I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, August 2, 2011

Berpuasa Bersama Mereka.



Hari pertama ke SK Genting, perasaan gembira bagai datang kembali. Melihat suasana sekolah yang masih lagi ceria, di samping anak-anak murid buat hati rasa sangat-sangat bertuah ditempatkan di sekolah ini.


Alhamdulillah, mereka masih lagi mengingati aku, malah tidak kurang juga yang datang menghampiri sambil berjabat tangan. Kalau anak-anak darjah enam pulak, tak terlepas dengan salam mengikut trademark mereka sendiri.


Hari ni saja, empat projek telah pun dibincang dan dipersetujui oleh Guru Besar buat masa ini. Bersyukur juga kerana projek ini aku anggap bersesuaian dengan kami sebagai guru pelatih dan mendapat bantuan dari pelbagai pihak, terutama guru-guru.


Waktu rehat, murid-murid tahap satu seperti biasa. Puasa atau tidak, kerenah mereka tetap sama. Berlari-lari, memanjat-manjat.. malah bergayut-gayai pun ada.. Kalau ditanya sama ada puasa atau tak ? Mesti mereka mengangguk.. tp yang peliknya tenaga macam tak berpuasa jer.. Mau tarik muka, kalau kita tuduh mereka tak puasa.. Marah dalam masa yang sama malu. Takut diejek rakan-rakan lain.


Waktu rehat ini, seperti biasa aku didekati oleh sebilangan murid-murid yang pernah aku ajar dulu. Disebabkan rindu, air muka aku sukar menampakkan wajah garang.. hahaha.. garang ker? sebenarnya rindulah kat diorang yg comel2 nie.. Hahaha..


Mula-mula sorang datang.. kemudian tiga.. kemudian lima.. dan selepas tu satu kelas.. lepas tu kelas sebelah.. huhuhu.. tak cukup yang duduk di bangku.. sampai berebut-rebut naik ke atas meja.


Semua nak mengadu tentang markah ujian yang lepas. Lepas tu tanya aku sahur makan apa? Berbuka makan apa? Belum lagi yang tanya aku berada di sekolah mereka sampai bila? Ajar tak kelas mereka nanti.. dan macam-macam..


Akhirnya untuk mengelakkan kekecohan, aku minta untuk bergambar kat dewan.. huhu.. sekali ramai pulak nak join sampai membontoti aku.. hahaha.. seronok beb!!


Rehat muird-murid tahap dua, lain pulak ceritanya. Untuk darjah enam, ada program tadarrus quran untuk mereka. Insyaallah, kalau tiada aral, bakal memeriahkan program. Selain beramal, mampu menguatkan silaturrahim antara warga sekolah. Dengan murid-murid tahap dua juga tidak kurang juga meriahnya. Bergurau, bersenda, bergelak ketawa..


Aku berharap, biarpun aku jauh dari keluarga.. namun masih ada ruang untuk aku bergembira menyambut ramadan kali ini; iaitu bergembira bersama murid-muridku.


p/s - sempat berbual dgn anak murid yang merupakan adik si almy nadia.. siap nak korek-korek rahsia akaknya.. tapi jawapan.." tak tahu..!!".. naseb baek bulan puasa.. hahaha !!

"grrr...!!"

(gambar bersama dengan 'adik artis')


.


19 comments:

ieza ashaari said...

wah, sempat yer beramah mesra dgn 'adik ipar'.. :P

bestnyer dpt ke sekolah. budak2 mmg comel. rindunyer sek lama mengajar dulu..

untung ada yg nk dkt yer.. klu izfa, sorg dtg, pastu bisik2, "cikgu ingt saya lg x?".. hihi..

Anonymous said...

wah... bro Ikhram sgt pemes dlm kalangan budak2... hihihi

Liyana Zahim said...

Ha'aa.. Comel2.. Hehehe.. Haish.. Bnyk pahala ajr2 dak2 ni ikhram.. Slmt mjadi guru yg bdedikasi ok. =)

Hans Hanis said...

hehehe
apa rahsia kanak2 menyayangi ko nih
:-)

harrazdani said...

cikgu yang baik cikgu disanjung...cikgu zalim cikgu di pulau...kipidap bro

zazaw said...

sir
kehkeh
nampak nya ramai student sayang kan kau

Unknown said...

seronoknya tgk jadi pendidik camni,hehe

KinosKoko said...

wow la wok...
aku ni nebes nak g prektikum ni sem dpn..

is revered by you said...

wah..jeles2..seronok kan kene kerumun ngan murid2.. rasa dr artis kan..semua berebut2 nak borak..salam n bergambar..ehehe.. nway..mendidiklah dengan ikhlas..insyallah berkat. salam ramadhan..mlm jgn lupa teraweh k.. :)

Unknown said...

comelnya adik Almy Nadia hehehe

Syuhada said...

Cikgu mmg pemes...kt skola dulu pon syg cikgu pelatih lebih dri yg laen..kuikuikuik

::FAIZ:: said...

comel budak2 tu..

Khaisya said...

leh jadi adik ipar..hehehe..gurau je!..haha

selamat berpuasa!

aziekz said...

hee..hbat cikgu ikram,,dapat ngajar adik artis...tu sek 1st posting ek....ngajar leklok.,,

cik dila said...

seronok kan mengajar,tgk budak2 ni cute gile! tp kalau dah buat perangai geram pulak. rindu nak mengajar..

tp part yg nak korek rahsia dr adik retis tu part of kerja cikgu jugak ke? hahaha.. *gurau je*

Ibu Ammar said...

alolo comelnyer semua anak murid, rindu sekolahhhhh!

selamat berpuasa!

Ryan Ervan said...

Mesra sungguh cikgu dengan students~ apa rahsianya? kongsi

Qaseh Dalia said...

wah sportingnya cikgu... hihi nak jadi student gak ase.

ghost said...

jangan risau sangatlah,ikhram.karang ko akan dapat cuti gak nanti.leh balik rumah.takkan nak raye ngan anak murid kot.

untuk ramadhan nih ko kena berdampingan ngan anak murid ko.ajar bagi pandai dan ingat sampai besar.