Thursday, March 31, 2011
Telur Katak ??
Rindu Padanya
Tuesday, March 29, 2011
Jodoh !!
Monday, March 28, 2011
Energy
Sunday, March 27, 2011
Pizza & Bengkel
- aku tetap makan fastfood biarpun telah ditegah dengan amaran keras oleh emak dan telah pun menghadapi simptom sakit kepala yang kronik.
- telah memakai seluar pendek di khalayak ramai..
p/s - akibat keje yang banyak.. tidur yang tidak mencukupi, akhirnya muka aku semakin cengkung.. dan berat badan turun mendadak. orang lain punya susah la nak turun berat badan.. aku dengan hanya tak cukup tidur.. boleh turun berat badan berkilo-kilo.. macam mano tu? huh!!
.
Thursday, March 24, 2011
INTERIM
- buku rekod pengajaran
- buku laporan praktikum
- penulisan jurnal
- dan yang paling menakutkan ialah.... portfolio praktikum !
apapun aku antara orang-orang yang terselamat dari pemantauan tu.. semuanya lengkap !!
p/s - ceramah sebelum pulang sangat menarik !! namun yang sedikit mengecewakan kepala aku pening sampai ke hari ini sebab terlalu kerap berulang alik dari balik pulau ke maktab yang mempunyai jalan yang berliku-liku..
.
Monday, March 21, 2011
Aku Pergi dan Kembali Lagi
- sarapan : nasi goreng kampung + roti
- makan tengahari : nasi ayam (set lengkap)
- minum petang : donat big apple + pulut kuning + rendang hijau mak saya
- makan malam : nasi ayam semula ..
- bekal : pulut kuning... hahaha.. satu tupperware aiskrim walls berwarna kuning..
Sebab itu adakala, aku menjadi sedih meninggalkan rumah. Rumah merupakan syurga buat aku. Aku dapati semakin hari semakin sedap makan di rumah.. hahaha.. selera aku sudah semakin dewasa nampaknya.. hahaha !!
Namun, usia menjadikan aku tabah. Tiada lagi rasa keberatan untuk pulang seperti dulu.. Emak pulak yang aku lihat tidak begitu tabah lagi.. Kalau dulu, aku yang merengek2 bila nak balik.. sekarang emak pulak yang merah matanya menahan tangis. Bayangkan, semasa menunggu bas, emak diam sahaja.. ada beberapa soalan aku yang tidak emak jawab.. (saja soal untuk menenangkan emosi)
"omak, sodey ko (ke) abg nak balik penang ni..??"
"iyo..!!" hahahaha.. baru nak ngaku. masa kat rumah tadi, mati-mati tak mengaku..
Apapun aku dapat lah cium kedua pipi emak sebelum berangkat naik ke dalam bas dan terus bergerak ke penang. Sedar tak sedar bila usia mula bertambah, masa semakin mencemburui kita.. dan masa untuk bersama orang yang kita sayangi semakin berkurang dan terus berkurang, hargailah semasa ada.
p/s - masa itu emas. Sampai rumah sewa keesokan harinya, aku dan fuad terus berperang dengan segerombolan semut yang bersarang di ketiga-tiga bilik air.. Ingat ni Mesir ker?? hahaha.. selamat ber'sbe' adikku, si fatin !!
Friday, March 18, 2011
Laksam Yang Eksotik dan Mistik !!
Salam..
Sebelum nak bercerita panjang.. cewah !!..aku mahu mengingatkan anda satu perkara..!
.
Penggunaan hon kenderaan bukan bertujuan untuk memaki hamun pengguna jalan raya yang lain yer..!! Kesal dan Bengang bila ada pengguna jalan raya yang sesuka hati menggunakan hon sebab nak suruh penunggang motosikal jalan walhal lampu isyarat masih lagi merah.. 'Masih' ok ?? Sudahlah tak reti nak hormat orang lain, tak ikut peraturan pulak..?? Jadi gunalah hon kenderaan dengan berhemah.. gunalah hon masa nak halau lembu ker? nak say 'hai' ker ? nak bagitau orang di hadapan jalan yang terlindung ker? dan sebagainya..
.
