I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, July 12, 2011

Suara Aku Kecil



Sejak kebelakangan ini aku sudah pandai mengajar diri membenci orang. Aku pupuk jiwa aku untuk menjadi baik selama ini, tapi akhirnya aku tewas. Aku adalah produk negara yang hasil dari pendidikan wajib yang sangat relevan menyentuh segala aspek hidup. Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek.


Buat masa ini. Aku lebih menyayangi negara dari apa sahaja. Kerana dalam firasat aku. Dunia aku di bumi Malaysia ini adalah yang paling aman dan bertuah sekali. Hidup berbilang kaum. Melayu ada. Cina ada. India ada. Iban ada. Bidayuh ada. Kadazan ada. Orang asli pun ada. Tapi boleh bertegur sapa. Berbaik sangka. Walaupun semuanya mementingkan diri dan menjaga kepentingan kaum masing-masing. Sebenarnya semua orang ada rasa sayang pada diri. pada keluarga. pada agama. dan pada bangsa.


Aku kembali. Aku adalah produk pendidikan di Malaysia. Aku lulus cemerlang dengan subjek Sejarah pada peperiksaan besar Sijil Pelajaran Malaysia. Ada orang kata itu tidak cukup membuktikan aku benar-benar memahami sejarah. Adaorang kata, itu belum benar-benar cukup penghayatan. Ada orang cakap itu ilmu yang sedikit. Tapi pada aku, pembelajaran sejarah itu sebenarnya mempunyai makna yang lebih dari itu. Yang lebih dari peperiksaan. Yang lebih dari kejayaan masa depan. Kerana mempelajari sejarah sebenarnya lebih kepadakkuatan jati diri seseorang. Sejauh manakah kau menyayangi bangsa dan negara.


Menjaga Malaysia seumpama menjaga diri. Menjaga maruah diri.


Menjaga diri maknanya menjaga dari aspek dalaman dan luaran. Dalam diri kena baik. Kena ada hati yang baik. Di luar diri juga harus kene baik. Di luar diri kene ada personaliti dan pandangan fizikal yang baik. Begitulah juga dengan Malaysia. Dalam dan diluar mesti kelihatan baik. Dalam Malaysia mesti baik. Maknanya aman. Luar Malaysia mesti juga baik. Maknanya maju.


Kalau seseorang itu mahu jadi baik, pastilah bermula dari dalam diri, kemudian barulah kita nampak luarannya yang juga baik. Seperti itulah juga Malaysia. Sebuah negara perlualah aman barulah mampu menjadi sebuah negara maju.


Tapi tak semua orang berfikir seperti aku. Itu menjadikan aku benci pada manusia. Aku lelaki yang baik. Tapi kenapa tidak mampu menjadikan dalaman dan luaran Malaysia yang baik. yang unggul. Kenapa ?? Sebab bukan aku sorang saja penghuni di bumi Malaysia.


Kerana ada di bumi Malaysia itu sendiri dalamannya sudah ada yang tidak baik. Ynag gemar menggembar gemburkan isu-isu negatif yang merosakkan negara. Tak mengapa, kita masih mampu bendung agar tidak sampai luarannya juga jadi tidak baik.


Ini penting, kerana dunia sering memerhatikan kita. Ada yang senyum ikhlas. ada juga yang senyum sinis. Depan kita bercakap manis bak menanam tebu di tepi bibir sedangkan dalam hati hanya mahu melihat kita jatuh. Yang itu kita selalu tertipu.


Malaysia adalah aku. Aku adalah Malaysia. Sukakah kita terkeliru di dalam hati. Rasa tidak aman di dalam hati. Sukakah kita merusuh di dalam hati ? Adakala kita memberontak.. Mak tidak menuruti apa yang kita hajati. Kita hempas pintu. Kita memaki hamun sekeliling. Kita hentak kaki ke lantai. Orang melihat kita.


Mana yang jadi musuh kita, seronok melihat pemberontakkan kita. Tapi kalau kita sabar. Mana yang jadi musuh kita, seraya berfikir, bilakah kita mahu memberontak..? Bilakah kita mahu hancur?


