I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, July 26, 2011

WARNA


".. Lihat pada si pelangi.. Seribu satu dimensi.. Warna sari dalam sinar hidup kita.. Menghiasi alam ini.. Inspirasi dunia seni.. Kusyukuri cendera mata Maha Esa.. Dalam ku mencuba mengejari cita.. Aneka warna nan menawan di jiwa.. cinta teman setia menolong segala.. Terima kasih ku ucapkan padamu.. "

(Sheila Majid)


Tahun 2005. Tahun paling mencabar dalam hidup. Tahun itu la abah aku nak pencen. Tahun tu la nak amik SPM. Tahun tu jugaklah aku nak kene tinggal kat asrama. Dalam realiti hidup, aku bukanlah manusia yang sesuai tinggal berasingan dengan rumah sendiri. Tiada istilah kehidupan yang baik di asrama. Noktah.


Kemudian aku ikut berpindah di sekolah baru dekat dengan rumah. Abah cukup berang dgn keputusan aku. Bagi seorang abah, dia mahukan yang terbaik untuk pendidikan aku. Namun keputusan aku sangat-sangat menghampakan abah. Prinsip hidup aku langsung tak diambik peduli disebabkan kekecewaannya. Aku selalu menyedapkan hati.. 'Nak berjaya bukan ikut pada sekolah, tapi ikut pada hati..'


Di sekolah baru, aku sendiri yang alami kejutan budaya. Ramai yang tak nak belajar. Merokok. Makan sampah. Melepak. Ponteng sekolah. Malas belajar.


Di sekolah lama, semua kawan-kawan aku baik-baik, bijak-bijak. Bercakap pun elok-elok. Serius aku alami kemurungan yang serius dengan persekitaran yang baru ni. Masa tu aku menyesal dan barulah aku tau kenapa abah beria-ria tak bersetuju dengan keputusan aku.


Aku pergi ke bilik kaunseling. Namun tidak membantu. Keputusan kaunselor, persekitaran aku tak salah. Dari gaya percakapannya macam nak menyalahkan aku. Huh...?! Entah bagaimana beraninya aku, satu petang aku masuk ke pejabat. Bertemu muka dengan Pengetua sekolah, Puan Salma. Teringat aku bagaimana raut keningnya yang selalu jadi bahan ketawa kami.


Puan Salma mendengar dengan sepenuh hati. Siap diminta bancuhan air teh o untuk aku. Dia mengangguk-angguk dan tersenyum.


" Ikhram, dalam hidup kita ini dipenuhi dengan berbagai-bagai warna sehingga menjadikan kehidupan kita ini sangat indah. Boleh ikhram bayangkan jikalau dunia kita ini hanya ada satu warna sahaja ??"


" Begitu jugak la dengan kehidupan sebenar. Kita takkan berkembang jikalau setiap hari berdampingan dengan orang yang sama sahaja. Anggap saja satu warna itu umpama seorang kawan. Makin banyak warna makin indah sesuatu lukisan. Begitu juga dengan bersahabat.. makin banyak jenis kawan, makin bererti kehidupan. Itu semua bakal mematangkan.."


.. dan seterusnya setiap satu bait kata-katanya meresap ke sanubari aku sehingga kini.


Aku sedar, kesilapan terbesar aku sebelum ini adalah kerana aku tidak pernah membuka hati aku untuk menerima keburukan dan kebaikan seseorang yang jauh dari sikap aku sendiri. Penolakan secara membuta tuli tanpa mengenali seseorang itu sangat merugikan. Aku tidak pernah melihat kepelbagaian hidup itu suatu mematangkan sebaliknya takut untuk berhadapan dengan sesuatu yang baru, yang belum pasti baik atau tidak kepada aku.


Kesan dari pertemuan aku dengan Pengetua, aku buka lembaran hidup yang baru. Aku dalami hati dan perasaan kawan-kawan yang baru aku kenal ini untuk mengenali mereka dgn lebih mendalam. Aku bisikan pada hati..kalau bukan aku yang terpengaruh dengan sikap buruk mereka, biarlah mereka yang terpengaruhi dengan sikap baik aku.


Akhirnya, semua kawan-kawan yang dulu dianggap sampah kini berjaya menjadi manusia berguna. Ada yang terlepas masuk pun ke universiti. Banyak juga pelajaran baru dari perkenalan dengan mereka. Mereka sangat setiakawan dan sanggup membantu aku bila dalam kesusahan. Aku menjadi lebih sabar dan berfikiran terbuka. Ternyata mereka tidak mempengaruhi aku sebaliknya sangat-sangat menggembirakan..


Dan nasihat Pengetua aku ini sangat bermanfaat, lebih-lebih lagi untuk aku yang ingin berdepan dengan pelbagai kerenah dan gelagat murid-murid suatu ketika nanti. Tanpa sikap keterbukaan ini sudah pasti aku tidak akan kemana-mana. Setuju tak?


" .. Ada kalanya kelabu.. Membuat hatiku pilu.. tersenyumku bila warna ceria tiba.. Berbagai cerita rupa.. Emosi suka dan duka.. Mengharungi kehidupan alam maya.. Warna seri pagi mendamaikan hati.. tergambar indah suasana bahagia.."

(Sheila Majid)

.

p/s - Part chorus lagu ni sungguh bermakna. Sejak kebelakangan ni aku amat-amat meminati dan mengahayati lagu-lagu nyanyian Dato' Sheila Majid. Berinspirasi kesemuanya.

.

14 comments:

Cik tikah said...

suka tengok gmbr kat entry ni. colourful. nice!!! hehe...

hyz said...

suka ngn kata2 pn salma si pengetua itu... heheh

IMANSHAH said...

warna2 ini sentiasa menceriakan hidup saya sebagai pendidik

mr.syazwan said...

sentiasa berkepit ngan wanita ye

=_=

Encik Psychopath said...

so colourful.

Unknown said...

waahh dato sheila majid,nice! hehe

Maicher said...

wahhh. ingat lagi eh kata-kata seorang guru.

hmmm masa form 5 plak tu. skarang dah nak grad pon. fuh, bagus, bagus.

p/s:cantik laaa gamba warnaa dan warnii berikut.hoho. kat manaaaa ni?????
:)

bui-bui.

Liyana Zahim said...

Mkn smpah itu style!

harrazdani said...

hang memang romeo laaaa broo...huhuh...awek dimana-mana

ghost said...

jello sikit aku bila tengok ko selalu dikelilingi oleh para rerama...

:)

Wadi AR said...

gambar cantik encik

Afikah Aziz said...

mata yg ngantuk leh jd segar balik bile tgk gmbr ni ahaks..ceria tol warna pelangi ni :)

Unknown said...

suka post ni...teringat zaman2 tukar sekolah dulu...sengsara

Unknown said...

ado gayo model la bro...model payung..hehe