I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, July 22, 2011

Teachers are born? Teachers are made ?



" .. sudah lama kita tidak bertemu dan bersembang, terasa bagai setahun tidak berjumpa.. wahai sir ikhram.. adakah sir ikhram masih mengingati kami di sini..??"


(Nur Ezzah Izyan , 23 Julai 2011)


Begitulah luahan rasa salah seorang anak murid aku daripada beratus-ratus luahan murid-murid yang lain. Dunia hari ini menunjukkan bahawa murid-murid kini sudah moden dari guru. Setakat facebook dan twitter segala, bagaikan mainan kecil yang dimain hari-hari.


Aku bergelar seorang guru sejak daripada usia 18 tahun, sebagai guru sementara; menggantikan salah seorang ustazah yang sedang cuti bersalin. Di sinilah minat aku dipupuk selama dua bulan lebih. Dari seorang remaja mentah, aku belajar menyayangi kehidupan dan anak bangsa.


Nampak macam mudah tapi dengan usia aku 18 tahun yang masih terkulat-kulat memikirkan masa depan, ia tak semudah mencipta serangkap pantun. Seminggu baru mendapat keputusan spm, buat jiwa kacau untuk mengajar di sekolah.. Persoalan "mampukah aku ?" bermain-main saja dalam kepala ketika saat itu.


Namun pengalaman pertama mengajar adalah yang termanis dalam hidup. Pengalaman ini membiakkan rasa cinta untuk menjadi seorang guru. Bakat aku mungkin telah disedari oleh guru besar sekolah terbabit yang turut menyokong akan keputusan aku untuk memohon tawaran melanjutkan pelajaran ke maktab perguruan. Bingkas saja dia sediakan surat akuan mengajar untuk aku bila mendapat tahu aku berjaya ke sesi temuduga.


Bila aku baca-baca kembali surat akuan itu, hati aku berbunga-bunga riang. Tersenyum saja . Maklum sajalah bila diri dipuji-puji.. hahaha.. Aku tidak sekadar membacanya kosong sebaliknya menganggap surat akuan itu sebagai dorongan dan pembakar semangat.


Petang-petang.. saat berbual dengan emak. Bila aku tanya pada emak, "agak-agak emak, apa yang akan abang jadi bila sudah besar?" -"Cikgu.." jawab emak.


Aku rasa, kalau aku katakan aku mahu jadi doktor.. mesti semua orang akan buntangkan mata kerana tidak percaya dengan keupayaan aku.. tetapi kalau aku katakan aku mahu menjadi seorang guru.. aku percaya, ramai orang yang akan mengangguk.. !


Cikgu-cikgu aku di sekolah-sekolah lama, rata-ratanya bersetuju kalau aku memilih menjadi seorang guru. Sesuai katanya. Cuma mereka terkejut kerana aku memilih subjek sains sebagai opsyen? Kenapa tidak subjek bahasa ? Hahaha.. yang itu aku tidak tahu..


Dan jiran-jiran rata-ratanya sangat senang jikalau aku mahu menjadi guru. Saudara mara juga bersependapat sebegitu.. cuma ada segelintir yang merasakan aku perlu ambil jurusan yang lebih baik ?? aku jawab - "kenapa, jadi guru tak baik ker?"


Hahaha.. dan kemudian aku bertanyakan kepada diri. Kenapa aku sesuai menjadi guru ? Kemungkinan ada beberapa sebab.. Pertama, aku sendiri cintakan ilmu dan gembira menyampaikannya. Kedua, aku seronok bergaul dengan kanak-kanak dan mampu masuk ke dalam dunia mereka. Ketiga, aku mampu menyesuaikan diri dengan masyarakat dan persekitaran baru. Keempat, aku selesa dengan pekerjaan berstruktur begini dan perlu sentiasa bergerak. Kelima, aku sentiasa mencintai dunia perguruan semenjak dari bangku sekolah lagi dan sebagainya.. banyak sebab sebenarnya..!!