Dan yang paling penting. Apa yang orang lihat pada kita. Adakah ramai orang akan mendekati kita setelah pemberontakkan kita itu..? Tidak, tapi ramai yang bercerita bukan-bukan pasal kita. Kita yang dulunya baik, kini nampaknya jahat. itulah peluangnya.


Begitulah Malaysia. Anda sudah dewasa. Hari ini semua orang boleh bercakap apa saja. Kadang-kadang apa yang dilarang itu pasti ada sebabnya. Tapi kita ramai yang degil. Semua tetap dengan perjuangan masing-masing, tanpa mempeduli maruah negara. Ingat, maruah negara bukan milik kita seorang, tapi milik semua orang.


Tak malukah kita. bila ada orang luar menjaja kerendahan moral kita. menjaja kemusnahan negara kita.. tidak malukah ?? Kita megah, denagn klausa - bangsa kita adalah bangsa yang paling bersopan santun. Tapi bila disuruh berbincang.. inilah dia. Berparang. berbaling batu. bergas pemedih mata.. dan sebagainya. Sapa yang betul dan salah, pun kita tak tahu.. Yang pasti tetap juga kita yang terkeliru..


Aku bukanlah seorang fanatik politik. Tapi aku sayangkan negara aku. Aku sayangkan sejarah aku. Bila aku terkenangkan subjek sejarah negara aku. Aku memang marah sewaktu negara aku dijajah. Aku suka belajar sejarah pada waktu aku tingkatan satu. Pada waktu kegemilangan kesultanan melayu melaka. Aku mula rasa sakit bila di tingkatan dua, negara kita mula dijajah. Kemudian bertambah sakit bila di tingkatan tiga. Akhirnya di hujung subjek sejarah tingkatan tiga aku mulai senyum.. kerana kemerdekaan itu milik kita.


Hadiri sekalian. tiada gunanya kita terpekik terlolong dan akhirnya kejayaan bukan pada kita. tetapi kepada musuh kita. Jadilah warga negara yang ingat akan rukunegara. Yang ingatkan aspirasi negara , Wawasan 2020 - menjadi sebuah negara maju mengikut acuan kita sendiri.


Jangan kerana berjuang untuk seseorang.. tetapi berjuanglah untuk negara. Untuk generasi kita. Nilai keamanan ini mahal harganya. Jangan kerana nila setitik, semua antara kita menerima tempiasnya. Ingat, dalam dunia pemerintahan negara, belum ada istilah 'percubaan'.


Kerana kalau ada istilah 'percubaan' - jikalau gagal. Nilai keamanan dan nikmat kemajuan itu bakal ditarik balik dan tiada dikembalikan.

.


p/s - berfikir secara kritis. namun tetap bercakap dengan bahasa yang lembut. kerana orang tidak berfikir setelah mendengar suara kita. tapi orang berfikir setelah membaca tulisan kita. Aku sayang Malaysia. Allah peliharalah Malaysia dari huru-hara ciptaan musuh.

Tanpa sedar ada air mata yang berlinang. tak sangka aku sepatriotik ini..




18 comments:

Anonymous said...

"Fikirlah apa kesan pencapaian yg bakal dikecap, bukap berfikir bagaimana pencapaian itu".. ayat sy sndiri..

ewanthology said...

read n consider.

tq.

cha zainol said...

fikir.mengapa ada yang sanggup melacurkan negara. mungkin khayal dengan nilai estesi dan dadah yang disuntik dan disogok. sehingga lupa mahalnya harga merdeka. lupa juga mahal malaysia.

Ermizi Muhamad said...

Agak serius entry kau kali ini.

Orang yang buta sejarah, tentu akan mengulangi sejarah!

Ya, kau sangat patriotik laa kawan.

Liyana Zahim said...

