I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, March 15, 2011

Rezeki Itu Tuhan Yang Tentukan..

(muka yang sedang memikirkan masa depan)

salam..
jam dinding di rumah sudah pun berbunyi dua belas kali.. menunjukkan sudah pukul 12 tengahari.. Aku seperti biasa baru sahaja menghabiskan hidangan sarapan berupa dua keping roti canai yang aku cicah dgn kuah kari kegemaran aku..
.
Semalam aku berbual dengan ramai kawan-kawan yang sedang belajar jauh diperantauan.. ada di UK, ada di Mesir, di India.. di Jepun dan.... kat situ je la.. hahaha... Seronok juga mengetahui kisah-kisah hidup mereka.. begitu juga walhalnya bila aku membaca beberapa tulisan blog dari penulis-penulis yang sedang menuntut di luar negara.. sangat seronok sebenarnya.. mereka berpeluang menimba pengalaman di negara orang.. merasa susah dan senang berjauhan dari tanah air.. Itu bukan perkara yang mudah.. sapa setuju angkat tangan..?? (macam citer hantu kak limah.. hehehe)
.
Baiklah,
itu yang berada di luar negara.. bagaimana di dalam negara.. lagilah ramai aku berbual.. semua orang ada al-kisahnya masing2.. teringat masa sama-sama belajar dulu.. semuanya mendapat peluang yang sama.. namun, kita sendiri yang memilih di manakah hala tuju masa depan kita..
.
Semua orang ada cita-cita.. dan aku juga ada cita-cita..
.
Dalam usia aku yang menjengah ke 23 tahun ini.. aku melihat.. semua orang memandang masa depan bukan berdasarkan jaminan hidup yang berkekalan.. tetapi kepada harta benda seperti kereta yang besar, rumah yang besar, henset yang canggih.. malah yang melihat kepada barangan kemas pun ada.. (itu mami-mami jarum yang ada dalam filem k?).. Pada mereka, semua kemewahan itu melambangkan kejayaan seseorang..?
.
Apa pendapat anda ??
.
Ini pulak pendapat aku..
Aku pernah melihat seorang pensyarah aku yang berjaya hidupnya dengan menaiki kereta proton saga lama.. dan dia berbangga dengan itu.. Dalam kehidupan ini, semua orang ada penilaiannya tersendiri. Tiada sebarang penanda aras kepada sebarang kejayaan itu apatah lagi mengukurnya dengan harta benda.. Bagi pendapat peribadi aku, kejayaan itu berdasarkan matlamat yang ingin dicapai..
.
Aku bagi contoh..
.
"dah berjaya anak si Melah tu.. tengok dah berkereta besar dah !!"
.
Ini contoh yang selalu kita dengar sehari-hari.. Betul tak apa yang aku cakap.. walhal anak si Melah tu belajar, SPM pun tak lepas.. tapi orang sudah anggap dia dah pun berjaya.. Masyarakat kita terlalu materialistik.. terutama orang-orang yang tidak menganggap akan kepentingan pendidikan itu sebagai tempat yang utama..
.
yang ini mungkin jarang kita dengar..
.
" tengok anak si Melah tu, belajar kat luar negara, tapi kereta pun tak dapat nak beli.."
.
dan orang tetap menilai wang dan harta benda sebagai lambang kejayaan..
.
Dulu, aku mungkin tidak sedar situasi ini.. tetapi semakin meningkat usia, aku makin menyedari bahawa fenomena ini sememangnya berlaku dan menghantui hidup aku sedikit demi sedikit.. Dulu aku mungkin tidak kisah dengan jenama kereta.. tetapi sekarang aku mula memikirkannya biarpun aku bukan seorang yang meminati kereta secara amnya.. Cemburu ?? bukan !! Cuma ada masa aku merasakan dunia ini tidak adil..
.
Dalam pemikiran aku sekarang ini.. semua rezeki ada di tangan Tuhan. Aku bersyukur dikurniakan dengan rentetan hidup yang membina diri aku. Aku suka menjadi guru dan itu adalah cita-cita aku. Namun kalau ada ahli masyarakat yang suka membanding-banding kejayaan bakal kerjaya aku ini dengan isu pemilikan kereta..?? hahaha.. aku rasa itu bukanlah perbandingan yang bijak.. kerana kejayaan seseorang itu sebenarnya bermula dari kepuasan diri terhadap apa yang ingin dicapainya..
.
Dari isu-isu kereta dan kejayaan itu.. aku lebih gemarkan kehidupan yang sederhana dan penghargaan orang ramai terhadap apa yang aku laksanakan.. kerana kasih sayang itu lebih mutlak ingatannya dari harta benda yang suatu hari pasti akan susut dan ditinggalkan di dunia sementara ini.. hati budi dan budi perketi jugak dipandang masyarakat kan?
.
Jadi masyarakat di luar sana.. hentikan menilai seseorang itu berjaya atau tidak dari pandangan kasar yang selalu menipu itu.. kerana kejayaan yang sebenar ada di dalam diri..!! Siapa kah kita.. bukan apa yang kita miliki.. Sapa setuju ?? boleh angkat tangan macam citer hantu kak limah k?
.
p/s - aku tetap ingin memiliki kereta toyota vios aku suatu hari nanti.. insyaallah.. !!
.

