I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, April 29, 2011

D.I.A.M !!!

Salam..

Sejuk sungguh sepanjang hari nie.. Berada di sekolah hari ni, rasa macam kat Korea.. Sekarang ni aku rasa macam baru sahaja pukul sembilan.. walhal jam sudah pun menunjukkan jam 11.40 pagi.. cuaca sekarang redup.. seredup hati aku nie.. sangat menenagkan sebenarnya.


D I A M..


Ada banyak perkara berkaitan diam yang ada masa sangat2 berguna.. dan ada ketika sangat membingungkan dan ada ketikanya sangat BIADAP !! Sapa cakap diam itu selalunya baik..?? Meh sini aku nak menerangkan perkaitan antara diam yang baik dan diam yang tidak baik... :



  • Diam yang baik itu , bila ibu dan bapa kita sedang memarahi kita... kita diam tidak menjawab. Kita setuju ataupun tidak setuju, namun kita diam; tidak melawan. Itu harus kerana melawan cakap ibu bapa adalah berdosa besar. Biarpun apa yang mereka katakan itu ada kalanya tidak tepat berbanding dengan apa yang kita fikirkan.. tapi dengan berdiam kita dapat menghalang diri kita dari melakukan dosa.


  • Diam yang baik itu , apabila kita mengalah dari terus-terusan bertelagah. Itulah jalan yang terbaik dari terus berbalah.. kita diam tandanya kita beralah.. supaya api tidak terus tersimbah dengan minyak.. tidak rugi kalau kita diam.


  • Diam yang baik itu , apabila kita memberi peluang kepada orang lain menyampaikan idea supaya apa yang disampaikan menjadi mudah dan senang untuk kita faham. Bayangkan kalau kita nak bagi idea.. semua orang pun nak bagi idea jugak??


  • Diam yang baik itu , apabila kita tidak ada apa-apa yang perlu kita perkatakan.. dan berdiam itu adalah yang terbaik..


  • Diam yang tidak baik itu, apabila orang lain memikul tanggungjawab akan keperluan seisi organisasi atau kumpulan.. kita sebaliknya hanya diam. Orang lain berhabis duit untuk menjaga kelangsungan hidup semua orang .. kita diam, buat-buat tak faham dan menghabiskan harta benda orang dan usaha orang lain.


  • Diam yang tidak baik itu, bila kita mengambil hak yang lebih dari orang lain.. dan kita diam tanpa mengambil tahu perasaan orang lain apatah lagi nak minta izin.


  • Diam yang tidak baik itu , ialah apabila kita tidak mendengar apa-apa saja buah fikiran orang lain.. lalu kita diam dan tetap meneruskan dengan idea kita sendiri. Konon-konon hanya kita saja yang pandai dan orang lain tidak.


  • Diam yang tidak baik itu , bila kerja yang sepatutnya dilakukan dengan gembira.. kita hanya diam menunjukkan kita letih dan terlalu menekan.. hoi, tolonglah hormat perasaan orang lain sama.


  • Diam yang tidak baik itu , bila kita sentiasa tidak tahu untuk belajar berkongsi. Dapat apa sahaja nikmat atau kelebihan, kita hanya diam.. bimbang kalau terlepas ke tangan orang lain.. takut nanti orang lain akan melebihi kita.


  • Diam yang tidak baik itu , kita mengambil langkah yang paling mudah untuk menyelesaikan masalah.. kita diam, tp diam kita sebenarnya menunjukkan ego kita tidak padam-padam. Itu bukan penyelesaian. Diam sebegitu tanda ego yang berpanjangan dan menyakitkan hati ramai orang.


  • Diam yang tidak baik itu , apabila apa-apa perkara yang berlaku selagi tak melibatkan diri kita.. selagi tak menganggu kesejahteraan kita.. tak perlu kita fikirkan.. baik kita diam.. kalau kesusahan itu menimpa kita.. baru terhegeh2 nak bising.. itu bukan pendiam tp pentingkan diri sendiri..!!

Dan nak jadi cikgu.. adakala kita perlu untuk diam.. supaya boleh menerima pandangan dan pendapat orang lain. Selain itu, kita berdiam, supaya perbalahan yang terjadi akan cepat menjadi reda. Tinggalkan diam yang mempamerkan keegoan kita, mempamerkan sikap tidak ambil peduli kita terhadap perasaan orang lain... Nak jadi cikgu, hidup bukan untuk mengajar buku.. tapi untuk mengajar manusia..!!


p/s - benci diam-diam manusia yang mampu menyusahkan orang lain.


.

2 comments:

Afikah Aziz said...

ok ika mmg diam xckp pe pun tapi tangan duk taip komen ni hehe

ape pun nice entry,semoga kita semua menjadi org yg lebih banyak diam daripada berkata2....diam yg baik bukan yg tidak baik ;)

iKhRam said...

Afikah Aziz : haha.. diam itu terbaik.. hahaha!!