Baiklah, semalam, maktam sekeluarga datang ke rumah keluarga aku. disusuli keluarga makcik.. Seronok sebenarnya berhimpun ramai-ramai, walalupun tak cukup korum.. hahaha.. Ayong Diana masih di UUM Sintok, Kedah.. Apapun seronok jugak lah.. !! Kitaorang tolong seronok kan untuk ayong yer?? hehehe...
.
Untuk mengejutkan emak yang sibuk bekerja.. kami semua termasuk mak tam yang bertindak sebagai ketua chef telah merancang untuk menyediakan juadah laksam sebagai minum petang.. kiranya bila mak balik keje petang nanti, semua dah tersedia la.. hahaha..!
.
Kali ini aku tidak membantu, tapi sekadar menyibuk !! keje orang laki bila semua sepupu dan mak sedara mereka masak ialah mencari periuk kukus di stor, dan membeli bahan2 yang tak cukup kat kedai.. hahaha.. Apapun dari jauh, aku lihat mereka lagi meriah tergelak bersuka ria di dapur dari memasak.. Apapun semuanya siap sebelum mak balik dari keje.. Bagus !!
.
Sampai je mak kat rumah, mak dah risau, apa nak masak untuk minum petang.. maklumlah orang datang rumah.. kami apa lagi.. !!!
!! SURPRISE !!!
Maktam menarik emak ke dapur... LAKSAM here !!! Hahahaha..
Dah macam surprise Eric Leong kat casa impian pulak dah..!! hahaha..
Jadi kenyang la aku makan laksam petang tu.. tiga pinggan kot makan laksam yang maktam buat.. memang sedap !! credit to maktam atas laksam yang sedap.. !! juga kat adik2 sepupu saya yang semakin matured dan pandai menolong di dapur.. rajin2 mereka semua ni.. !! tak de la kes2 yang nak buat alasan migrain la time orang masak, sakit itu la, sakit ini la.. tak de yer.!! hahaha..!! itu alasan 'orang' dulu-dulu.. orang sekarang semua sihat2..
.
Malam..
keluar window shopping ke Seremban 2 sekadar menjamu mata..
Aku perhatikan orang tetap ramai keluar berbelanja.. banyak betul duit diorang ni.. Apa yang aku sedar, aku semakin bijak berbelanja.. tidak lagi mengikut nafsu, sebaliknya bertenang dan memikirkan untuk keperluan sahaja.. walhal discount banyak,.. ada yang sampai 70% kat converse.. hahaha.. tidak, aku masih sayangkan kasut yang sedang aku pakai sekarang nie..!!
Last2, balik makan lauk kari yang mak masak.. tu yang paling best sekali.. Baru aku sedar, kali ini aku balik memang berniat untuk menjamu apa saja juadah air tangan orang2 kat kampung.. hahaha.. tq kat emak dan maktam saya.. !!
Wednesday, March 16, 2011
Ponek Dah Jadi Kughuih Ni..
Hari ini aku bantai merempit.. cewah.. cam la brani sangat kan? Tak de la.. waktu senja-senja macam tadi mana ada kereta sangat.. Jadi aku bawak la motor tu laju sket dari biasa.. Apapun aku tetap selamat.. Betapa enjoynyer merempit sambil mulut terkumat-kamit menyanyikan lagu ILUSI.. hahaha.. tak bley blah betol !!
.
Apapun, hari ni aku keluar bersama seorang kawan. Seronok jugak bertemu dengan dia.. Apapun die mempertikaikan aku.. "dalam gambar nampak macam dah gemuk sket ?? " Jeng3x.. kurus lagi ke aku ni walaupun dah makan banyak ?? Itu persoalan yang bermain dalam fikiran aku sehingga kini...
.
Betapa susahnya menjadi orang kurus..?? Biarlah orang-orang yang kurus saja yang tau.. hahaha.. Dari segi BMI, tubuh badan aku masih lagi dalam kedudukan ideal.. tp setakat pangkal2 je la.. tp sekurang-kurangnya tak la terlalu kurus.. tapi orang tetap mempertikaikan perkara "kurus" itu.. huh !
.