Dan, seorang anak murid aku pernah bertanya.. "Sir, kalau sir tak jadi cikgu, sir akan jadi apa?" Aku gelak saja dalam hati. Hendak atau tidak untuk menjawabnya.


- "jururawat.."


Sebenarnya aku lebih suka bekerja dengan masyarakat. Walaupun usaha nampak kecil, tapi sangat bermanfaat. Adakala aku sendiri pun tidak menyangka akan bakal bergelar guru. Sehinggalah aku percaya, sebenarnya aku antara insan-insan istimewa yang dipilih oleh Allah untuk tugas ini.


Bakat itu menyumbang 5% sahaja berbanding 95% yang terdiri dari usaha dalam menggapai apa saja keinginan dan cita-cita dalam hidup.


Tetiba saja aku teringat, pinggang aku dicuit saat membelek-belek membeli songkok pada hari raya tahun lepas. Aku sendiri nak ketawa bila ada bekas anak murid menyapa aku.. dua beradik sebenarnya menghampiri aku..


"Assalammualaikum ustaz ikhram"


Hahaha.. Tergaru-garu kepala sendiri. Segan pula rasanya.. Sebenarnya aku sendiri terlupa, sebelum menjadi bakal cikgu sains nanti, aku pernah menjadi guru pendidikan islam kepada mereka dahulu.. Nampaknya gelaran 'ustaz' itu takkan pernah luput rupa-rupanya.. Mungkin untuk selama-lamanya.. hahaha!!

.

p/s - kata kawan aku, nak jadi cikgu mesti kene ada aura. huhuhu... teringat anak murid pertama aku kini sudah pun lepasan spm..! Tapi aku tak tua lagi kan??... hahaha !

.

44 comments:

Fezul Fadhley said...

teringat dulu kalau ada guru praktikal yg muda2, selalu kena buli.. hehex.. tp for fun, dye pun ok jex siap jd cam kwn..

ZWAN SABRI said...

Untunglah Am.. umo 18 tahun dah berpeluang jadi cikgu.. Zwan tringin nk jd cikgu tp x penah dapat peluang.. HUHU

MySuaraBlog: Dulu Lelaki Tapi Kini Wanita?

aiman fanboy k-pop said...

kalo cikgu am nak tahu,kat matrik perak nih,lecture mmg macam sebaya ngan kitaorang,,,,,cun2 plak tuh.....adew lecture yg knew boo kat budak2...aiiiissshhh!

Hans said...

walawehhh
Ustaz rupanya ko
ekekekke
bagus2
:-)
lepas nih melekat la ustaz walau ajar sains sekali pun
hehe
eh,facebook ko apa?

IMANSHAH said...

si akashah tu makin tembam nampaknya

belog|amiyo said...

seronok jadi cikgu :)

Nulia said...

wah , hidup sebagai pendidik ..ia memang satu yang menarik ... kerja yang mulia ... sedeynya saya x dapat jadi cg ..huhu....

Khairul Antasha said...

suka entry ni..sbb byk kaitan dgn sy.. :D

antara said...

sonok kan jadik chekgu? ^^

cha zainol said...

ngeeee. tadapat bayang lah kalau jadi doktor.

Ezay Hadry said...

kerja guru sangat murni..melihat anak2 murid jadi doktor, lawyer, ustaz, mufti memang best..hehe paling best dapat hadiah mase ari guru kan..banyak2..macam mak ezay guru gak, berebut hadiah nak bukak..hehe

Syahir Ramli said...

troskan usaha mendidik anak bangsa...

izfanora said...

gelaran yang tak akan luput dipanggil org walaupun tlh bersara adalah cikgu ! :)

seronokkan jd cikgu.. teringat pula kenangan lama..

aziekz said...

heEe,,,msti klakar cikgu IkRaM ni,,,tu buDak suke tu..

- LIANA ASIF - said...

