I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, August 16, 2011

Iman


Selain mempunyai seorang adik perempuan yang senang diurus dan dijaga, saya juga mempunyai seorang adik lelaki yang sangat berdikari. Namanya Iman. Saya selalu berfikir, kenapa namanya mesti Iman. Bila difikir-fikir, ringkasnya nama adik saya seorang ini menjadikan namanya selalu menjadi kenang-kenangan dalam hidup saya selain mudah untuk dipanggil.


Tahun ini merupakan tahun penting bagi dia kerana dia bakal menghadapi peperiksaan UPSR. Penting bagi dia sudah pasti penting juga bagi seluruh ahli keluarga yang lain. Saya setiap hari memikirkan adik saya seorang ini. Selain saya, adik perempuan saya juga sentiasa risau tentang perkembangan pembelajarannya.


Kalau orang tanya, kenapa saya ingin selalu rapat dengan murid-murid di sekolah terutama yang darjah 6 ?? Sebenarnya itulah satu-satunya cara saya melepaskan kerinduan dan ingatan saya terhadap adik saya seorang ini. Adakala ketika memberi nasihat kepada murid-murid darjah 6, ia seseolah mengingatkan keadaan adik saya di rumah, Seremban.


Adik saya sebenarnya terpaksa berdikari sendiri dalam usianya yang ternyata masih muda. Saya abangnya dan kakak tersayangnya, Fatin terpaksa meninggalkan dia untuk menuntut di maktab. Manakala emak dan abah pula sentiasa sibuk dengan urusan kerja sehari-harian, kadangkala sehingga malam. Dia terpaksa menguruskan diri sendiri selain diperhatikan oleh jiran yang pernah mengasuh dia dulu.


Adakala, bila saya bersungguh-sungguh memberi tunjuk ajar kepada anak-anak murid, hati saya seringkali diulit dengan rasa bersalah kerana tidak mampu menunaikan tanggungjawab kepada adik sendiri yang jauh dari mata.


Rasa bersalah ini makin menjadi-jadi nampaknya. Adakala kerana terlalu risaukan tentang dia dan peperiksaannya, saya cepat-cepat menghubungi telefon bimbitnya, bertanya apa yang telah dia pelajari di sekolah. Dia dengan ketawa dan lawak jenaka menjawab. Kadang kala jawapannya menyejukkan hati saya sebagai abangnya.


Kadang-kadang bila saya tertumpu pada anak orang lain lebih dari adik sendiri.. Cepat-cepat saya hubungi emak bagi meredakan rasa bersalah dalam hati.


" Mak, kek sekolah ado oghang mintak tolong abg nengok2kan anak dio nak pekso ni.. Mak ghaso cam no? "

"Elok lah tu.. buek la mano yang baek.. Sekurang2nyo ada oghang pocayokan kau.."

" ..tapi mak.. abang ghaso tak sodap ati la.. Iman blaja macam mano mak..? "

"Elok yo dio blaja mak nengokkan.. macam tu la dio.."

" ..entah la.. abang ghaso cam salah pulak.. dulukan oghang lain dari adik sendiri.."

"Abang, kalau kita elok buekkan anak oghang.. elok jugak la oghang buekkan anak kito.. Adik kau tu, ada yo cikgu-cikgu dio yang mengajar. Mr Tan pun ajar adik kau bagus. Iman tu makin elok blaja dengan Mr Tan. Toguihla mengajar elok2.. Adik kau ni tak payah la ko ghisaukan.."


Senang hati aku mendengar kata-kata emak. Aku terinagt pesanan emak "buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali".. dan aku percaya buat baik pasti dibalas baik. Aku harap semoga Allah mengurniakan cikgu-cikgu yang terbaik untuk mengajar adik aku.


Maafkan abang, Iman.

.

p/s - semoga semua anak-anak murid bakal mendapat kejayaan yang cemerlang.. tidak kira di mana saja anda berada. Selamat berjaya.

.

27 comments:

Liyana Zahim said...

Sedihnya.. Sian iman kne bdikari.. Tapelah.. At least da besar die akan jd tougher.. U as brother must alwiz tke cre of him.. Evern dri jarak jauh skalipun..

iKhRam said...

