I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, August 19, 2011

Berehat



Pagi-pagi lagi air mata aku berlinang. Lepas bacaan Yassin setiap jumaat untuk murid-murid darjah 6, Ustaz Hanis, selaku ustaz kat sekolah aku telah membuat satu tazkirah ringkas. Pertama, tentang kebuluran di Somalia. Ada tayangan video untuk menunjukkan kemelaratan saudara kita meneruskan hidup biarpun menghadapi kesukaran mencari makanan dan diancam penyakit.


Kedua, tazkirah berkenaan anak soleh dan ibu bapa. Tazkirah yang pertama aku sekadar mengucap syukur dalam hati betapa bertuahnya hidup di mukabumi ini. Diberi nikmat yang tidak terhitung mewahnya. Jadi berpuasa memberi kesedaran terhadap kebuluran mereka.


Namun tazkirah kedua itu betul-betul mampu menitiskan air mata. Dengan mudah, tayangan video tentang luahan hati seorang ibu yang tentang harapan terhadap anak-anak di depan mata mengingatkan aku tentang emak. Mungkin itu jugaklah harapan emak terhadap aku dan adik-adik. Tazkirah yang kedua itu betul-betul menginsafkan.


Jadi berbaloi menghadiri tazkirah ini.


Maaf untuk minggu ini, aku pandang dunia blog-blog ini sepi saja. Timbunan kerja yang bertimpa-timpa sebenarnya membebankan aku biarpun aku tidak berbuat apa-apa. Berfikir tentang tugasan itu saja sudah membuatkan hati tidak senang.


Terima kasih kepada semua pengunjung-pengunjung blog ini. Aku sebenarnya sungguh berbesar hati dengan kunjungan dan respon kalian. Cuma masa yang berlalu terasa begitu singkat untuk aku sebenarnya.


14 comments:

INTAN said...

muhasabah diri sebelum memulakan pekerjaan..moga2 dapat memberi pengajaran dan menginsafi diri kepada kita...nak2 dihari jumaat yang penuh barakah ni.. =)

Maicher said...

sy pon tengah assignment week skarang.
sangat busy. tapi tetap tak lupa untuk jenguk blog kawan-kawan.

hmm bagus, bagus.
sy dapat bayangkan macam mana am bagi tazkirah tuh.
kalau pasal family mesti akan touched kan. especially mak kita^^

:')

Khaisya said...

selesaikan kerja2 dulu...kdang2 rasa mcm masa tu singkat sbb bebanan kerja bertambah..kejar deadline lagi..

mr.syazwan said...

aik nak dekat raya banyak keje ye??

haha sama lerr kita

;)

ewanthology said...

no problemo..saya faham.

dahulukan mana yang penting bro.

is revered by you said...

ambilah masa secukupnya.. xmo stress2 sgt..nak raya ni..mesti sabar bnyak.. settlekan semua dulu... nnt blh enjoy dengan lapang dada.. t8care cikgu.

adrinaqamarina said...

same goes to me too! banyak benda nak kena setel skg ni. :)


utamakan yang paling utama dulu!


dulu time kat hostel pon macam ni jugak la, selalu hujung minggu, memang ada tayangan macam ni~

Unknown said...

dolu2 pon kat skolah camtu,huhu tak merasa lg dah.

IMANSHAH said...

kalau saya setiap tahun lah menangis dengor tazkirah

Liyana Zahim said...

Keep on teaching gud tings to ur disciples, cikgu~ :)

ieza ashaari said...

bila kita menghadiri majlis-majlis ilmu, sedar atau tidak, kita tak kan pernah pulang dengan 'hampa' atau 'tangan kosong'. kuasa Allah yang menunjukkan bahawa ilmu yang baik dan berkat itu di tempatkan di tepat yang cantik dan indah. subhanallah..

pembaris said...

sejak seminggudua ni surah ar-rahman sangat menyentuh hati aku

Anati Soki said...

tazkirah. :)
dpt menenangkan hati
buat kita tanya diri sendiri
buat kit imporve diri sdnri
:)
ABG IKHRAM SILA KE BLOG ANAT. URGENT!

- LIANA ASIF - said...

bila sebut tntg emak ayah je, trus tersentuh hati.. syukur sbb dpt kluarga yg penuh.. :-)