I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, August 29, 2011

Berkemas



Nampaknya gelombang Syawal sudah mula bergelora. Esok selepas sahur, mungkin aku akan bergerak pulang ke Kuala Pilah untuk berkumpul dengan sanak saudara meraikan Aidilfitri yang bakal tiba. Walaupun sambutan Hari Raya tidak semeriah dulu, namun aku percaya, hikmah bersua muka dengan saudara mara itu besar nilainya.


Baiklah. Keseronokan menyambut syawal satu hal, nak mengemas kain baju satu hal yang lain pula. Salah satu kelemahan aku dalam mengemas pakaian adalah, semua barang aku nak bawak. Walhal balik kampung 3 hari jer. Tapi kain baju aku lipat macam nak balik beraya sebulan. Kadang-kadang aku sendiri tak faham dengan rasa was-was aku nie..!!


Yang itu satu masalah. Masalah lain pulak, kalau mengemas kain baju kat bilik tidur, satu bilik tidur aku nak geledah. Penyudahnya, satu bilik tidur berterabur. Dan orang-orang dalam rumah ni semuanya nak cari kain baju kat almari bilik aku ni. Lepas sorang-sorang.. huh, pening..


Apapun, semua kelengkapan beraya sudah aku siapkan. Raya tahun ini ala kadar saja. Baju raya pun aku tak beli melainkan jeans sehelai. Itupun sebab jeans kesayangan aku tu dah bocor kiri kanan atas bawah dah..!! tak larat nak g jahit zig-zag.


Kunjungan bulan syawal tahun ini selain mengajar aku erti kesederhanaan, bulan ini banyak mengajar aku erti kesabaran. Tiada yang lebih penting, selain melihat keluarga yang bahagia, rumah yang sederhana dan teratur serta menjamu segala juada yang emak masak. Hahaha...


Akhir kata, doakan perjalanan aku ke Kuala Pilah dengan selamat awal pagi esok k? Aku merempit bawak motor beb !!

.

p/s - Hari ni mak aku masak nasi ayam. Tak cukup makan ketika berbuka. Pukul 1 pagi aku bergerak ke dapur lagi, mengulang makan.. hehehe !!

.

12 comments:

zazaw said...

wah sir
nanti raya meh dtg rumah

hati hati
jalan kolopilah dah lurus laa
hikhik

selamat hari raya sir
mahap zahir batin
:)

Azham Vosovic said...

best dpt balik rumah hehehehe

Hans said...

gambar pakai mask tu juga yang paling cun
hehehehe
selamat hari raya
maaf zahir batin
:-)

A Crack Mirror said...

yer...semua pun da mula merasakan kehangatan hari raya...JOM BALIK KG~
hati2 menunggang k?

Aman Ibrahim said...

haha masker by garnier yg blue colour right? Bagus2 jaga muka, Aman support hehehe..

Selamat Hari Raya Cikgu~

aiman fanboy k-pop said...

semoga selamat sampai ke destinasi..selamat hari raya jugak...maaf kalo ada silap dan salah...

umairah ha-neul said...

selamat hari raya abang !
balik umah nadia ke? huhuhu..
semoga selamat sampai ke pilah tuh yee.. :)

::FAIZ FARISH:: said...

wah buat rawatan muke ke? hehe


selamat hari raya aidilfitri ye...

aziekz said...

hahah,,sempat lg wat facial...
raye nnt pasti berseri,,

delarocha said...

mengulang makan itu orang johor panggil 'mentong' huhuhu

selamat hari raya bro.. hati hati merempit

amir aizat said...

wajib facial sblum raya kan,hehe

Muhd Aizie said...

Wahhh sempat ber-facial muka ye!