Liyana Zahim : terima kasih kerana menyokong.. yer, sentiasa memerhati dan menjaga kebajikan dan pembelajaran si iman

~Nana 귀여운~ said...

walaupon iman jauh kat seremban sana, insyaallah dia boleh berdikari dengan usahanya sendiri, doakan lah dia selalu agar dia kuat menjalani liku2 kehidupan dia, pelajaran contohnya walau sendirian tanpa keluarga disisi.

zazaw said...

lah sir
chill lah sir
sir ajak lah iman guna skype
kehkehkeh

tak pun zazaw boleh ajarkan imann
hahahahaha

Fezul Fadhley said...

xpe, dia akan belajar jadi seorang yg matang bila dah besar nanti :)

amir aizat said...

insyaAllah,iman akan kuat dan tabah! hehe

- abdul hadi abdul muti - said...

fuiyoh..menusuk kalbu den. huhu. Insya Allah, mana tahu, kebaikan yang ko bagi dekat anak murid ko, berkat tu dapat kat adik ko ke. Banyakkanlah berdoa untuk kejayaan dia. Insya Allah..

A Crack Mirror said...

yup..saya setuju dengan nasihat mak am tu.. setiap kebaikan yang kita lakukan dengan hati yang ikhlas..pasti akan dibalas setimpal atau lebih lagi oleh-NYA..dan kadang2 balasan baik itu bukan diberi pada kita..tapi keluarga kita,masyarakat mahupun negara..

semoga am terus mendidik anak bangsa dengan sepenuh hati.. tanamkan nilai2 murni dalam jiwa mereka..supaya mereka juga terdidik untuk terus berbakti secara ikhlas macam yang am buat..k?

kem salam iman..wish GD luck kat dia untuk UPSR nnt ye.

reza al-razi said...

Sebagai abg, mmg terasa sgt bertanggungjawab utk menjaga adik2.. Naluri keabangan yg kuat nih.. ;-)

ctpayong said...

Bismillah.

inilah tuntutan dunia sekarang. namun kita wajar bertawakkal atas tuntutan serta tanggungjawab yg Allah berikan. sama2 kita berdoa Iman dirahmati dan diberkati. Aminnnn...insyaallah.

L said...

xper... besabar..=)

jom berdoa?
http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/doakan-untuk-keburukan-saudara-seislam.html

suha said...

bagusnya Iman. abangnya Iman jangan risau. Iman ada parents di rumah and cikgu cikgu yang membantu. chill, k? hee :p

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

xpe... biarpun dia terpaksa berdikari..buat kerja sendiri.. at least dia akan cepat matang..

EpoLღsiKunang2 said...

Tak perlu risau, kalau baka si abang dah pandai apatah lagi si adik. Kalau dah nama pun lelaki, insyaAllah berkat usaha macam mana pun boleh saja.

Tak perlu risau sangatlah. :)

Kirim salam adik Iman.. Goodluck for his UPSR. :)

Hans said...

adik ekau tak ado apo2 lah...
dia biaso2 sajo
:-)

delarocha said...

good luck buat iman.

Phat said...

jgn risau bro..buek baik di baleh baik..

http://phatthegreat.blogspot.com/2011/08/ww-wordless-wednesday-9.html

ABU said...

semoga adek kau sukses..
btw, bebelit belit lida aku bca bahasa negeri tu..hahahha

Khairul Antasha said...

suka kat org nama Iman...

jgn risau..Iman baik2 je..hehe..

btl la kata mak tu, kalo kta baik kat org, org buat baik kat kta

Papa Mifz said...

jgn riso...cikgu2 yg lain pun akan pasti kan Iman berjaya dlm pelajaran nye...:)

Ezay Hadry said...

ok je tu..ko kot pikir lebih2..
umm try la spend mase ngan adik tu..tanye kelemahan sbjek die..


bagus2 ambik berat ttg adik :)

Azham Vosovic said...

seronoknya....ada asik2 yg masih kecik...adik2 sy smua umo nak dekat dgn sy... so xda feeling2 mcm tu

Azlan Hasan said...

good luck on iman nyer UPSR..tengok gaya mesti dia pandai cam abg dia nih..hehehe

Regards,
-Strider-

aziekz said...

yup,,yakin la,,klu kte buat baik ngan org,,insyallah,,dapat balasan yg sama
sye pun percaya,,,buat baik pada student,,,dengan niat,,adik sendiri akn dapat perhatian dari guru mereka sebagaimana kita buat..

INTAN said...

good teacher n good brother!

izfanora said...

macam abah aku lah. dulu, aku selalu mengadu sebab anak murid aku nakal. abah aku mesti cakap, "sabar je. ajar elok-elok. nanti, bila ada anak, cikgu dia sabar ajar anak kita".

betul apa yg mak ko cakap. kena ikhlas, sabar. insyaAllah, Allah pasti bantu adik ko.

bighagenjo said...

aduhh, sweet gile lah yg ini. :)