I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, July 25, 2011

Tontonan 13 SG

" Teringat ku di masa lalu, bersenda di taman yang indah.. Sungguh riangnya di hatiku.. kerna kini kita berjaya.. Cita ku tercapai, punyai kebebasan.. dan dikau berjaya.. telah berjaya..!! Sinaran, mentari menyinari.. menusuk ke jiwaku.. ketika bersamamu... mesranya, bila kita berdua.. bagaikan mahligai indah yang tumbuh di muka dunia.."

(Sheila Majid)


Hari minggu yang lepas, aku keluar dari kepompong bilik hostel. Cukuplah satu hari jer aku berkubang kat bilik nan sebuah tue. Kebetulan, ada dua orang teman untuk diajak keluar.. Huhu.. miss P'nut dan miss Ani.. kedua-dua orang akak ni sangat santai dan sangat selesa untuk diajak berhang out sekali sekala.. Asyik tergelak je kami bertiga..


Tujuan asal - menonton filem Transformer yang sudah beberapa kali ditangguh tontonannya.. Hahaha.. sebenarnya kami memang sudah berjanji untuk menontonnya bersama.. dan sejak kebelakangan ini, banyak saja kekangan waktu dan tenaga.


Filem Transformers - Dark Of The Moon

Hurm.. kalau ramai komen tak suke.. atau tak best macam siri yang lepas-lepas.. pendapat aku bercanggah pula..! Filem kali ni adalah lebih baik. Bagus juga bila ditonjolkan sikap robot yang kaya dengan perasaan keperimanusiaan seperti kita... hahaha..!! Ada robot yang tamak, ada yang nak bersatu, ada yang saling bantu membantu.. dan yang paling tragis, masih ada lagi robot yang masih menyayangi manusia.. yang mementingkan kebajikan manusia.. huh?! Itulah sebabnya filem robot selalunya bukan pilihan utama aku.


Cuma satu jer aku nak komen. Bila aku tengok filem ni, aku cuma risau satu jer.. kalau ada kanak-kanak yang tengok filem ni jangan terpengaruh dengan sejarah bulan. Kat bulan memang tak de hidupan yer..!! Inikan pula nak wujud tempat tinggal robot-robot..?? Jadi sejarah tentang neil yang pergi mengembara ke dalam robot gergasi tu mengarut yer. Apatah lagi terlibat dgn konspirasi untuk merahsiakan perkara itu juga mengarut.. hahaha!


Jangan nanti aku pening bila nak mengajar subjek Sains darjah 4 - Solar system. Aku terangkan, bahawa kat bulan takde air dan udara, jadi hidupan tak boleh hidup. Ada pulak murid-murid darjah 4 yang sebuk2 nak tanya..:


"Sir, kalau hidupan tak boleh hidup.. robot boleh kan? Sebab robot tak perlukan air dan udara.. Lagipun mereka ada 'rumah' kat bulan.."


Kalau ada, memang aku mandikan budak tu dengan air dan gas nitrogen. Saja nak bersihkan akal dia dari terus terpengaruh dengan anasir-anasir songsang macam tu. Hahaha.. Apapun konsep pembinaan planet baru tu sangat baik. Mungkin sesuai untuk kita memahami konsep teras dalam sesuatu planet. Apapun ciptaan makhluk tak tertanding ciptaan Tuhan.


Apapun, aku berpuas hati menonton filem ini. Tenang saja aku menonton.. tanpa aku bangkit beberapa kali untuk keluar panggung yang aku sangka sudah tamat tontonannya seperti siri filem ini yang lepas. Apapun tema kasih sayang ditonjolkan dengan ketara biarpun hubungan antara manusia dan robot.

...


Kemudian kalau keluar bersama akak-akak berdua ni, sudah pasti tak terlepas dari adegan makan-makan. Part makan-makan ni yang paling best !! Kali ni kami semua makanan yang berasaskan nasi. Tujuannya supaya perut kami semua kenyang dan boleh meneruskan aktiviti seterusnya dengan jayanya.


Sebagai pencuci mulut, miss P'nut orderkan kami semua banana split. Tengah sedap-sedap makan, boleh pulak kak p'nut ni tanya janis pisang yang digunakan.. Semua nama jenis pisang terkeluar dari mulut kami.. pisang nangka, pisang emas, pisang tanduk.. tetiba :


"Pisang kaki?" miss P'nut tersasul.. - "Hahaha.."


Rasa nak tersembur aku dengar.. Bayangkan pisang kaki buat banana split..?? dah la pisang kaki tu dah terkeluar dari jenis spesies pisang.. tak mampu nak bayangkan - pisang kaki split?? hanya tahan gelak sebab aiskrim penuh kat mulut..


Teruskan berjalan-jalan di sekitar shopping complex ni.. Aku naseb baik dah terbiasa ikut orang perempuan bershopping.. Jadi tak de masalah sangat nak ikut gaya hidup diorang.. Layan jer ! Kak p'nut beli clucth bag baru.. sangat cantik ! Yang kami berdua ni menyokong dari belakang..!! Aku ?! hehehe.. takkan nak pandang jer.. ? Kalau boleh pandang, pandang..!!