Aku sentiasa mempercayai apa yang pensyarah aku selalu cakap.. beliau mengatakan mungkin kerana kadar metabolisme dalam badan aku ni tinggi.. menyebabkan badan memerlukan tenaga yang banyak untuk menghadamkan makanan terutamanya... ok, aku terima..!!
.
Jadi mari kita lihat, apakah faktor-faktor yang menyebabkan masalah kekurangan berat badan yang dialami oleh orang-orang seperti aku ini.. hahahaha... :
- Nafsu makan yang berkurangan disebabkan berbagai-bagai sebab, seperti kurang waktu tidur, mengalami penyakit kronik, stres, kekurangan vitamin ataupun jadual kerja yang terlalu padat.
- Faktor genetik. Hal ini mungkin terjadi disebabkan faktor genetik yang diturunkan kepada generasi baru dapat menyebabkan kadar metabolisme tinggi atau mempunyai sel lemak yang kurang. jadi jangan hairan apabila melihat seseorang itu mempunyai selera makan yang besar namun memiliki tubuh yang kurus... ini kerana mungkin genetiknya sebegitu..
- Usia. Semakin meningkat usia, semakin berkurangan keupayaan tubuh menyerap nutrisi makanan dan zat gizi makanan sehari-hari.
- Makanan dan minuman yang mengandungi kafein, mahupun nikotin, ataupun bahan perasa. Hal ini kerana, zat-zat dari makanan dan minuman yang mngandungi bahan-bahan ini mampu mengurangkan selera makan yang normal sehingga menyebabkan situasi kurang selera makan ini menjadi berterusan dan akhirnya mengurangkan berat tubuh.
Bagaimana mahu mengatasinya??
- Perbanyakkan makan. Perlu makan lebih dari normal tetapi harus memikirkan gizi yang seimbang. Bagi yang tidak biasa, jangan makan sehingga mendadak lebih dari lima kali. Itu tidak baik k?
- Minum susu. Hal ini kerana susu mengandungi protein yang tinggi. Minum susu full cream dua cawan sehari.
- Memperbanyakkan olahraga kerana selain dapat mengalirkan darah dengan baik, tubuh dapat mengedarkan protein ke seluruh badan dengan lebih berkesan.
- Kunyah makanan sehingga makan menjadi halus. Hal ini supaya makanan dapat dicernakan dengan cepat dan berkesan. Lagipun selain di mulut, tiada lagi gigi di bahagian tubuh yang lain utnutk mencerna makanan.
- Makan makanan mengikut aktiviti seharian yang dilakukan. Sekiranya banyak bergerak, perbanyakkan makan makanan yang berkarbohidrat dan berlemak.
- Pastikan tidur yang cukup. Peruntukkan untuk tidur selama 8 jam. Latih diri untuk tidur petang. Hahaha...!!
- Kurangkan merokok.
Bila aku tengok langkah2 mengatasi tu.. macam tak terbuat jer.. that's why aku tau kenapa aku kurus sampai ke hari ini.. Sedih giler !! Nak minum susu, aku loya dengan susu. Nak suruh olahraga? masa tak de, letih.. Nak kunyah banyak-banyak kali ? Malas.. tapi yang aku suka.. usahakan tidur petang.. yang tu best.. yang tu insyaallah aku boleh buat.. hahaha.. tp nak peruntukkan tidur lapan jam tu susah.. keje banyak la..!!
Itulah, kita selalu risaukan orang-orang yang obesiti, walhal orang-orang yang mengalami masalah kekurangan berat badan juga menghadapi masalah yang sama.. Orang gemuk nak kurus, orang kurus nak gemuk.. hehehe.. manusia tak pernah puas dengan apa yang mereka ada..
Teringat macam mana aku susah nak mencari seluar dulu.. nak ikut pinggang, nanti seluar singkat.. nak ikut panjang kaki, nanti pinggang seluar besar pulak.. memang masalah.. tp itu dulu, sekarang.. insyallah, tidak lagi..!! ceh, macam dalam iklan pulak..
Itu belum lagi nak diambil kira cakap-cakap orang.. " aik, kurus je ko nie.. mak abah tak kasi cukup makan ker?" berdesing jugak telinga nak dengar.. walhal makan melebih dari orang lain.. hahaha..
