Semalam merupakan hari terakhir aku sebagai guru pelatih di SK Genting. Perasaan sayu, hibak, sebak namun gembira bercampur gaul buat aku rasa sukar untuk meninggalkan sekolah yang amat-amat aku sayangkan ini.
Untuk hari-hari terakhir dan sempena menjelang bulan syawal yang bakal berkunjung tiba, pihak sekolah telah pun mengadakan sambutan khatam quran dan sambutan menjelang aidilfitri. Secara peribadi aku merasakan sekolah ini snagt peka terhadap kebajikan murid-murid dan apa jua perayaan di sekolah.
Kalau aku yang dah hampir ke fasa dewasa pun rasa seronok dan terhibur, apatah lagi kanak-kanak yang diminta berpakaian seseolah sedang menyambut hari raya. Bersemangat aku pagi-pagi mengiron baju konon-konon nak g sambut hari raya.. hahaha !!
Sempena majlis ini, aku turut naik ke pentas bersama Akashah, rakan guru pelatih unutk sama-sama menyanyikan dua buah lagu raya. Gamat wa cakap lue..!! walaupun suara tak la sesedap mana pun.. hahaha !!
Apa yang baiknya majlis seumpama ni diadakan, selain seluruh murid-murid menerima duit raya dari pihak sekolah, murid-murid dan guru-guru saling bermaaf-maafan memohon ampun jikalau terbuat salah silap. Almaklumlah, kita hanyalah manusia biasa.
Sebelum meninggalkan perkarangan sekolah, sempat mengabdikan diri di sekolah ini dengan bergambar sebanyak mungkin dengan murid-murid dan guru-guru. Inilah kali terakhir bergambar sebagai guru praktikal di sekolah. Sedihnya..
adat manusia bertemu dan berpisah..
.
p/s - gulai udang masak lomak cili api mak tadi, memang sodap. botambah den makan bobuko td.. !
.
13 comments:
wah, kebetulan sekolah saya pun dua orang guru praktikum selesai menjalani praktikum d sekolah saya..
http://gen2merah.blogspot.com/2011/08/terima-kasih-kepada-guru-pelatih.html
all the best ye. semoga menjadi guru yang berdedikasi kelak..
wah segak berbaju merah
takde lakk vedio nyanyi dua bijik lagu tu haha! pehh mesti ending tu nangis2 kan berpisah ngan murid-murid..
haha!
Tahniah dah tamat praktikum. Tunggu konvo dan posting pulak lepas ni ya?
cantik baju melayu ko
:-)
wawawa...ingat td artis akasha tu...tertipu sekejap..ahaha.
last day...pasni rehat2 jerla d rumah..boleh raya lama sket..teman family d kg...yuhuuu~
wah..absolute.hehehe..gud entry...
http://hafrawiegeek.blogspot.com/
selamat hari raya senior :-)
bertemu dan berpisah
adat manusai biasa
;)
sedihnyer nk berpisah yer.. xper2, nanti jumpa murid baru..
btw, mwnjawab persoalan, gadis seperti Wanita ada di mana-mana. bkn setakat di Malaysia. adatlah, kasih sayang itu tak sama rata.. :)
Selamat Hari Raya cikgU!
Maaf zahir batin....
slamat berkerjaya! hehe
Mesti rindu sekolah lama kan?
selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi ya cikgu ;)
Post a Comment