I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, July 14, 2011

Darurat









" Tak semua kau rancang akan berlaku.. Mungkin nasib tak menyebelahi aku... Entah mengapa engkau yang aku cinta.. Mungkin lebih baik kau kulepas saja.. Ini tidak adil, tidak adil baginya.. ini tidak adil, tidak adil bagiku.. Ini tidak adil utk engkau bertanya jika ku mencintamu jua.. tidak adil tidak adil baginya "

(Yuna, 2011)



Bukan mudah untuk berkehendakkan sesuatu dan mencapainya. Segelintir dari kita memerlukan masa yang agak lama untuk mahir berdiri, meluncur dan menyeberang selekoh dengan berkasut roda. Tapi aku mahir berkasut roda dalam masa satu hari. Aku bukan seorang yang kinestetik. Tapi aku cepat mahir berkasut roda ? Pelik bukan ? hehehe..


Mahir. Maksud aku tidaklah sampai boleh melompat-lompat, berpusing-pusing. Meluncur zig-zag.. Bukan, bukan yer..?? Sekadar boleh bergerak ke mana-mana tanpa perlu takut untuk jatuh dan berpaut pada apa-apa.


Jawapannya mudah. Semuanya bermula dari tahun 1996. Masa tu aku baru berusia 8 tahun. Bersekolah di pedalaman buat aku rasa aku serba ketinggalan. Satu hari, rakan sebaya, Saufi datang bertemu aku sambil kakinya berkasut roda. Aku kaget. Aku memang tak pernah terfikir ada permainan baru macam ni. Aku belek-belek saja dan melihat saja dia bergerak. Aku tak berniat pun untuk mencuba. Sebab aku memang takut kelajuan dan kenderaan.


Tapi Saufi anak sarjan askar yang baik. Dibukanya kasut roda itu lalu dibaginya aku pakai. Aku pakai. Sebab separuh hati aku mengelonjak juga mahu mencuba. Menenggelamkan separuh lagi rasa hati yang takut. Saufi ajarkan aku agar tidak meluruskan kaki, sebaliknya membentukkan kedua-dua kaki berbentuk 'V'. Yup ! Aku dapat berdiri sempurna. Bila aku bergerak di atas lantai simen, aku hampir-hampir terjatuh, tapi mujur saufi memapah aku setiap masa dari sisi.


Saufi pesan, usah mencuba di atas lantai simen dahulu.. tapi cuba belajar bergerak di atas padang yang berumput. Aku pun bergerak dengan pergerakan berbentuk 'V' di padang. Bila sudah pandai sedikit, aku mahu saja bergerak ke atas lantai simen.. tapi, Saufi menegah. Dia suruh aku bergerak di atas jalan bertar. Aku pun bergerak di atas jalan tar. Lama-lama aku semakin mahir.


Tidak aku sangka, semua tingkahlaku kami berdua itu diperhatikan abah. Abah lihat dari jauh. Aku datang pada abah sambil tunjukkan aku boleh bermain kasut roda.. walaupun sebenarnya masih teragak-agak nak bergerak.


Abah cakap, kalau periksa nombor satu.. baru abah akan belikan sepasang untuk aku. Aku tau, abah tak selalu menghampakan aku. Jadi memang kasut roda kaler maroon itu milik aku setelah aku dapat nombor satu dalam peperiksaan. Dari situ aku boleh bermain kejar-kejar dengan Saufi dan kawan-kawan yang lain. Turun ke bukit yang curam. Malah turun tangga dari tingkat atas pun aku boleh.


Dan pada dewasa ini, emak cakap.. sebenarnya baki duit gaji abah hanya tinggal RM 12 sahaja setelah membelikan kasut roda aku itu. Dengan duit itulah abah habiskan saki baki perbelanjaan sebulan kehidupan kami sekeluarga.


Untuk mencapai sesuatu bukan mudah kan? dan melihat kebahagian anak-anak juga bukan mudah. Kerana itu, dalam anak-anak abah, akulah yang paling menjaga harta benda aku. Kerana aku tahu, bukan mudah untuk mendapatkan sesuatu..


Dan hari ini aku mahir berkasut roda. Kalau bukan kerana Saufi, sudah pasti aku tidak seberani ini meluncurkan bersama-sama kawan-kawan lain yang menginjak kepada umur 23 tahun. Bukan kawan-kawan 8 tahun seperti tahun 1996 lagi. Juga, kalau bukan kerana abah, aku tidak pasti aku akan bahagia meluncur kasut roda pada hari ini. Abah, terima kasih kerana memberi peluang kepada anak-anak abah.


Hargailah apa yang kita ada. Kerana bukan semua yang kita ada bermula dari kesenangan dan kemudahan. Sebaliknya dari sisa perit dan kerumitan.


.

p/s - penat berfikir terlalu serius sejak kebelakangan ini. Namun makin aku berfikir makin pula aku suka membaca dan mendengar. Apapun serasa bagai tidak mahu lagi ke mana-mana. kerana di situ darurat pemikiran aku kian bercambah. Aku adalah Ikhram yang baru. Tidak lagi kenal erti kalah.

.

16 comments:

Anonymous said...

tak pernah main T_T

ZWAN SABRI said...

Rasa kagum dengan bapak Am.. sanggup dia habiskan duit gaji dia demi kebahagiaan Am.. itulah dinamakan BAPAK kann.. Erm, yeah! btol tu btol.. hargailah apa yang kita ada.. suka ngan entry ni.. btw, zwan x penah main kasut roda n x reti camna nak main.. nanti bolehla am ajaq main kasut roda tu lagu mana.. HEHE


MySuaraBlog: Trend Tindik Alat Kemaluan

Fahmi P said...

kat maner nie..cam best jer.. kat jb ader gak tp mcm x best

ღKekunangpelangiღ said...

Dah lama sangat tak main. Kadang nak main, malu tak ada yang teman. :D

Ermizi Muhamad said...

Sunway kan ?

aiman mania said...

best dapat main kasut roda nih..tapi,saya fobia tengok kasut roda...coz bnyak kali saya jatuh...sakitttttt........bila tengokorg main kasut roda,nak jugak main sekali lagi...

cha zainol said...

aku juga tak kenal erti kalah. jatuh dan bangun semula. wei. tapi lebam sampai hari ini ada :)

cha zainol said...

aku juga tak kenal erti kalah. jatuh dan bangun semula. wei. tapi lebam sampai hari ini ada :)

Unknown said...

dah lame xmain ni!huhu yes, sayangilah dan hargailah mereka yang masih ada,hehe

arituarini said...

tk ghoti den gunoan bodo alah tu do..kih kihk ih

::FAIZ:: said...

aku tak suka main bnda tu... sbb slalu jatuh. hahaha

mr.syazwan said...

NAK NAK NAK MAIN

>.<

Mr.Superman said...

betul org ckp,ank xkn mampu bls jasa org tua nya.

Hans Hanis said...

aku pun xpernah main
tgok kawan2 aku jer main
dulu2 kasut nih mahal
hehehehe
:-)
sedih la baca entry ko nih
nice entry

http://hanspunyablog.blogspot.com/2011/07/review-filem-harry-potter-and-deathly.html

cik jannah said...

tak nak main!

ieza ashaari said...

ibu bapa adalah insan yang sanggup melakukan apa sahaja demi kita.

main kat maner nie?