I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, July 4, 2011

Jodoh



Selesai tamat kuliah, aku dan kawan-kawan lain beria-ria berjalan balik ke hostel masing-masing. Aku yang memang menghadapi banyak penyakit pagi-pagi ini, memang rasa seolah-olah nak ke syurga saja lagaknya. Malam tadi aku tidur begitu lewat, berbual dgn teman-teman lama di laman facebook.. teman sekolah rendah, teman sejati aku fikir.. Paling terakhir, aku berbual bersama Aisyah sehingga awal pagi.. beberapa jam sahaja untuk menunggu azan subuh.


Dan pagi, tergesa-gesa bangun. Siapkan diri. Rupa-rupanya aku salah tengok jadual. Rupa-rupanya pembentangan aku bukan selepas rehat.. tapi seawal jam 8 pagi ni. Aku kalut. Memang kalut. Kemuncaknya, pembentangan yang dilakukan tetap seperti biasa - baik. Acara sumbangsaran dan main peranan (role-play) jarang gagal kalau dilaksanakan dalam kelas. Boleh dikira penyelamat.


Sepanjang siang. Perutku sentiasa memulas-mulas. Mula-mula aku fikirkan mungkin kerana aku minum coke. Tapi bukan. Sebabnya aku analisis - minum jus oren kat restauran Mcd untuk 2 hari berturut-turut. Memang salah aku.


Aku melencong jauh.. patah ke pangkal cerita. Bermula kisah beria-ria ke hostel sebentar tadi selepas tamat kuliah. Buka saja pintu, letak beg, fail poket plastik.. kemudian ikat langsir dengan penyepit. Aku tak rasa aku boleh berehat di bilik. Keadaan kucar kacir pagi tadi buat bilik aku macam kapal karam. Aku serabut. Aku singgah ke bilik kawan. Aku tentu tak boleh mengemas bilik sendiri dengan kepala sakit macam ni. Perut pula memulas.


Singgah di bilik kawan, soalan pertama keluar dari mulut kawan itu. juga rakan sekelas.


"Kau bila nak ada awek nie ?? Kita ni umur dah 23. Ni sem akhir. Bahaya kalau kau tak de lagi awek..?? Ntah-ntah kau masih lagi ingatkan si M (bukan nama sebenar) ??"


Aku diprovoknya bukan main lagi. Saat itu aku rasa aku memang ada kekurangan. Aku tidak dapat tidak, aku terasa ada kekecewaan di situ. Tapi aku tau semua itu bukan salah aku. Aku diprovoknya lagi. Aku balas dengan senyum tawa. Aku nafi dalam nada bahasa aku sendiri. Aku dah melupakan dia. getus dalam hati mungkin yer atau mungkin tidak. Gila. Takkan semudah tu nak melupakan orang.


Sebenarnya tiada lagi perasaan untuk orang yang dimaksudkan itu tadi. Hati aku kian tawar. Cuma bila tiada pengganti, provokasi kawan sekelas tadi benar-benar membuat aku berfikir. Membuat aku rasa seperti aku memang benar-benar kekurangan. Kawan sekelas sempat bercakap - bahawa ada dua wanita saja dalam hidup aku - Emak dan adik aku, si Fatin.


Kawan sekelas gelak dan aku pun gelak.


Kemudian aku fikir, perempuan takkan pernah mampu untuk buat aku bersedih hati. Aku tak pernah rasa aku jatuh kerana ketiadaan perempuan. Aku rasa aku hidup dan aku bebas. Kebarangkalian aku ditipu dalam hidup akan berkurangan. Dan provokasi itu hanyalah mainan perasaan yg sebentar. Serius.


Balik bilik. Aku kemas bilik. Aku kemas cantik-cantik. Cadar bunga-bunga jahitan emak aku tukar dengan cadar corak geometri yang emak jahit. Aku susun buku mana yg terabur. Aku bukak tingkap. Aku percaya aku boleh saja hidup sendiri. Bukan tiada perempuan yang menggilai. Tapi aku yang tidak bersedia. Perempuan dengan penipuan makin banyak dalam dunia hari ini. Berkawan boleh, bercinta - berwaspadalah !!.


Untuk usia lelaki kampus seperti aku. Baik aku cintakan ilmu dan kehidupan serta sahabat handai. Itu lebih membahagiakan.. Serta hobi. Dari aku mencintai perempuan lebih baik aku cintakan buku. Perempuan punya isi hati. dan boleh menipu. tapi buku punya isi hati tapi tidak mampu menipu.


Masa mengalir umpama sungai. Jadi biarlah masa yang menentukan.

.

p/s - tak lama lagi berdepan pula dengan jejaka yg buat cinta pertama musnah. Aku tak berdendam. Aku tak marah. Tapi aku tak suka melihatnya. Sebab aku lelaki cool. Memaafkan boleh. Melupakan, itu sukar !!

.

31 comments:

Maicher said...

haritu macam dah mood in love dah bro am!

kenapa tiba-tiba macam dah berubah je mood? hoho.

hmm.. apa-apa pon. tabahkan hati. semua yang berlaku tu mesti ada hikmah disebaliknya.

kayh, stay cool and awesome.
tak best aa sedih-sedih.

chill!

bui-bui.

