Setelah kegagalan cinta pertama, aku merasakan aku menjadi seorang yang sangat selective kepada kehidupan, terutama hal-hal berkaitan wanita. Dan aku lebih menyedari, lelaki sangat cool dalam menghadapi kekecewaan sehinggakan lelaki itu sendiri tidak sedar sehingga bilakah dirinya sudah mulai pulih dari kekecewaan.
Dan yang pasti untuk menjernihkan keadaan, membenci bukanlah penyelesaian yang baik. Apatah lagi sekiranya berpisah dalam keadaan tergesa-gesa dan masih dalam keadaan sayang. Jadi, cara untuk melupakan adalah dengan menggembirakan hati masing-masing dan redha dengan apa yang terjadi. Maksudnya, memohon maaf dan melepaskan dengan baik.
Ada banyak perbezaan jikalau sering ungkit mengungkit berbanding berfikiran positif. Seperti aku, aku lebih suka mengingatkan momen-momen indah. Dari situ membuatkan aku berfikir untuk memuhasabah diri. Keadaannya menjadi lebih baik dan lebih cepat untuk melupakan.
Sebenarnya, perasaan tidak berpuas hati terhadap seseorang seperti ini dinamakan sebagai dendam, dan dendam ini tidak pernah membahagiakan sebaliknya membuatkan jiwa lebih sakit dan lebih merana.
Dan adakala sudah pasti ada jawapan kepada persoalan mengapa berlakunya perpisahan. Allah pasti mahukan yang terbaik untuk semua orang, bukan ?. Mungkin Allah mahu memberikan aku lebih masa dan perhatian kepada keluarga terutama adik-adik dan mak abah serta kawan-kawan. Bukan itu saja, selepas perpisahan ini, aku menjadi lebih menghargai diri sendiri dan lebih masa untuk hobi aku sendiri.
Sikap aku sendiri yang lebih suka berkawan dengan sesiapa selain menghabiskan masa unutk orang ramai menyekat diri dari rasa terkongkong. Sebaliknya bebas untuk keluar dengan selesa bersama orang lain secara bebas dan saksama tanpa memikirkan perlu menjaga hati sesiapa. Serta aku diberi peluang sekali lagi, untuk memilih.. dan peluang untuk memilih itu sentiasa ada sehingga ke hari ini.
Jadi semua itu menjadikan aku seorang yang pemilih bukan..??
Tidak pun, cuma untuk mencari seseorang yang serasi sudah pasti bukanlah mudah. Kaca dan permata sudah pasti kelihatan lebih kurang sama. Ingatlah, dalam hidup kita tidak perlu seseorang yang sempurna sebaliknya cukuplah seseorang yang menyempurnakan.
Sapa cakap bila single sunyi ?? Tak la, saham diri makin mahal tu beb..!! Jadi jangan sedih-sedih k? Hahaha...
p/s - sahur td makan lebihan pizza malam tadi dan tiga biji donut J.CO. Semua ni sudah pasti menggembirakan hati biarpun bersahur seorang diri kan? hahaha.. adakala kita perlu hargai apa yang kita ada dari menginginkan perkara-perkara yang belum tentu pasti. Selamat bersahur dan selamat berpuasa.
.
18 comments:
Dendam bukanlah jalan yang terbaik sebab ia bisa membuatkan hati bertambah sakit dan dipenuhi tompok2 hitam.. btw, single mmg best.. kita berhak keluar dengan sapa2 je yang kita suka..
Hurrmmm, sedapnye makanan sahur Am.. huhu
MySuaraBlog: Bazaar Ramadhan
ala, I dah lama menduda hahahaha... x best sgt la kalau kita kuar dgn kwn2 yg da ada couple, kita sorg2 je...
cool...
pengalaman mematangkan kite... ^^
sorang2 ke? then sape ambik gmbr tuh? hehe...
life must go on jugak kan,hehe
Cikgu,La tahzan~
Biasa la tuh, semua benda pown x manis dalam hidup nih..
May Allah temukan cikgu dengan yg lebih baik and cantik..Amin!
sokong! bebas kawan ngan sesapa tanpa sekatan..tu yg terbaik
ececehhh pabila aBG ikhram sudah mula bmadah mngenai soal cnta, sy pongg x dapat nk lawan . hahaha :P
single tu best la ikhram bole wat mcm2 xde sape nk halang
just jd dri sendri nnt bila kita da btl2 bersedia bru cr cinta
mcm adwa relax je lg hepi hidup,life ngan membe2 kamceng xde sape nk mrh klu x call o sms :)
cepat2 cari pengganti, jangan tunggu lelama nanti jadi macam cg imanshah
yups
jgn berdendam kan
nanti rosak jiwa
single best
tapi kadang2 seronok juga couple
:-)
jiwang+bermotivasi.,...ayt power....
dendam tak bawak kemana......jap2!!macam ayt putus kasih jew nih...heehee....
kesian bersahur ala kadar cam tuh..tapi,kjesian kat aiman lagi...bersahur pon tidak.......leka sangat buat tahi mata....
allah akan menguji hambaNya sesuai dengan kemampuan mereka..
awak akan lebih tabah dan kuat selepas ni...
setiap org akan rasa kesedihan..
good if u da maafkan..besar pahala..insyallah murah rezeki akan datang..
dah2..kejap lagi kita buka sama k>>jom g bazaar dulu..ahahhaa~
setuju dgn kata2 cikgu Ikhram!
dendam tak membahagiakan..
gagal pada cinta pertama memang sangat menyakitkan.
sampai hari ini tak tau dah ok ke blum, huhu
tapi hidup kena terus...
Hee,..bgus,,,menghiburkan hati sendiri,,kuat,,memotivasikan diri.
seorg mmg sunyi...hEE,,,
Bercouple,,,mkin seronok..bahagia,,namun kdg2 menangis ada jgak,,hahha
tp apa2pun.,,jgn dendam...jauhilah..
moga ihram bahagia selalu hendak-NYA
Cinta ni bukan boleh dipaksa, kadang yang bertahun bercinta pun belum tentu lagi kekal sesempurna mana. Single atau couple, bukan masalah tapi jiwa tu yang macam mana dan niat tu setakat mana.
Kalau sekadar suka-suka, hasilnya pun suka-suka. Tuhan kalau Dia nak tunjuk, bila-bila masa saja yang Dia suka. :)
p/s : Kawan bukan sekadar kata-kata tapi biar hati yang merasa, jauh atau dekat sekalipun. Itu lebih baik buat masa sekarang. kan? :)
single la best, dpt buat ape pun tnpe perlu risau untuk jg hati seseorng.. klau byk kwn lg bgus, x rs sunyi pn wlaupn xde couple.. hehe
ape pun ALLAH mungkin nak beri pasangan yg lebih baik dari sebelumnya..
tp b'syukurlah sbb kita dpt peluang menyintai dan dicintai walau sekali, dan org itu jg telah m'ngajar kita erti rindu, sayang dan cara untuk m'hargai.. :-)
Post a Comment