Apapun aku bersyukur dengan keadaan diri aku sekarang cuma kalau boleh aku mahu menambah sedikit berat badan aku agar nampak sedikit seimbang dan.. kacak sket la kot?? hahaha.. (ketawa besar) sapa setuju angkat tangan cam citer Hantu Kak Limah.. !!
p/s - semoga BMI aku bertambah selepas ni.. hahaha..
.
Tuesday, March 15, 2011
Rezeki Itu Tuhan Yang Tentukan..
Sunday, March 13, 2011
Anak Emak Dah Besar
Salam..
Bila tengok muka Awal Ashaari tu dapat jadi cover majalah.. aku terasa seperti teringin jugak kot nak jadi model..?? hahaha.. Tapi apa nak buat.. muka tak de market la bro... jadi model kat anak-anak murid pun dah kira untung la tu.. ! hahaha... !!
.
Abaikan cerita aku nak jadi model tu.. sekarang bermula cerita sebagai seorang anak yang baru sahaja melangkah ke dunia kematangan usia.. Bagi aku, seorang lelaki yang matang adalah lelaki yang mampu mengawal kemarahan disamping boleh bersabar dan berfikir secara rasional dalam menyelesaikan masalah.. sapa yang setuju dengan aku bolehlah angkat tangan macam citer hantu kak limah yer? "kita bakor 3x".. hehehe..!!
.
Sebelum tidur ini, aku teringatkan pesanan emak yang seolah-olah memujuk hati anak lelaki sulungnya ini.. Pada waktu itu kami berdua sama-sama merenung bintang-bintang di halaman rumah.. dan waktu malam ketika itu, sungguh redup dan dingin sekali sama seperti redupnya hati aku mendengar nasihat emakku ini..
" Abang, bila hati kita memarahi seseorang itu.. jangan terburu-buru memarahi orang itu.. sebaliknya fikirkan setiap satu kebaikan yang telah dia buat untuk kita.."
.
Semakin usia aku meningkat, ditambah pula jarak dan waktu sering memisahkan kami berdua.. emak tidaklah segarang dulu dalam menangani aku.. setiap kali aku tersilap membuat perhitungan.. emak tidak lagi memarahi aku seperti dulu sebaliknya mengajak aku supaya berfikir, sama ada apa yang aku lakukan itu baik atau tidak..?? perlu atau tidak..??
.
Aku fikir emak sudah merasakan aku kini sudah mampu untuk membuat keputusan.. atau dengan kata lebih ringkasnya, mungkin emak fikir aku sudah besar kot ?? hahaha... mungkin yer, atau mungkin tidak... !! Aku pun tak pasti...
Saturday, March 12, 2011
Fuh !! Naseb Baek !!
Thursday, March 10, 2011
Sinar Jingga Lampu Tidurku..
Wednesday, March 9, 2011
Bulldozer







Tuesday, March 8, 2011
40 Dalil Apa Yang Murid-Murid Mahukan Dari Guru Mereka.
- Saya mahu guru yang sentiasa tersenyum apabila masuk ke dalam kelas.
- Saya suka cikgu yang gemar bercerita tentang pengalaman mereka sewaktu mereka bersekolah dahulu.
- Saya mahu cikgu yang tegas dan baik.
- Saya mahu cikgu yang mempunyai keikhlasan ketika mengajar.
- Saya mahu cikgu mengajar kami sehingga kami faham.
- Saya mahukan cikgu yang mempunyai kesungguhan dalam mengajar.
- saya nak cikgu mempunyai pengetahuan yang mendalam.
- saya mahu seorang cikgu yang mesra dengan anak-anak murid.
- saya mahukan cikgu yang gemar memberikan kami latihan yang lengkap.
- saya mahu cikgu sentiasa mengajar dengan cepat.
- saya nak cikgu yang sentiasa memberi kami peluang untuk bertanyakan soalan.
- saya mahu cikgu mengajar kami dengan jujur.
- saya nak cikgu yang mencurahkan kasih sayang dengan sepenuhnya.
