I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, July 2, 2011

Larian Satu Malaysia



Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia..


Hari ni, semua sekolah-sekolah kat Malaysia akan berlari-lari bagi memenuhi hasrat kerajaan untuk menjayakan aktiviti Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia. Ops !! Bukan maksudnya bangunan sekolah tu yang berlari.. tetapi semua warga sekolah la yang akan berlari.. Nanti terperanjat pulak..!! hahaha...


Semua aktiviti -aktiviti seperti ini dirancang dan dilaksanakan kerajaan bagi menggalakkan semangat kesukanan disamping memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat di Malaysia. Begitulah murninya hasrat kerajaaan. Bak kata pepatah 'Kalau melentur rebung biarlah dari rebungnya'.


Begitukan kesinambungan keperluan masyarakat dari semangat kesukanan dalam membentuk perpaduan terutama kepada murid-murid melalui bidang pendidikan. Sedari usia bangku sekolah lagi sudah kita pupuk semangat sayangkan tanah air dan bangsa Malaysia ini. Guru-guru sangat memainkan peranan penting dalam usaha murni sebegini.


Sedang enak menaip, tetiba saya teringat bagaimana la kemeriahan suasana aktiviti Larian 1 Malaysia ini di sekolah tempat saya berpraktikum lepas. Sekolah mana lagi, kalau bukan SK Genting la. Saya pun terus la menghantar SMS kepada salah seorang guru sekolah di sana.. Sapa lagi kalau bukan Teacher P'nut..





"Salam kak, seronok tak larian 1 Malaysia kat sekolah ?"

Sat 10:41 a.m.




Mesej saya dibalas dengan MMS oleh Teacher P'nut.



"Anam kata best !! hehehe.. Haqim, entah la.. "

Sat 11:07 a.m.




Anam yang berbaju biru, dan si Haqim tu yang berbaju hijau..Kedua-dua ini adalah murid kesayangan saya sewaktu saya mengajar Sains untuk Tahun Dua. Anam perlukan perhatian yang khusus dan Haqim seorang yang kemas dan rajin di dalam kelas. Tapi dalam bab sukan.. rasanya kanak-kanak memang sukakan pergerakan. Saya percaya mereka berdua dan anak-anak murid saya yang lain pasti gembira dengan larian 1 Malaysia hari ini.



Apa elok baik kita buat.. Mana yang tak elok kita tinggalkan..

.

p/s - Ustaz Hanis kata, dia buat senaman tai chi dengan lagu GEMURUH kat sekolah tadi.. wow.. rugi terlepas peluang nak tgok !! hahaha.. tq Teacher P'nut.. !!

.

12 comments:

suha said...

hehe haqim mcm xsuke je or die memng selalu buat muke gitu?(^_^)

ckLah said...

Sekolah ckLah berada di Jalan Sekolah. Ada 5 sekolah berdekatan berada dalam linkungan...terpaksa gunakan laluan yang sama. Memang sesak....

pembaris said...

sekolah rendah zaman aku dulu tak dak kot merentas desa.tak pun sekolah aku tak buat.

♥GAdiSMeRaHJaMbU♥ said...

eh kitorang kat universiti pun ada larian 1 malaysia. hehe

Muhd Aizie said...

Sekarang tengah cuti dekat Universiti. Kalau tak gerenti kena lari juga.. haha ^^

IMANSHAH said...

huhu penat den

ghost writer said...

"kalau melentur buluh biar dari rebungnya"

Hans said...

aku paling tak suka zaman sekolah dlu berlari
hahahaha

Review Filem Transformers: Dark Of The Moon 3D

ZWAN SABRI said...

Waahhh.. Anam dan Haqim murid kesayangan cikgu ikhram.. HEHE

Mutiara Bernilai said...

ouh,
meriah ya ari sabtu baru ni dengan lari satu negara :)

saya hanya terbayang peluh dan penat,,hiks2,,

dulu2 mmg atlet la jugak,,tp skang dah lama tak lari2 n sukan2 ni,,

aish!bahaya gak life style akak skang..

zazaw said...

hahaha...
riuh gila hari tu larian satu malaysia

blog-tips-kurus said...

lari.. lari..
bagus! sini tak de kes tebuan/lebah kan? :)