I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, August 4, 2011

Batik



Sebenarnya ada banyak perkara yang menarik tentang rumah yang baru aku diami ni. Bukan dekat dengan masjid saja tapi.. ada macam-macam perkara yang sudah tentu mengujakan. Dan yang paling best, tinggal kat rumah kampung seumpama ini, sangat best terutama bila malam sudah pasti keadaannya sangat nyaman. Sejuk jer..!!



Awal pagi ni dalam pukul 1.00 pagi, aku dan mr shamzuri baru saja balik dari kedai makan membeli makanan sahur. Ternampak tingkap rumah jiran rumah sebelah terbuka. Dari luar nampak tuan rumah sedang melukis sesuatu. Aku ikut saja mr shamzuri mendekati jiran kami tu. Bila dah dekat, rupa-rupanya jiran kami tu tengah mencanting batik. Wow, best nie..!



Disebabkan keterujaan aku, jiran kami ni pun bukakan pintu. Hahaha...!! Aku apa lagi masuk sambil terpukau dengan lukisan batik beliau. Jiran kami dikenali dengan nama Abg Zaidi. Dah berbelas-belas tahun dia mencanting dan mengambil tempahan batik. Kain yang dicanting hari ni adalah untuk dijadikan pario (kalau aku tak silap) kain yang kebanyakannya wanita selalu gunakan ketika beriadah di pesisiran pantai.



Bila dah berbelas tahun bergelumang dengan industri batik, sudah pasti dengan mudah saja dia mencanting corak batik tanpa perlu melakar. Laju saja tangannya melukiskan corak-corak di atas kain. Huh.. kagum seketika.



Aku akui, lukisan batik yang beliau hasilkan memang benar-benar cantik. Selalunya lukisan Abg Zaidi mendapat tempat di hotel-hotel sebagai hiasan dinding. Abg zaidi juga mampu melukis potret di atas kain dengan menggunakan warna batik.



Selain kreatif dalam melukis batik, abg zaidi juga tidak lokek untuk berkongsi cerita dan sejarah berkaitan batik. Dapat juga sedikit info tentang perkataan batik iaitu 'banyak titik' ataupun terdiri daripada banyak baris-baris dan titik-titik. Warna asas batik ada empat iaitu, indigo, hitam, biru dan merah.



Untuk melukis batik, lilin dan damar digunakan. Abg Zaidi turut berpendapat bahawa pendedahan terhadap batik ini perlu diberi seawal pendidikan rendah supaya murid-murid dapat mengenali teknik-teknik dalam perusahaan dan mencipta batik itu sendiri. Sedikit sebanyak pendedahan beliau ni menyedarkan aku akan kepentingan batik itu sendiri.



Secara jujur, aku memang meminati dunia seni. Hati aku sangat gembira berada di bilik seni ini yang mempunyai berbagai-bagai alatan seni selain dihiasi hasil batik yang bingkaikan. Terasa puas menjamu mata dengan corak-corak yang cantik dan warna yang pelbagai.



Nasib baik masa sudah terlalu larut. Kalau tak memikirkan esok aku perlu ke sekolah, aku dah terfikir nak bawak secawan kopi dan setin biskut jacob sambil perhati abang zaidi mencanting batik sepanjang malam. Best kan dok umah ni..?? dah ar dekat dgn masjid, dapat pulak tengok orang mencanting batik hari-hari..



Siapa lagi yang mahu mengekalkan adat budaya tradisi kita kalau bukan bangsa kita sendiri kan ?
.

p/s - rindu nak berbuka dengan mcd. Aduhai, nampak sangat jiwa aku masih lagi terjajah.. hahaha..!! Kadang-kadang terasa penulisan aku kat entry mcm nak jawab soalan karangan kan? hehehe..
.

19 comments:

EpoLღsiKunang2 said...

Amboi.. semangat anak melayu ni. Belajar lah, mana tahu esok2 selain jadi bakal cikgu boleh jadi bakal bisnesman.. huhu :)

Fezul Fadhley said...

wah, cikgu Ikhram, mncanting nampak.. pernah dulu masa f6 try mncanting batik.. best!

aziekz said...

cantik,,mula2 igt kan lukisan..tp lukis atas kain upenye..unik..hee,,cg ikhram bljor la canting...nnt mner tahu jd guru seni plk...

delarocha said...

belajar lukis batik?

caya lah bro,
menghargai seni tradisi melayu

Liyana Zahim said...

I lov batik sgt2! Sgt! Tp da price is kinda xpnsive.. Kagumnyaa buleh lukis batik tnpa lakar dulu.. Kagum oh kagum!!

Muhd Aizie said...

Cikghu Ikhram, saya tak reti. Boleh tolong ajar?

- abdul hadi abdul muti - said...

fuh!!da macam lelaki melayu terakhirlah macam ni.huhu

mr.syazwan said...

faham2 cikgu mmg suka seni jelas terpancar

kat lengan cikgu "berseni" gak

hahahaha

batik warisan turun temurun

=_=

ZWAN SABRI said...

wah! tak sangka cikgu am kita ni berjiran dengan pelukis batik yang hebat.. lepas ni bolehla am blajaq mencanting batik drpd abg zaidi tu kan? kan?
btw, gambaq am mencanting batik tu seksilaa.. HAHA

izfanora said...

wah, bestnyer duduk sana. walau jauh dr keluarga, dekat dgn panorama dunia..

Aman Ibrahim said...

Even Aman dah duduk kat bumi TRg nih tersangat la lama, aman x pernah experienced mencanting batik, xpernah!! terasa rugi plak.. uwuwuwuwwuuw..

cikgu, bawak kita pi color batik bleh?? hehhe..

IMANSHAH said...

dulu abg penah keje jap kat kilang batik

A Crack Mirror said...

wah2~ seronok baca..tak kisah lah macam jawab soalan karangan ke apa ke..as long as ur reader enjoy n ur msg tu sampai...nway.. beestt kan kalau dapat tahu sesuatu tu in person dr otai.memang leka habis... chayok cikgu!

azana said...

untung ler pandai lukis batik... teringin jugak nk lukis batik...huhu
bile entah....hehe

aiman fanboy k-pop said...

kagum ngan abg zaidi...kreatif mengalahkn pompuan...kadang2 pompuan gak tak boleh pandang rendah kat kaum adam kan????kaum adam nih pendek kata serba boleh......abg ikhram bila plak nak blajar....???nak tempah kain batik satu buat mak nih.....

blog-tips-kurus said...

order hotel-payment best tu!!

*rindunya bini cikgu disiplin iaitu cikgu seni yg disayangi. dia mencanting dengan selambanya cantik!! :-)

Encik Psychopath said...

dah lama tak mencanting.

ghost writer said...

tapi aku tak berminat dengan batik.tapi aku respect orang yang pandai dalam soal hasilkan batik.batik tuh pun seni.seni itu indah dan cantik dipandang.

amir aizat said...

pernah sekali jer, tp xpndai laa,haha