I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, August 5, 2011

Adikku Sayang



Orang kalau tengok aku dengan adikku si fatin ni selalunyer akan cakap "korang berdua ni dari jauh lagi dah tau memang adik beradik.." kalau tak pun, "dah macam kembar tak seiras dah korang ni..?" hurm..... dah adik beradik, mestilah muka sama kan??


Hujung minggu macam ni, selalunya aku akan balik ke hostel. Saja nak berbuka dengan adik perempuan tersayang. Inilah untungnya kalau ada adik sama study kat maktab. Terubat sikit rasa rindu nak berpuasa bersama keluarga kat kampung.


Kadang-kadang ada macam-macam orang cakap kalau adik beradik study sama tempat. Rasa terkongkong la sebab setiap perlakuan ada yang perhatikan. Almaklumlah, kalau tersilap langkah pasti ada yang mereport pada mak abah. Terbeban dan menyusahkan sebab ada adik beradik yang terlalu bergantung atau selalu meminta pertolongan. Ada yang segan sampai sanggup buat-buat tak kenal. Jatuh standard dan sebagainya.


Tapi aku sentiasa merasakan sebaliknya. Bagi aku ada banyak kelebihan dari keburukan. Kami berdua, kalau nak masuk ke maktab atau balik ke kampung memang akan naik bas sekali. Mudah kan? Jadi mak abah pun tak risau. Adik perempuan aku akan sentiasa terjamin keselamatannya. Tak perlu risau kalau bosan di maktab sebab sudah pasti akan ada orang unutk diajak keluar. Kalau jenis mcm aku ni yang selalu homesick, akan ada orang yang boleh menjadi penenang hati.


Kalau ada masalah, selalunya salah seorang pasti akan menolong. Tak kiralah dari segi kewangan mahupun keperluan hidup. Selalunya sebagai senior, aku selalu dirujuk adik dalam apa-apa saja hal dan begitulah sebaliknya jikalau aku memerlukan pendapat ataupun mahu mencari idea dari pelajaran semester-semester lepas.


Alhamdulillah, dari kecil kami sememangnya rapat. Selalunya di hujung minggu kami akan menghabiskan masa bersama. Kalau tak ke kedai makan, sudah pasti turun untuk bershopping. Bukan itu saja, perbezaan jantina tidak menghalang kami dari berkongsi apa saja cerita malah sering menganggap pendapat dari perspektif yang berbeza adalah lebih baik dan variasi.


Tapi selalunya, kalau kami nak balik ke maktab emak selalu pesan macam ni kat adik perempuan aku, "Dik Tin, sampai sano, jago abang ko baek-baek yo.."


Ceh, bunyinyer macam pelik je kan??


p/s - terima kasih kepada adik Bongsu saya Iman, dengan berita baik dari keputusan peperiksaannya yang baik masa abang dan kakanya sedang berbuka tadi. Ini hadiah untuk kita semua kan?
.

17 comments:

Bella Bell said...

awak budak maktab? maktab mana?

Fezul Fadhley said...

sweet couple of bro n sis!!

Edy Fee said...

untungnya adik ade abg yg penyayang mcm ko

ZWAN SABRI said...

untungnya abang ngan adik sama maktab.. tp untuk zwan, zwan tak suka sbb x rasa bebas.. klaw apa2 kesalahan yang adik buat, terkena kat abang sekali.. HUHU..
Btw, sweetlah gambaq tu suma.. ;)

MySuaraBlog: Jadikan TELUR Sebagai Pilihan

SANDRA AZWAN said...

Salam Ikhram...

Selamat berpuasa.....;-)

cha zainol said...

haha. memang adik pon yang jaga kau kan?

zazaw said...

seronok lah sir ade adik boleh bukak pose sama sama

mesti besttt kannn

ghost writer said...

sama-sama ada empat mata.hihi

kim salam sama adik kau ek..suh belajar rajin-rajin macam kau jugak.

betul,ada untungnya dekat ngan adik beradik.leh saling bantu membantu kalau ada masalah apa.

ckLah said...

Masa ckLah 2nd year diUM, adik lelaki ckLah 1st year di UM juga, tapi fakulti lain. Dia bawa motorsikal dan selalu jemput/hantar ckLah balik Kolej. Sampai sudah ckLah tak ada pakwe sbb takut dgn body guard ckLah tu.Maklumlah...dia pemain rugby inter-varsiti dan orang kuat PALAPES. Body mcm Malik Noor....hehe

Eazy Izzuddin said...

eh satu tempat study eh?
memang terubat lah kerinduan..
:)

A Crack Mirror said...

wahahaha..romantik lah u ngan adek u..
suka2..macam ni lah abg yg baik.
untung adik u...
pepatah of the day..ahaks!

"air yang d cincang xakan putus.."

selamat berbuka..

aiman fanboy k-pop said...

laaahhhh...adik beradik upewnya..mati2,aiman ingatkan couple seromantis couple2 lam cerita romantis korea...bestnya,,,,!!adik beradik satu kampus.........

sofianadia said...

hahaha....untung la org adew abg...
kte ade kakak jew...kakak ite jauh la...

sofianadia said...

hahaha....untung la org adew abg...
kte ade kakak jew...kakak ite jauh la...

EpoLღsiKunang2 said...

Kadang untung ada adik-beradik yang faham situasi kita tapi selalunya nak dapat manfaat tu kena harung pelbagai musibah dulu baru nikmat tu rasa betul2 nikmat, kan?


p/s : Tak tahu pulak ada adik perempuan, oh abang Ikhram! ahak..

amir aizat said...

mmg kembar xseiras,hehe eh mkan cake butterscotch nmpk,hehe

Nana Liyana said...

otototttt tomeynyeee.abg sapo la ni yee :) hihihi.