I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, August 9, 2011

Y.U.N.A.I.S.M.E.


Kalau orang tanya, jikalau aku mahu menjadi seorang wanita, aku mahu menjadi seperti siapa..?? Sensitifkan soalan semacam ini.. sebab mesti ramai yang bagi respon yang bermacam-macam.. !!


Tapi.. entahlah menjadi wanita seperti Yuna sudah pasti menarik. Dengan pesona wajahnya, hasil karyanya, fesyennya, keversatilan kehidupannya menjanjikan satu fenomena yang mengujakan dan memberikan seribu satu inspirasi. Begitulah kagumnya aku terhadap bakat semulajadinya dan apa saja yang menjadi pilihannya.


Sekarang aku sedang mendengarkan lagu Come As You Are.. (13:17). Mendengar lagu ini membuaikan perasaan dan meletakkan aku di suatu tempat yang terasing.. yang tinggal, adalah aku dan dunia aku sendiri.. Mendengarkan lagu ini, membuatkan aku seperti berada di butik TOPSHOP. Hahaha..


Kemudian aku dengarkan pula lagu Memo.. (13: 25).. aku dapati aku sedang meneliti kehidupan seorang gadis biasa dalam melayani perasaannya sendiri. Ada kegembiraan pada videoklipnya.. Hati aku membuak2 mahu menjalani kehidupan yang dia jalani.. Videoklip ini sudah pasti berinspirasi.. supaya setiap orang lebih menghargai diri sendiri. Pada masa ini ada dua tiga pelajar tahap satu sama2 menonton video klip lagu ini. Semua dari mereka tahu wanita itu adalah YUNA.


Y.U.N.A.I.S.M.E. telah menular.


Bila aku rasa terlalu sunyi.. Atau jiwa ini perlukan kesunyian yang nyata. Aku dengarkan lagu PENAKUT. (13.30)


Kemudian, aku dengarkan pula lagu SUPER SOMETHING... (13.37) lagu ini buat aku nak tergelak.. sebab lagu ni khas untuk wanita.. lebih-lebih lagu iklan pad - Libresse. Tujuan iklan ini nak tunjukkan wanita hari ini boleh buat apa saja. Lagu ini ada keriangan yang tersendiri yang dibawa..


Yuna telah membawa dunia aku satu dimensi baru yang belum pernah aku terokai sebelum ini. Dia punyai kehidupan yang perlu untuk aku lihat. Aku tetap seorang lelaki biarpun soalan yang mula-mula tadi sudah muncul.. hahaha !!


BERSAMBUNG.... ada tanggungjawab yg lain selepas ini..!!

.

p/s - ini hiburan. Terima kasih Yuna dengan ilhammu.

.

13 comments:

gedek! said...

uncle nak jadi wondergirls

lala

izfanora said...

adoi.. cikgu nie..

cuba wat segmen ke pop kuiz utk budak sek..

tgk dorg ckp pe bila jd 'selain gender' dorg.. hihi..

Far8 budak baik said...

hahahahaha..
nasib yuna..lagu mmg touched ahh..
tapi aku xnk dy lahhh..
aku nk lisa surihani..
hahahahahaha

eddy syrol said...

dulu suka dia,skrg dah tak....huhuhu

silalah ke sini
BACA DAN CLICK TAU





SEGMEN PERTAMA EDDY SYROL


INI BLOG EDDY SYROL

A Crack Mirror said...

saya sama dengan eddy.ermm~
nway..bergembiralah dengan apa yg anda boleh kecapi... tak kisahla apa org nak kata..sbb masing2 punya pendapat sendiri..

Edy Fee said...

layan je la...tapi agy best lau dpt kwan ngan diana daniel..hhehee

Papa Mifz said...

yuna...ok la lagu2 nye sodap didengar...tapi nak tkr jadi dio...no no no....

Azham Vosovic said...

kalau psl lagu Penakut tu sy setuju hehehehhe

Liyana Zahim said...

XMau yuna.. Dia tak bes.. Nk selena gomehh.. Hahahaha~

bedpet said...

yuna cool. terbaik ah :))

amir aizat said...

lagu memo yuna inspired sgt best!!

EpoLįƒ¦siKunang2 said...

Suara Yuna teringat suara Norah Jones. :)

syasya said...

yeah yuna terbaik!