Ikutkan hati mati, ikutkan nafsu lesu..

.

p/s - sebelum balik makan nasi lemak pendekat mustar.. sedap sgt sebab ada rendang kerang! Nasib baik aku rasional.. sebab kalau tak, nak jer order lontong buat makan supper !

.

31 comments:

chemay said...

chemay dah beli dah dvd dia.
tayah gi cinema.
hehe
:P

iKhRam said...

chemay : amboi.. dah kuar ke dvd die??

ZWAN SABRI said...

HAHA.. abesla cikgu am nantii.. kompemlah ramai bebudak yang akan pening bila cikgu am kata kat bulan xde kehidupan.. besedialah cikgu am ye untuk explain kat bebudak tu banyak kali nantii.. HAHA

Ezay Hadry said...

budak2 skolah cepat pengaruh tu..nanti citer la betul2..cakap je transformer ade cakap je megatron muncul kat bwh katil korang esok pagi bila bangun..konfem terus diam..

Scya Lollita said...

ni yg cdeyh ni . cik scya tak tgk lg . harry potter pun belum . huwarghhh jeles .

:.—¤÷('[¤*F.a.n.a*¤]')÷¤—- said...

mood tgk harry potter lah pulak..ngee:D

iKhRam said...

Zwansabri : itulah.. bila tengok hari tue.. bukan budak2.. am yang dewasa ni pun terkonpius sekejap.. hahaha..

apapun ready jer nak explain..

iKhRam said...

ezay hadry : wow.. ezay ni ada bakat ni jadi cikgu.. tp tq for idea.. menarik..!!

good!

iKhRam said...

Scya Lollita : tak pe.. jgn risau..
kalau tak semapt leh tgok dvd.. kalau tak pun tnggu raa tahun depan..

hehehe

iKhRam said...

Fana : layan...

::FAIZ FARISH:: said...

haha komen Eazy

iKhRam said...

Faiz Farih : bestkan komen die.. huhuhu

Liyana Zahim said...

Budak2 lau tgk kartun even kartun tu ngarot dorg ley tau lh kartun tu tak logik tp strt tgk cite mnusia blakon wat bnde2 tak logik mmgla dorg percaye lonjong2.. Jd, ank kite nnti suh tgk national geography je la.. Eh ank kt? Mksud sy ank sy dan suami sy dan ank sy dan isteri sy lah.. Hahahahahahahahah~

Liyana Zahim said...

Eh ank awak dan isteri awaklah.. Silap2.. =D

iKhRam said...

Liyana Zahim : kalau semua kanak-kanak mcm tu tak mengapa.. mana yang lurus straight yg tak lonjong2 tue?? jenuh kalau berdepan dgn situasi cam nie..?

iKhRam said...

Liyana zahim : ye la.. kalau anak kita.. nnt marah pulak abg engineer sorang tu.. dah la tak kene bg ke offshore.. hehehe

Afikah Aziz said...

wuwuwu ika lom tgk lg..menci nye >_<

iKhRam said...

Afikah Aziz : tak pe jgn risau.. saa pun dah last2 ni baru nak tgok.. huhuh.. tp yg penting tgok jugak kan?

Hans said...

hahaha
lepas nih cikgu sains buat soalan binatang apa yang hidup dibulan
budak2 tu jawab robot
hahah

Syahir Ramli said...

rendam dlm hydrochloric acid je klau student tu pikir mcm tu...kasi hakis sket ajran sesat dr cter transformers tu..hihi

Muhd Aizie said...

Adik comel aiz ada kata, esok dah besar nak pergi bulan. nak jumpa robot. -.-

iKhRam said...

Hans ; kalau rma la yg ckp mcm tu.. nampaknya kene gam la citer trasformers yg akan dtg.. huhuhuh

iKhRam said...

Syahir ramli : jgn.. langgar etika tue.. karang tak pasal2 kene saman.. hahaha

iKhRam said...

Muhd Aizie: aduih.. dah ada sorang yg perlu diperbetulkan misconceptionnyer.. huhuh

IMANSHAH said...

malam minggu lepas nak tengok transformers, tapi lambat sangat, last2 tengok flat 3a alahai busan tol

amir aizat said...

zaman dah maju, pengaruh pun akn lbih kuat dan maju lah.so its challenging kot for nowadays bdak2 skrng ni, semua akn cpat tpngruh dgn sekeliling ni.bahaye kdg2 pikir

ghost writer said...

transformer,hari pertama tayangan aku dah terjah.

iKhRam said...

IMASHAH : citer seram tu ker? nampaknye kene dgar je la intan ladyana menjerit.. hahaha

iKhRam said...

IMASHAH : citer seram tu ker? nampaknye kene dgar je la intan ladyana menjerit.. hahaha

iKhRam said...

amir aizat : filem adalah satu media yg sgt2 membantu keapda perkembangan kognitif kanak2.. jadi kalau tersilap pendedahan, kanak2 sgt mudah percaya..

iKhRam said...

ghost writer : hari pertama masih lagi keliru, samada nak tgok ke tak? huhu.. maklumlah tak minat robot la katakan.. huhuhuh