19 comments:

B.E.L.L.A said...

sgt suke post ni!:)

cik ungu said...

pencapaian dunia memang takkan habis nak dicapai.
pengiktirafan dari manusia yg dikejar.
padahal pengiktirafan dari Tuhan tak dipandang.

Nulia said...

ana setuju dengan akh !!!
seseorang yang berfikiran matang akn bertindak dgn kadar sederhana .... kerana sederhana yang diajar dlm Islam ...haha..betul tak komen ni ??? kalau salah maaf ye .....^_^

afzan said...

insyaAllah boleh dapat toyota vios tu :)

CikGadis said...

apa ko dok membebel nie.. huhu
btw panjang nye entri ko

Anati Soki said...

kesimpulannya.. sikap materialistik adalah dalam erti kata lain "NARROW MINDED" keta besar2 bleyh jadik keta sewa je ka.. hehehehe.. wallahualam

cik nurussalwa said...

stereotyping itu biasa dalam masyarakat..
rezeki mmg Allah yang tentukan, tapi, usaha kena datang seiring..

plus, biakan apa org nak kata, yang penting apa yang kita rasa.. mcm pensyarah berproton saga lama tu la..

:)

peace cikgu~

iKhRam said...

B.E.L.L.A. : tq sebab suka entry ni.. fenomene besa la..

iKhRam said...

cik ungu : jgn risau.. benda baik yg kita lakukan semua mendapat pengiktirafan Allah k? jd, buat baik berpada2

iKhRam said...

Nulia : sederhana mengajar kita agar tidak berasa riak dan berasa terlalu rendah diri.. adakala kita yakin dgn diri kita , kita telah melakukan perkara yg betul.. tetapi persepsi masyarakat seringkali membuat kita ragu-ragu..

iKhRam said...

afzan : doa2 kan yer mr afzan.. hahahha

iKhRam said...

Cik Gadis : ntah la cik gadis oii.. rasa tak adil pulak dgn persepsi masyarakat.. tu yg panjang membebel tu..

iKhRam said...

Anati Soki : setuju.. buat kete sewa?? tak kot.. buat koleksi peribadi.. mana tau nnt nak kene interview dgn anita sarawak kat rancangan ASTANA

iKhRam said...

cik nurulsalwa : usaha tangga kejayaan.. tp bukan dinilai dengan harta benda kan??

::FAIZ FARISH:: said...

akupun suka Vios, tapi model lama la. yg baru ni aku takberapa nak suka....

iKhRam said...

Faiz Farish : sama la.. aku suka gak model lama dari yang baru ni.. byk perkara kita sama nie.. hehehe

Zaza said...

McDonald : I'm Lovin' it~

iKhRam said...

Zaza : ye yey yey.. dah ada kawan baru.. yg sama minat !!

cha zainol said...

dulu adik saya suka wira :)