Rasanya dah bertahun-tahun tak naik ke pentas. Huh ?? kali terakhir naik ke pentas menjadi pengerusi majlis untuk pertandingan pidato spontan di peringkat maktab. Itupun kene kutuk macam-macam dengan kawan-kawan seperjuangan. Hahaha.. tapi aku terima dengan hati yang terbuka. Sejak daripada itu, aku tidak pernah lagi menceburkan diri menjadi pengerusi majlis mahupun aktiviti seangkatannya.
Namun menjadi pengerusi majlis Pehimpunan Mingguan hari ini merupakan sejarah yang tidak mungkin aku lupakan dalam lipatan riwayat hidup. Berdiri mengacarakan majlis sebagai seorang guru, biarpun kali ini hanya seorang guru pelatih.
Normal kalau darah gemuruh menghantui untuk lima minit pertama. Rakan pelatih yang lain hanya memerhatikan saja dan memberi komen bahawa tangan aku bergetar dengan melihat gegaran kertas teks. Namun selepas lima minit, aku bagaikan gila mikrofon.
Menjayakan perhimpunan ini mungkin dianggap mudah oleh sebilangan orang. Namun mengendalikan murid-murid yang mempunyai seribu satu ragam bukan suatu yang boleh dipandang enteng. Alah bisa tegal biasa.
Apapun, aku seronok menjayakan majlis perhimpunan mingguan yang merupakan salah satu daripada projek kami di sekolah. Sekurang-kurangnya aku mempelajari sesuatu di sekolah ini selain berusaha menghadapi ketakutan dari rasa tidak yakin pada diri. Terima kasih atas sokongan dari rakan-rakan guru terutama guru-guru yang bertugas. Bukan itu saja komen dari ustazah rohidah buat rasa diri dihargai.
Tapi yang paling aku tidak dapat lupakan, ulasan ikhlas pak mat pekerja sekolah yang memberi komen yang positif dan memberansangkan. Aku rasa bangga kerana apa yang aku lakukan turut dirasai oleh segenap warga sekolah tidak kira ucapan itu datang dari apa saja peringkat. Kadang-kadang komen dari orang-orang seperti pak mat membuktikan siapa kita di mata masyarakat.
terima kasih kepada ustaz hanis dengan gambar-gambar di atas. mr shamzuri dengan pemurnian teks ucapan, rakan-rakan sepelatih dan guru besar kerana telah memberi peluang yang berharga ini.
yang baik dari allah, yang buruk dari saya sendiri.
.
p/s - teringat tahun 2004, bersajak di depan TYT pulau pinang sempena jamuan minum teh di Bagan Ajam. terima kasih puan arsun jasin kerana memberi peluang keemasan itu.
.
28 comments:
wah..cakap atas pentas tu.walaupun nak bagi pengumuman je pun dah rase gementar.yela..berpuluh mata memandang kan waktu tu.hihi.
Teringat tahun 2005, masa tu jadi prefect skolah. Isnin tu kena jadi MC, bergegar habis stage tu. Yang seronoknya, lepas habis tu member siap puji ramai student fokus semasa assembly. Ayat bodeklah tu kot.. huhu ;p
saya sama macam epol...ahaha.. last jadi MC masa zaman sekolah.. now bila da tue sikit ni..teringin nak jadi MC balik.. bila kene buat secara formal even sesiapa jer di depan mesti gugup tu datang kan?? suka a baca pengalaman am sbg guru pelatih..keep on updating k.. selamat berbuka.
pengalaman itu penting dan berharga.. xder yang pertama, mana mungkin muncul yg kedua.. :)
ada pic tue (pndang atas) mcm tau2 je org snap pic yer.. hihi..
btw, menjwb soalan di blog. produk A, B, C yang dikatakan tak halal tue (tapi tak tahu kepastian, sbb tue tak show) - tepung gandum (yg ada gmbr sauh kapal tue), makanan kt jusco..
lama x jd Mc..
tpi mcm perhimpunan x best
Mc dinner show best..
aaahh mengidam da lama da x buat...
;p
kene biasakan diri la klau tamau getar,..jurmm rilex jew
hehe kecik je astaka tu..hehe bergelar cikgu dah ye..hehe
Cikgu rupanya. Selamat melentur rebung.
aiman pengawas dulu...cikgu suh jadi mc .....n then aiman tak turun2 pon assembly.larikkk!!..berperang besar ngan cikgu sebentow..hakhkhakhak.....
wah...best kan bercakap depan budak2..hik3
hehehheeh
mula2 memang bergetar lepas tu hilang terus kan
eh,ustaz hanis?
ada ekk ustaz nama hanis dkt skolah ko?
kimsalam dkt dia tau wehh
kata nama dia dengan aku sama
:-)
ada darah gemuruh.. gabra bile naik pentas... hehe
baru aku tahu kamu seorang cikgu..
maaf kalau sy tersalah cakap ke..
terguna ku ke..haha..
mmg first time kekok sikit..
nnti dah jadi guru besar..
x lah cam tu..
hik3 =)
jumaat ni abg berucap tau
syok kan??? den meghaso jugak la, naik pentas haritu maso praktikum.
musti ekau ghaso cam dunio ekau punyo, yo dak jang? haha
Cayalah Am.. lepas ni bolehla jadi pengacara kat Tv plak.. Rancangan bersama Cikgu Am.. HEHE
btw, zwan pown macam tu jugak.. bila mula2 pegang mic tu, mmg ketaq abehla tp bila dah lama sikit, mmg syok pown ada pegang mic.. HEHE
MySuaraBlog: Penyakit Makan Benda Pelik
haha wahh.nampak macho ;p
Bismillah.
Tahniah!
Bakat sudah ada ada. Cuma kena gilap dan selalu berlatih.
waaaaahh,, tkutnya ak ,,, lg 3thun, nk jd cegu dah,.,, gementaq lutut.. huhu
sy syg awak.?
http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/kasih-sayang.html
setiap permulaan itu kan sememangnya agak sukar.apalagi dengan perasaan nervous.semua orang macam tuh.see,gaya penampilan kau pun leh tahan metronyer..hihi
hye bro,sori lama tak hadap kau.
abang. hemsem hemsem. haha.jadi ke berjual beli pantun?
waa best tu..
teringat plak kenangan zmn blajar..
bckap dihadapan 300 org student.. gulpp.. kecutt perut..tapi kngn paling best..dan bermakna
Eh! btoi3 . mse first jdik prefect dlu, kne emcee perhimpunan
abesh berpoloh satu badan. nebess nyea pasal .HAHA
Wah bro naik pentas yer..dah nmpk mcm ahli politik lak den tgk..hehe
ha'h..naik stage...eEe,,debar la,,ketar...masih takut lagi nk pegang MIC n ckp,,cmner ni,,huhu,,
huhu
cayalah sir
aku naik pentas
habis gagap semua
haha
dah lme xjd MC utk phimpunan dolu2,hehe
respect, bkn senang nk dok depan ramai org..gigil, x semua org leh buat..hehe
ecehhh...klu den kat ats tuh ha,bergogar lutot den ha.
Post a Comment