I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, July 29, 2011

Garang



Dulu masa kecik-kecik, antara kami adik beradik dan sepupu sepapat, semuanya paling takutkan cik Fuziah ; emak saya. Anak angkat arwah mak long aku yang kuat melawan tu pun tak berani nak melawan cakap mak aku ni. Dia tak perlu cakap-cakap, datang saja kelibat semua orang sudah diam. Nak tunjuk kepada semua betapa garangnya mak aku.



Sebenarnya emak bukanlah garang sangat. Cuma sikap emak yang tegas dan seringkali menasihati dalam bentuk bebelan menjadikan personaliti emak begitu garang di mata semua orang. Tapi emak selalunya membuat pertimbangan dengan rasional.



Emak jarang sekali memarahi aku di khalayak ramai. Selalunya apa-apa yang terkandung dalam bebelannya mempunyai alasan-alasan yang kukuh untuk mengubah tingkah laku seseorang, khususnya aku anak lelaki sulungnya. Bila hati sudah sejuk pasti kita boleh memikirkan apa yang baik dari bebelannya tadi.



Selalunya dalam menasihati aku, apabila cara yang tegas tidak membantu apa-apa perubahan, emak masih lagi bijak dengan menggunakan teknik memujuk. Kalau sudah namanya emak, sikap lemah lembut dan kasih sayang sudah pasti tidak dapat lari. Teringat apa yang sering emak sebut-sebut..



"..Sembilan bulan bang ko dalam perut mak, mak tau apa yang ada dalam hati kau tu.."



Bila ayat tu yang dia keluarkan, tiada alasan apapun yang boleh aku guna. Apatah lagi bila aku cuba untuk menipu sebagai helah bela diri.



Sebenarnya dalam garang-garang emak, aku tetap merindui emak. Setiap masa, sikap garang emak itu mula aku rindukan apatah lagi semakin usia emak meningkat, sikap garangnya itu bagaikan terhakis sama sekali. Sedikit demi sedikit.



Yang untungnya adalah adik aku yang bongsu tu la. Jarang kene marah dengan emak. Bila aku bising-bising, mesti emak akan membalas.



"Bila mak garang-garang ni, agak-agaknya kau untung tak bang ? Rugi tak emak garang-garang dengan kau dulu..??"



Aku sengih. "Tak.. mak, kalau emak tak garang, tak jadi orang pun abg hari ni.."



Lepas tu emak senyum, aku pun senyum. Beruntungnya aku ada seorang emak seperti ini. Allah memang Maha Adil untuk hambanya yang kerdil seperti aku. Emak merupakan hadiah yang sangat bernilai dariNya dalam sepanjang kehidupan.





p/s - bila teringatkan emak, mesti teringatkan dua gadis cilik ni.. sebab mereka semualah peneman aku pada setiap petang di meja batu di depan rumah.. Meriah kan kita semua..??

.

14 comments:

Kakzakie said...

Bukan garang sebarang garang
sebab nak anak jadi orang

emak bebel ada cara
bebel jadikan abang berjaya

iKhRam said...

Kak Zakie : suka sangat dengan pantun empat kerat.

kalau emak dengar, mesti emak geng dgn kak zakir.. hahaha

Azham Vosovic said...

Jangan risau, mak saya pon garang.... tapi sekarang bila sy da besar sikap garang dia pun makin kurang...

Afikah Aziz said...

ummi ika xgarang tp abah garang wuwuwu,takuttt kalau die marah..errr gmbr kedua tu manja haha :p

Khairul Antasha said...

masa skolah sy paling takut dgn cikgu garang..smpi kecut perut..tp cikgu yg garang kalo kita dgr kata cikgu tu syg lebih kat kita...terima kasih atas kegarangan cikgu2 sy dulu..hehehe...

mr.syazwan said...

suka n best tau jadi anak bongsu sbb jarang kena marah

kehkeh

=_=

MAISHARAH said...

nice...~~`

semoga menjadik keluarga bahagia selalu

Hans said...

sama la
dlu mak aku garang gila
skrg aku kamceng je dgn mak aku
hohohoho

http://hanspunyablog.blogspot.com/2011/07/kontest-menang-duit-raya.html

EpoLღsiKunang2 said...

Segarang-garang mak, dapat juga anak yang berguna seperti sekarang ni, kan? :)

::FAIZ FARISH:: said...

alahai manjenye

amir aizat said...

garang2 pon sayang jugak.hehe

Mutiara Bernilai said...

"..Sembilan bulan bang ko dalam perut mak, mak tau apa yang ada dalam hati kau tu.."




hu, mak akak pun slalu ckp macam tu,
yang pastinya garang dan tegasnya ibu itu cerminan dari [keprihatinan dan kasih sayangnya kepada kita,,

aziekz said...

heee..mnje nyee ngan mak...

ghost writer said...

beruntung kau mampu berada di sisi ibumu.