Cik Puan Kocik said...

"Lelaki jua dengan penipuan makin banyak dalam dunia hari ini. Berkawan boleh, bercinta - berwaspadalah !!."


Pernah lalui dan pernah merasai ... perit untuk harung tetapi kehidupan perlu diteruskan.

Lelaki atau perempuan sama sahaja, jika hati tidak jujur dan ikhlas dalam cinta ... ada sahaja ingin diduga pasangan yang setia!!

zazaw said...

lahhhh sir
kenapa sedeh sedeh ni
chill lah sir

Hans Hanis said...

kita sama
memaafkan boleh
melihat tu sangat susah kan :-)

Cabaran Dan Dugaan Untuk Menonton Filem Transformers: Dark Of The Moon

kaklong said...

jodoh pertemuan ditangan TUHAN..tak perlu gusar...
samapi masa dan ketika,sampai la kannn...?
hehehehe

aziekz said...

yup..jodoh pertemuan ditangan TUHAN.,,bnyakkan doa...huhu..(aku pndai je ckp,,,pdhal huhu,,padahal tak pernah rassa jtuh cinta...berlagak bebas...tp tensyen org keliling tanya bla nak khwin..aku mmpu tersenyum)..tp yakin pada jodoh ketentuanNYA..

ckLah @xiiinam said...

Muda lagilah Ikhram...
Jangan bimbanglah pasal kata-kata rakan dan perasaan tu...
InsyaAllah, jodohnya dah ada tu, cuma belum muncul. Masih sembunyi di balik-balik pintu...balik tiang.

Ermizi Muhamad said...

Cool. Kalau ada jodoh tak ke mana ;)

aemynadira said...

Someday you'll find one. Kalau dah jodoh xkan ke mana, kan kan kan. Heeee ^^
As long as you're happy being a single man, xda masalah la.. ^^

Dr. Fifi Foodie said...

alololooo.. don't worry, insyaAllah the right one will come. maybe she is there, near to you. but you just didn't realize it yet. hihihi

suha said...

baru menyinggah di sini (^_^)


kita punya rasa yg sama..tawar!
terasa mahu sendiri dan betah hidup sendiri tp terkadang sunyi tetap datang juga bertandang..

hidup perlu kpd psgn,itu naluri
tp cik suha masih boleh melawan khndak naluri (^_^)

blog-tips-kurus said...

terlalu syak wasangka bahaya tau..
cuma jangan percaya 100%, kot! :-)

adwafarahin said...

hai kawan penang! hihi ikhram sihat kah?

adwa suka ayat last skali tu..memaafkan bole,melupakan itu sukar kan
klu ade jodoh ada la tuhan bagi, betul x?

Unknown said...

wat rilek je..ade jodoh x kemane der..hhoho

Anonymous said...

kalo xsalah 200+ harga dia kan?

iKhRam said...

Maicher : hari tu, blogger la yg bagi.. blogger yg teristimewa..

orite.. akan still cool.. tq k?

sebenarnya tak de apa2 pun.. saya ok jer..

iKhRam said...

Cik Kamoo : lelaki dan perempuan memang sama.

tp dalam kes saya.. perempuan itu yg telah menipui diri saya.

iKhRam said...

zazaw : saya tak sedey pun..
tp bila menulis, nampak mcm sedey pulak

tp tak sedey pun ni

chill je memanjang..

iKhRam said...

Hans : oo.. sama rupanya kita.. itu tandanya bukan saya seoraong sajer yg lalui perkara mcm ni..

kita serupa

iKhRam said...

kak long ; itulah yg saya maksudkan.. tapi kawan2 tak faham.. hahaha

berusaha menacari jodoh bukan seperti berusaha utk lulus peperiksaan

iKhRam said...

Aziekz: tak per.. kita bujang kita hepi..

iKhRam said...

ck Lah : muda lagi kan??
kawan2 ni jer telampau caring sgt.. risau terlebih sudah..

balik tiang pun, balik tiang la.. hahaha

iKhRam said...

Muhd aizie : takkan lari gunung di kejarkan.. hahaha tp kalau jenis gunung yg tak nampak tue? cam no?

iKhRam said...

Aemy Shamy : bahagia jer ni jadi single man.. bebas nak buat apa2..

iKhRam said...

Fifi: mungkin dah ada dekat2 sini.. tapi tak perasan kan? ntah2 dah pernah telanggar bahu.. mana tau?

iKhRam said...

suha : rasa yg sama. tawar.. hurm..?? jgn sedey 2 k?

iKhRam said...

blog - tips kurus : ok.. tak syak dah k?
tp berwaspada.

iKhRam said...

adwa farahin : suke yer..?? mestilah suka sebab semua orang pernah rasa dan semua orang faham..

hi
kawan penang jugak.. hahaha

iKhRam said...

Hiday : ok.. relax..

iKhRam said...

Fedul Fadhely : murah sket lg.. haaha

- LIANA ASIF - said...
This comment has been removed by the author.