tempat yang yang sepi dan menenangkan..
CINTA ITU SEMANGAT !
Itu sahaja yang aku ingin cakapkan buat masa ini.. !! Setiap pagi, aku selalu nampak wajah aku dengan jelas di depan cermin di bilik.. Aku perhatikan wajah berminyak aku setelah bangun dari tidur, sangat2 menakutkan kadang2.. namun bila aku teringatkan mesej terakhir dalam telefon bimbit aku malam tadi.. aku hanya tersenyum.. semangat tiba-tiba telah datang.. !!
Masihkah kita semua ingat akan iklan kemerdekaan dari idea kreatif PETRONAS.. "Kenapa Saya Sayang Rumah Saya".. ingat tak?? Budak lelaki itu beri macam-macam jawapan namun akhirnya tiada jawapan yang pasti.. mengapa di sayangkan rumah dia.. betul tak? Yang dia tau, dia memang sayangkan rumah dia.. Lihat, bagaimana rasa sayang dan cinta itu mampu mencetuskan idea kepada semangat patriotik sayangkan negara kita?? Semangat itu telah hadir bukan.. dari perasaan cinta..
Sama jugaklah situasinya.. rasa cinta itu telah menyemai semangat ke dalam jiwa aku..
Kadang-kadang dengan satu jawapan panggilan telefon boleh merubah mood kita dari rasa sepi menjadi terlalu bahagia..?? Pernahkan anda rasa begitu..?? Setiap pagi.. sebelum aku dikejutkan rakan sebilik.. mak dan abah pasti menghubungi aku dengan tujuan untuk mengejutkan aku bangun pagi.. Selalunya kalau dalam tayangan drama, ramai pelakon mengangkat telefon dengan rasa malas, mengantuk.. mamai.. tapi semua itu berlainan dengan aku.. setiap kali aku jawab panggilan mak, pasti akan ada gelak dan tawa.... emak seorang yang garang dan tegas sebenarnya.. namun bila berbual, adakala aku nampak dia lucu juga.. dengan rasa sayang dan cintanya emak pada aku .. telah menyuntik semangat kepada aku untuk memulakan hari dengan baik dan gembira..
Begitu juga kehidupan di rumah.. rasa cinta kepada rumah menyuntik semangat untuk aku gembira.. percaya atau tidak.. rumah aku yang selalunya tenang pada paginya.. menjadikan aku selalu segar untuk mengemas rumah dan melakukan apa saja aktiviti dengan ceria.. terutama mengemas bilik sendiri.. kemudian rasa tenang itu bertukar menjadi begitu hingar dengan kehadiran ramai kanak-kanak kemudiannya.. di situ semangat yang lain hadir pula.. kerana bentuk cinta itu telah berubah kepada cintakan kanak-kanak.. Rasa cinta pada rumah dan kenangannya buat aku bersemangat dan tatkala ini aku sendiri teringatkan kehidupan di rumah.... setiap saat sebenarnya..!! Indahnya bukan ??
Begitu juga rasa cinta pada buku... rasa cinta pada alam.. pada pantai.. serta pada yang Maha Esa.. Rasa cinta sebegini selalunya mendamaikan dan mampu menaikkan semangat..!!
Minda yang positif adalah minda yang dipenuhi dengan rasa cinta.. dan rasa cinta itu seringkali datang sendiri tanpa perlu kita paksakan.. Aku sendiri telah jatuh cinta dan aku sedar betapa perlunya aku akan datangnya cinta.. dan kuasa cinta sangat sangat-sangat memberi erti..
... kata D MASIV - cinta ini membunuhku... itu hanyalah kepalsuan.. yang membunuh itu bukan cinta. Sebaliknya rasa benci yang mengubah struktur rasa cinta itu sendiri.. !!
Semua ini mengingatkan aku kepada semua perkara yang benar-benar aku cinta... dan kuasa cinta itu sememangnya hebat.. seandainya rasa cinta itu mampu mengubah rasa resah kepada satu senyuman yang berpanjang.. berhati-hatilah anda sudah terkena bahang kuasa cinta !! Hahaha...
(maaf, entry ini dah diedit 3 kali akibat line internet yang meragam minta dicintai.. grrrr !!)
.
p/s - huhuhu.. kelakar la.. sebab dah boleh jadi dr. love sekarang ni... huhuhu !!
.
p/s - huhuhu.. kelakar la.. sebab dah boleh jadi dr. love sekarang ni... huhuhu !!
.
12 comments:
Hai Dr. Love Ikhram.. hehehe...
Kuasa cinta itu hebat.. Jangan pula kita cemarinya dengan sifat2 mazmumah
pic 2nd last mcm bapak Mithali
whoaa...
da crazy in love betol nih bro am!
haha!! ske tgok gmbar abg!!!hehehe!!!
cinta mmg m'yeronokkn...lg2 dgn ahli kluarga yg kte cintai...
khaifaiz : amboi.. khaifaiz...!! siap panggil dr love nie.. hehehe..
insyaallah akan menjaga cinta selalu...
faiz farish : bukan bapak mithali la.. abg mithali...
maicher : tak la sampai tahap carzy.. ok jer nie!! hehehe
sofianadia : seronok kan?? rasa cinta itu, ngah yang buat kita gembira.. tengok hati orang yang tak reti dicintai.. dendam ada dimana2.. kesian orang yang dideritai..
saya lak bila banyun pagi tengok muka penuh ngan bedak sejuk..adei lupa nak basuh
abang ikram anati soki sudah pandai main dngn perkataan cinta.. cewah.. someone is in love!!! lalalala..
jgn gatal sgt k! hehehehehe
heheh.. cinta itu kompleks
cinta tuh mmg takde cara nk nilai cintayang ikhlas
cinta tuh positif
cinta tuh buakn snng nk ungkapkan dalam perkataan
subhanallah... bagaimana agungnya Allah menyhadiahkan seseorang itu perasaan yang terlalu dalam maksudnya dan terlalu sukar untuk difahami..
IMANSHAH : patutlah wajah cikgu shah kita ensem semacam jer.. rupa2nya ada petua tersendiri. best tu.. nak try gak la.. nnt ensem cam cikgu shah STAR.. huhu
ANATI SOKI : in love...?? hahaha.. biarlah rahsia.. hahahaha!! tp memang menyedari keindahan cinta itu.. dan semnagat dari cinta itu sebenarnya sgt hebat.. saya dah terkena anat.. jadi saya tau la sket2 penangannya..
Post a Comment