- saya mahukan guru yang bermanfaat kepada sekolah dan masyarakat.
- saya mahu cikgu yang mempunyai suara yang kuat.
- saya mahu seorang cikgu yang tidak pilih kasih.
- saya mahu cikgu yang suka membantu murid-murid yang susah.
- saya mahu cikgu yang suka menjalankan aktiviti kuiz di dalam kelas.
- saya mahukan cikgu yang sporting yang boleh bercerita apa sahaja.
- saya mahu cikgu yang tidak membawa masalah dari rumah ke sekolah.
- saya mahukan cikgu yang tidak akan memperbodohkan anak-anak muridnya.
- saya mahukan cikgu yang aktif.
- saya mahu cikgu yang bijak bercerita tentang sejarah.
- saya perlu cikgu yang boleh bercakap dengan sopan.
- saya suka cikgu yang tidak meninggikan suara.
- saya mahukan cikgu yang tidak akan memaki hamun murid-muridnya.
- saya mahukan cikgu yang tidak akan melakukan perkara yang tidak senonoh kepada anak-anak muridnya seperti memegang tubuh murid-murid.
- saya mahu cikgu yang pembersih seperti tidak akan sanggup mengorek hidung di depan kelas. (hmm..??)
- saya mahukan cikgu yang tidak terlalu banyak peraturan.
- saya mahu cikgu tidak mencederakan murid-murid atau memukul murid-murid.
- saya mahu cikgu yang tidak akan tidur dan makan di dalam kelas.
- saya mahukan cikgu yang penyabar dan tidak akan membalas dendam kepada kami.
- saya mahu cikgu yang berpakaian cantik dan kemas.
- saya mahukan cikgu yang berdidiplin dan tidak merokok di dalam kawasan sekolah.
- saya mahukan cikgu yang tidak duduk di atas meja.
- saya mahukan cikgu yang kacak dan cantik.
- saya mahu cikgu yang tak 'control macho'
- saya mahu cikgu yang tidak akan menyanyi di dalam kelas.
- saya suka yang memanggil nama saya yang baik dan memandang kepada saya setiap kali mengajar.
- saya suka cikgu yang berbau harum.
begitulah hasil dari tinjauan yang aku lakukan di dalam kelas sebentar tadi. Pada awalnya mereka nampaknya seolah-olah takut untuk mengemukakan pendapat, namun setelah aku meyakini mereka bahawa aku juga pernah bergelar murid-murid, dan aku memahami perasaan mereka, barulah semua ini terkeluar..
wahai guru-guru.. dengarkanlah suara hati mereka yang 'bisu' itu, yang tidak pernah mereka suarakan kerana kita guru diberi keistimewaan itu untuk mendengarnya dari mata hati kita malah diberi peluang untuk memahami mereka dari sudut rasa yang terdalam..
Monday, March 7, 2011
Turun Padang
Sunday, March 6, 2011
Jikalau Aku Punya Banyak Wang..
.
- Aku mahu bercuti serata dunia, bermula dengan dalam negara, seterusnya ke Asia dan seterusnya aku mahu ke Turki. Sapa-sapa sahaja yang rapat dengan aku pasti tahu betapa aku terlalu ingin ke Turki. Teringat ketika berada dalam tingkatan 5, bagaimana Umairah bercerita betapa cantiknya Turki dan orang-orang di sana. Poskad dia dari Turki itu aku simpan, dan wajah masjid biru itu ingin sekali aku jejak realitinya.
- Bolehkan, kalau aku nak bershopping ?? Aku teringin sekali membeli barangan jenama BONIA. Serius, biarpun nampak konvensional, tp itulah yang aku hajatkan dan menghabiskan sejumlah wang yang banyak untuk membeli pakaian kat butik TOPMAN.. hahaha..
- Aku ingin membuka sebuah kedai makanan yang menjual makanan yang selalu dimasak oleh emak aku. Adakala, tindak-tanduk Linda Onn itu sangat baik dan secara tak langsung menjadi tauladan kepada aku untuk menghargai orang yang paling dekat dan kita sayangi. Disebabkan emak aku juga pandai masak nasi ayam, mungkin akan ada restaurant, Ikhram's mum chicken rice.. hahaha.. tapi itu tidak mustahil..!!