Sy jugek sgt terer sejarah smpai ckgu nangis sbb sy terlalu tererr.. Herherherher.. Yes, histroy has more meaning than other disciplines~ It teaches ppl lessons, bad n gud.. N histroy repeats itself so mmg pntgla blajo sabjek ni.. Adek2! Sile jgn tdo lam clas sejarah okeh!

harrazdani said...

setuju dengan broo...kekuatan jati diri sebenarnya bagi aku laa ikram, tidak boleh diukur dengan kecemerlangan dalam sesuatu subjek mata pelajaran itu...khusunya sejarah...kerana kalau kita lihat sistem pendidikan di negara kita sekarang, bukan berorientasikan pemupukan nilai-nilai ilmu itu...tetapi lebih berorientasikan peperiksaan....dan akhirnya yang akan lahir dari sistem sebegini bukannya mereka yang tinggi nilai jati dirinya tetapi robot-robot penghafal tarikh2 penting tanpa mengerti jerih perit...perjuangan disebalik tarihk yang mereka hafal....;)

Anati Soki said...

subhanallah... orang sekrang terlalu mengikut perasaan. tindakan dipengaruhi kerana menggunakan kata hati tapi tak menggunakan kata akal.
malu dilihat negara luar, kebodhan rakyat snediri
subhanallah..
mengucap panjang lagi sekali
takot tgk kekecohan yang berlaku
subhanallah... takot sgt
kadang2 terlintas juga dfkiran..smpai bila begini?
sampai bila?
kadang2 takot.. memikrikan masa depan..risau akan tidak ketenteraman negara sndiri pada masa depan nnti. bagaimana nasib anak bangsa
subhanallah
ya allah..
nak menuntut hak bukan begitu caranya btol tak abg?
heeee
surprise2!!
alhamdulillah!!! anat dah berjaya dalam exam repeat paper.. flying colours!! tp sedih.. keputusan dlm transkrip hanya takat C sahaja :(

mr.syazwan said...

wawawawa


sungguh bermadah ye

ayat2 buat saya tersenyum dan bangga

dengan kamu

cewah!

(hujung minggu jumpa belanja mcd ye)

=_=

cik jannah said...

aku bangga dengan malaysia..

saya anak malaysia!

Azlan Strider said...

suara yang kecik xpe janji isi yang nak disampaikan tu besar..hehee

Regards,
-Strider-

Nazrul Azwan said...

sesetengah orang terlalu ambik mudah dengan apa yg berlaku sekarang. mungkin sebab generasi sekarang lahir selepas zaman penjajah. diorang taktau dan tak merasai sendiri kesan buruk bila negara kita dijajah dulu. taktau betapa peritnya datuk moyang kita nak bebaskan bumi Malaysia ni.
Untuk apa? untuk kesenangan anak cucu diorang di masa depan. tp malangnya, sesetengah dari diorang taktau bersyukur sebab lepas lahir, diorang terus hidup senang lenang. nak apa dapat. sgt selesa. sebab keselesaan tu la yg membuatkan diorang jadi lalai. jadi hilang hormat pada negara. hilang hormat pada pejuang yg bersusah payah nk bebaskan Tanah Melayu. sanggup buat tindakan bodoh yg boleh membuatkan negara tergadai.
org yg bijak akan berfikir & selesaikan masalah dgn cara yg bijak dan bukannya dgn tindakan yg sangat kurang bijak. :)

ZWAN SABRI said...

Aku pown banggaa jadi rakyat Malaysia sebb Malaysia ni unik. tak macam negara lain. Pantang aku kalaw ada siapa2 yang nak jatuhkan negara yang aku sayang nii.. HUHU

MySuaraBlog: Wordless Wednesday #2

ghost said...

kematangan kau berfikir sehingga ke tahap mampu membuat parable pada diri manusia itu adalah tubuh kepada negara dan sifat2nya adalah suatu yang sangat sukar bagi orang yang hanya melihat negara hanya boleh dinikmati dengan keamanan.

[sutera kasih] said...

terkedu seketika..


suaraku jugak kecil..

semutsengal said...

patriotik sungguh!!



AHAHHAHAAH

aiman mania said...

semangat patriotik.........kental dalam hati n sanybari..teruskan bang!sokonggg!ini yg kita mau........waaaaahhhh...kalo semua rakyt malaysia cam abg an,konfem negara kita setaraf amerika,,,hehehehe........suka entry nih...ayat memang gramatis...betul apa yg abg hwan sabri cakap lam blog dia tempoh hari sal blog abg....good!

Unknown said...

yeah, semangat patriotik! sura sye pon kecil juge,hehe

Luqman : Fatin : Munirah said...

tersentuh bla bca post ni....

LIKE!