I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, October 13, 2011

Buat Kekasih Hati Yang Dicintai.



Dari kecil, memang rujuk apa saja dengan emak. Bila dah besar ni pun, apa saja nak rujuk dengan emak. Adakala, aku nampak emak senang hati dengan perlakuan aku. Namun ada kala emak marah jugak. Emak bising bila aku tidak boleh buat keputusan sendiri.


'Emak, abang ingin selalu buat emak suka dengan apa saja pilihan yang abang buat.'


Setiap hari, jikalau boleh aku ingin selalu melihat wajah emak seperti mana yang aku lakukan semasa kecil dulu. Kala zaman sekolah dulu, setiap kali mahu berjalan pergi sekolah, aku akan lambai tangan kepada emak sejak dari langkah pertama sehinggalah wajah emak tidak aku lihat lagi. Kadang-kadang ada wajah sayu, kadang-kadang ada wajah tenang. kadang-kadang ada wajah redha.


Tapi itu dulu. Dan hari ini, emak selalu saja mempamerkan wajah rindu. Wajah emak setiap hari semakin keanak-anakan. Emak semakin manja melayan aku. Emak semakin gemar menunjukkan riak kasih dan sayangnya. Aku tidak lagi hairan dan semakin menyenanginya. Semakin menyukainya.


Jarak musuh kita, mak. Tapi jarak juga sahabat terbaik yang pernah kita ada. Mungkin rasa rindu ini kerana jarak. Dan usia kita semakin dewasa. Emak. abang makin dewasa sekarang. Mungkin emak selalu menyedari perubahan yang berlaku pada abang.


"Janggut dah tumbuh dah.. Poie ko sughau (surau) tak yo jugak !!"


Dan perubahan pada emak juga semakin kelihatan. Walaupun mulut aku berbuih bercakap, wajah emak semakin hari semakin sedap dipandang. Namun aku tidak mampu boleh menipu lumrah alam. Emak semakin meniti usia emasnya. Kedut-kedut pada wajahnya walaupun tidak ketara, manun pasti sudah ada yang muncul. Dan semua itu sudah pasti tidak pernah mengurangkan sayang kami semua.


Emak kalau di rumah, apa yang disukainya adalah memasak. Jadi setiap kali dia ke dapur, emak paling pantang kalau ada anak-anak turut serta. Melambatkan kerja, kata dia. Tapi aku dipanggilnya juga untuk meneman dia masak. Emak juga suka berbual. Selalunya tentang kisah-kisah lamanya. Jadi waktu ini aku suka mengusik emak.


"Emak ni, sekarang abang nengokkan kodut-kodut kek muko tu dah makin banyak dah nie ha!!?? Kulit muko pun dah kondor-kondor (kendur-kendur).. dah makin gelebeh.."

"Iyolah.. Mano tak kondornyo, kan dah tuo..!!" jawab emak pendek.

"Takpo la.. tuo-tuo pun tapi totap yo cantek dipandang mato.."

"apola yang ko nakkan ni yo bang..??" dua-dua tergelak.


Aku rapat dengan emak. Pertama, aku suka melayan emak berbual. Kedua, aku mudah menyatakan kehendak aku pada emak.


Sebenarnya tiada apapun yang aku nak cakap melainkan nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR EMAK yang ke-49. Emak jangan lah risau, peningkatan usia itu adalah angka saja. Pada abang, angka yang bertambah itu sebenarnya membuatkan emak semakin dihargai. Sebab, pada masa ini, anak-anak emak sudah tau apa pentingnya meraikan hari kelahiran emak.


Biarpun kita hidup berjauhan dan ditekan dengan bebanan tugasan yang banyak.. Emak adalah segala-galanya buat abang. Mendengar suara emak sebentar tadi, buat abang berasa lapang dada, bahawa abang masih lagi mempunyai emak. Emaklah tonggak di sebalik kejayaan dan kehidupan abang.