- Perkara ini bakal mendapat tentangan hebat dari kedua-dua ibu bapa aku.. tapi, kalau aku punya banyak wang, inilah yang ingin aku buat.. Aku ingin membuka sebuah butik pakaian pengantin. Selalu saja berangan dengan classmate, Cik Nadiya Khalik untuk berkongsi modal memulakan perniagaan seperti itu.. aku tau itu adalah mustahil tapi itulah salah satu impian aku..!! Jeles jugak tengok Rizalman Ibrahim dengan usaha kerasnya..
- Rumah.. aku tidak mahu yang besar. Akibat dipengaruhi oleh emak, aku sentiasa menyukai rumah setingkat dan mempunyai halaman yang luas. Serius, aku suka rumah Rizalman yang berwarna kelabu dan disinarkan lampu berlian yang cantik-cantik, serta dipenuhi cermin-cermin.. dalam sebuah rumah itu nanti, aku mahukan sebuah bilik yang mempunyai rak yang banyak serta mampu memenuhi buku-buku yang cantik-cantik corak kulitnya.. Besarnya rumah itu biarlah sederhana, cuma perisian rumah itu biarlah menjadikan aku gembira berada di rumah sendiri.
- Berikanlah aku peluang, jikalau aku punya banyak wang untuk menghadiri sebuah konsert Dato Siti Nurhaliza untuk penontonnya seramai 17 orang iaitu, emak dan adik fatin, abah, iman, Afiq Ismail, Mak Tam, Didie, Mastura Masu dan pakwenya, Sarah dan Farhana, Cik Gadis Olrite,Nadiya Khalik, Lady Ana, Mr.Adam Hakim dan Amirul Syazmi dan mestilah aku. Belanjanya pasti mahal tapi aku kan punya banyak wang..?
- Impian aku tetap sama, walau banyak mana pun wang, aku tetap mahukan kereta vios dan kalau boleh aku nak la blackberry sebiji.. cukup kagum dengan reka bentuknya walaupun ada gajet yang lebih canggih dan mahal dari itu.
- Aku ingin membina sebuah klinik untuk rakyat berpendapatan rendah selain membina rumah perlindungan bagi kaum wanita yang didera dan kaum remaja yang mempunyai masalah peralihan fasa seperti bohsia dan sebagainya. Bagi aku golongan ini selalu sahaja kurang diberi perhatian oleh masyarakat.
- Kalau Dato' siti dengan jenama produk kosmetiknya kerana sukakan warna, aku pula dengan jenama-jenama alat tulis yang begitu berkualiti dan mempunyai anatomi yang unik. Aku ingin dekat dengan masyarakat melalui ilmu. Semua itu bermula dari alat untuk menulis.. Akulah pengeraknya. Itulah gunanya punya duit yang banyak.
- Aku ingin membina toko buku yang sangat tenang dan menyenangkan pembeli.
- DAN perkara wajib untuk aku laburkan kehidupan aku kepada agama dan kedua ibu bapa biarlah menjadi rahsia.. Untuk perkara sebegitu, bukanlah pada anda untuk aku tuturkan. Itu bermula dari hati. Dan kesemua impian di atas adalah kekal sebagai impian... dan untuk itu aku perlu berusaha disamping memandang kepada diri.. mengukur baju perlu pada badan sendiri. Segala rezeki ALLAH aku syukuri sedalam-dalamnya.
Tamatlah sudah impian aku yang sedikit itu. Terlalu sukar memikirkan perkara mudah seperti ini, Jikalau aku punya banyak wang ?? Kenapa sukar, sebab aku adalah manusia sederhana yang tidak perlu punya banyak wang untuk rasa bahagia.. cukuplah apa adanya. Sukar menjawab bukanlah kerana mustahil tetapi dunia mewah itu bukan dunia aku dan atas sebab itu aku rasa begitu sukar sekali untuk meramalnya. Namun tiada yang mustahil dalam hidup ini.. Sederhana itu lebih sempurna..
.
p/s - serius susah nak fikir perkara sebegini... kui! kui! kui!
.