I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, October 4, 2011

ROSSA.... Stop !! Am Tengah Emo Nie..!!



Pagi semalam, aku dah terlambat sebenarnya pergi ke kuliah. Tapi aku boleh lagi bermalas-malas. Aku tegang-tegangkan kain cadar. Kemaskan meja. Susun semua alat-alat solek.. (ceh !! tak boleh blah !!), ikat langsir, sembur perfume bilik, gantung baju tidur dan macam-macam lagi aktiviti bagi melambatkan pergerakan masuk ke kelas.


Sedikit pun tak de rasa bersalah..!! Sebenarnya kalau diperhatikan pada waktu tu, keadaan di dalam bilik sangat tenang. Cahaya kelam menembusi tingkap.. Kalau aku tergesa-gesa masuk ke kelas pada waktu ni, aku mungkin dah terlepas peluang menikmati keadaan cam nie..


Itu kisah semalam..


Dan pagi ni.. lain benar ceritanya. Hari ni tak la lambat macam pagi semalam. Mungkin lambat 6 atau 7 minit, lebih kurang macam tu la. Tapi sebab gabung kelas, jadi kelewatan aku tu tidak disedari sangat. Seperti biasa, lecturer kalau nak jumpa student, agak2 sebab apa?? Sebab apa lagi, nak bagi keje la.. kan?? Serabut dibuatnya..


Hari ni, mood aku memang jatuh menjunam. Kalau ada makcik awal 40-an tengah period dan meroyan-royan kat kaki lima.. aku mungkin lebih teruk dari tue!

Ops! Takkan seperti itu..?? OMG..

Tapi agak teruk jugaklah.. Sebab bila terpandang orang saja,,.. mesti akan ada satu bisikan seseolah bisikan dari syaitan nir rajimmmm... yang bersifat hasutan yang penuh kebencian. Dahsyat kan??


Kadang-kadang terpandangkan seseorang, mesti terfikir...

"dia ni..?! patutnya ada dendam yang sepatutnya aku balas tapi tak terbalas-balas sampai hari ni.."

" dia ni, dah la tak faham apa yang aku nak maksudkan.. lepas tu sibuk-sibuk nak marah-marah.. apa kes?"

"dia ni.. bias la !!"

"dia ni buat-buat mesra dengan orang lain ni, tetiba tak layan aku ni.. nak pulaukan aku ker?"

"eh dia ni,.. buat-buat muka.. macam lah ilmu penuh di dada..?"

"berlagak cam bagus jer... spoil mood aku betul la..??"

"eleh.. gelak-gelak.. saje la tu nak buat aku jeles.."

"balik-balik aku jer yang nak kene terima idea kau. Bosan tol..!!'

"Ntah ape-ape la ko nie.. nak apa jer dari aku..?"

"Mula la tue.. nak amik kesempatan"

"kerek ar dia nie.. cam bagus sangat..!!"

"Bosan ar kau nie.... Boleh tak main jauh-jauh"


last but not listed


"memekak ar korang ni....Diam boleh tak ??!!!"


Memang hasutan syaitan... Tapi aku tak lah seteruk ni, nak cakap-cakap perihal orang tak tentu pasal.. !! Aku banyak diam jer.. buat-buat cam tak de mood. Cuma kadang-kadang bila hati kosong, senang sangat hati dipengaruhi oleh syaitan nir rajim... Orang yang lalu lalang semua menjadi salah pada aku. Sedikit demi sedikit persekitaran sekeliling menjadi tidak sihat.


Jadi langkah spontan yang aku amik.. Masuk ke bilik.. baring buat seketika. Memey (MP3) pun dah siap untuk berbakti.. Memutarkan lagu-lagu dendangan Rossa dan Anggun tanpa henti-henti. Lagu-lagu Dato Siti tak berupaya bersaing buat masa ini..!!


Kalau keadaan masih juga tidak baik-baik.. terpaksalah tonton filem SEX and The City.. sambil menyiapkan pemurniaan kertas tesis.. Huhuhu...!!


Lepas ni kalau ada yang cakap, borak dengan aku ni macam borak dengan kayu tunggul.. Tolong la faham..!! Aku sedang mengalami simptom-simptom BAD HAIR day !!


...tak sangka dalam keadaan macam ni pun aku boleh kekalkan senyuman manis nie. Dalam hati, tuhan yang tau..!!!! Please, jangan kritik aku k? Ampun....


p/s - 'Am' tu nama glamor aku yang paling manja.. bukan calang-calang orang boleh panggil.. !! hehehe...

.

16 comments:

Anonymous said...

hahaha..
sabar2!
jum2 hepi kan diri anda!

AdyBudika said...

nampak warna warni.. errrr

ZWAN SABRI said...

Am oh Am..
HEHE..
btw, mentang2la dah senior skang..
datang kelas pown nk lambat je kann..
HAHA

Unknown said...

omaigod...sy pun selalu ada bad hair day....

Unknown said...

omaigod...sy pun selalu ada bad hair day....

adwafarahin said...

hanya org istimewa je yg bole panggl am kan?
hahaha

Liyana Zahim said...

Amm oh amm.. Call me onn.. Herherher.. Day changes, mood changes, everything changes.. Its ALLAH wants it to b changin my fren.. So jz b hapy n b thnkful to wat u have.. :)

rozeeta rashid said...

takde mood tak payah gi kelas. hehe. =)

QERY HASAN said...

Hai Am... hehehe

Unknown said...

teruk... macam PMS... nasib baik takde senggugut je kan...

mr.syazwan said...

mujur filem SEX n the city


kalau filem lain td nak join gak

=_=

Unknown said...

harap simptom2 bad hair tuh hilang la copek yer...

ewanthology said...

cantik gambor

ghost said...

bad hair day??nih kalau betul-betul tengah meroyan nih,silap haribulan pegi kuliah pakai underwear jer nih.serabut paling dahsyat.hilang akal sekali.

*sori lama tak datang sini.

ekabukanmakcikkau. said...

" eh dia ni gelak sakan lahh, padan lah muka kau jap lagi aku baca diari kau muahahahhaa" ye aku buat cenggitu -..-

♥ Nana BamBam ♥ said...

am yer..baru tau nih..huhu