Semoga emak dipanjangkan umur dan meniti kehidupan yang bahagia. Semoga Allah mempermudahkan setiap urusan emak sehari-hari dan dimurahkan rezeki oleh SWT.

Maafkan la abang dan adik Fatin, jarak hari ini adalah musuh ketat kita. Apapun tetap teringat kenangan-kenangan kita. Itulah hadiah yang paling bernilai yang tiada harganya.


SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-49

buat EMAK, kekasih hati yang paling abang cintai dan abang sayangi.

.

p/s - kan best kalau dpt g celebrate besday mak, makan-makan cam ni..??
.

23 comments:

IMANSHAH said...

anak omak jang

Unknown said...

rindu ummi , hehe

ghost said...

bertuah kau boleh jumpa ibumu sepanjang masa yang kau mahu.tapi aku suka bila kau menghargainya meski ianya selalu ada depan mata.

Unknown said...

bila masuk Universiti, mak aku start peluk cium bila nak berpisah...


aku jadi heran.. tapi2 lama2 dah biasa..


owhhh bila jauh, rindu makin menebal...

adwafarahin said...

slmt hr jadi makcik!
semoga panjang umo murah rezeki


*serius rindu kat mak di penang :'(

Salwa said...

InsyaAllah esok pulang ke kampung. Tak sabar nak jumpa mak saye :D

ch000tz said...

happy buffday kat ur mak.

Fav words b4 hang up the phone with my mom: I will never ever miss to say to her that I LEBIUUUUUU!! hehehe

Kotak Hati said...

bagusnyer...jarang anak lelaki camni..=)

Maicher said...

ehhhh.. macam nak sama la!
befday mak saya esok and yang ke-48.

and ur mom hari ni dan yg ke-49.

hmm, apa² pun, selamat hari lahir.
send my regards to her.

semoga dipanjangkan umur dalam keadaan beriman dan sentiasa dimurahkan rezeki.

:)

bui-bui

vendoline said...

hepi bufday to ur mom

hurmm my mom tue sikit je.hehhe 50

semoga panjang umur

Anonymous said...

Selamat Hari Lahir mak abangg. haha.

love this quote

Jarak musuh kita, mak. Tapi jarak juga sahabat terbaik yang pernah kita ada. ;)

Nurul Shaheedah said...

solamat hari lahir omak.
eh omak pulak. makcik. hihihi

Rtp Farra Arisha said...

emak is everything to us. they're precious to us :') so, hargailah pengorbanan emak :)
u're such a lovely son. surely ur mom will be touched after reading this!!

happy birthday to ur emak :)
semoga tetap ceria bersama family dan anak2 tercinta..murah rezki hendaknya :)

HEROICzero said...

*senyum*

untung kau .

♥ Nana BamBam ♥ said...

anak mak..huhuh

pembaris said...

muda lagi

ღKekunangpelangiღ said...

Bila dalam satu2 keadaan, pandang muka ibu terus rasa sejuk dan tenang. kan? :)

Blog Eazy Izzuddin said...

sweet...
sayang omak...



Jom Join MyContest =)
Tarikh tutup semakin hampir =D : Contest Annouced! Mak Aih! Contest Blog Eazy Izzuddin ?!

rozeeta rashid said...

comel bila lelaki rapat dengan mak. hehe. kalau mak suka masak, anak2 suka makan. haha.

afzan said...

"Iyolah.. Mano tak kondornyo, kan dah tuo..!!" jawab emak pendek.

"Takpo la.. tuo-tuo pun tapi totap yo cantek dipandang mato.."

"apola yang ko nakkan ni yo bang..??" dua-dua tergelak.

tula, kalau anak tetiba buat baik, puji sikit-sikit mesti ada HAJAT yang diorang nak. hahah..

49? masih muda lagi :)

cha zainol said...

happy birthday mak cik :) teringin nak makai gulai lemak mak cik.

ewanthology said...

sampaikan ucapan selamat hari lahir ini untuk ibu kamu. semoga dipermudahkan segala urusannya.

ieza ashaari said...

rasa nak menangis baca entry nie.. hurm..