"Bakat itu menyumbang 5% sahaja berbanding 95% yang terdiri dari usaha dalam menggapai apa saja keinginan dan cita-cita dalam hidup."
SUKA dgn kata2 ni... :-)

FarhanahAdzlan said...

best gila dpat jd cikgu pada usia muda..tringat kat cikgu praktikal saya yg sporting..
btw nice picture..haha..=)

:.—¤÷('[¤*F.a.n.a*¤]')÷¤—- said...

wow! semangat cikgu muda! semoga terus bersemangat untuk jadi pendidik yang berwibawa oke! :)

wish u luck!

chemay said...

18 dah jadi cikgu.
seronok.
may u always semangat nak jadi seorang cikgu ikram
:)

pandangkedepan said...

hai cikgu ikhram@ustaz ikhraam... bes jadi cikgu...dapat pahala bnyak untuk ilmu yg bermanfaat...:P

amir aizat said...

nak jugak jadi cikgu,hehe

ghost writer said...

rupanya kau cikgu ek...

selamat pagi cikgu!

iKhRam said...

Fezul Fadhely ; biasa la.. jadi cikgu practical memang selalu jadi kawan.. cuma kalau dgn budak2 tahap satu, dah rasa macam seorang ayah pulak.. hahaha

iKhRam said...

Zwansabri : alhamdulillah, rezeki yg tak pernah am mimpikan..

jgn risaukan, kalau kita nak jadi cikgu.. kementerian peljaran malaysia sentiasa menyediakan peluang2 untuk menuntutu dalam bidang perguruan..

cuma kene peka
dan selesaikan degree..

iKhRam said...

Hans : ustaz celup..
kene ajar agama masa jadi cikgu sementara dulu.. hahaha

iKhRam said...

IMANSHAH : nampaknya mmg mcm tu.. makin menjadi2 naik badan dia..

hati senang kot..?? hahaha

iKhRam said...

belog amiyo : sudah pastilah seronok..

setiap hari, ada saja yang kita pelajari dan kita lalui..

terasa kehidupan sagt bermakna.. walaupun lelah sesekali..

iKhRam said...

Nulia : menajdi seorang guru.. sgt seronok.. mulia itu sebagai bonus..

apapun, jgn berputus asa.. peluang untuk menjadi guru sentiasa ada.. rebutlah k?

insyaallah, kalau ada kesungguhan dan keikhlasan.. mesti dpt..

iKhRam said...

Khairul Antasha : lega kalau ada yg suka.. ada kaitan yer?? hehehe

iKhRam said...

aiman fanboy k-pop : amboi.. mcm ada je niat nak membuli pensyarah sendiri tue.. hahaha

iKhRam said...

antara : seronok sgt !

iKhRam said...

cha zainol : macam aku ckp dulu.. kalau aku jd doktor.. kalau ada sepuluh pesakit.. sembilan dah mati.. yg satu tu pun tgah berlari dari aku.. hahaha

iKhRam said...

ezay hadry : hari guru..?/ bestnyer..!! hahaha

iKhRam said...

Syahir Ramli : terima kasih yer..

iKhRam said...

izfanora : gelaran itu lah yg kekal.. teringat keapd aguru2 saya.. huhuhu

jom kita imbas kenangan lama.. hahaha

iKhRam said...

aziekz : kelakar? boleh tahan la.. tp grang jugak kadang2.. hahaha

iKhRam said...

Liana Hasif ; kata-kata tu dari bengkel lepas spm yg saya pergi.. hahaha..

ingat perkara tu sampai hari ni.

iKhRam said...

Farhanah : itulah.. bertuah sangat rasanya.. sebab itulah permulaan minat saya dalm bidang ini..

terima kasih

iKhRam said...

Fana ; terima kasih..

iKhRam said...

chemay : terlalu muda kan? tp saya lalui jugak.. naseb baik ok..

terima kasih.. semoga semangat

iKhRam said...

pandangkedepan : ustaz.. huhuhu.. sampai ari ni nak tergelak.. !!

iKhRam said...

amir aizat : jom!

iKhRam said...

amir aizat : jom!

iKhRam said...

ghost writer : bakal cikgu sebenarnya..

ashikinharon said...

Woah. Cikgu sekolah mana?