I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, August 13, 2011

Kerinduan.

Sepanjang bulan Ramadhan kali ini aku rasa aku rindukan ramai orang. Selain dari mak abah, adik Iman.. aku rindukan orang lain juga seperti sahabat aku si Fikri Rosli yang pernah menyinari bulan ramadhan pada musim lepas, cikgu-cikgu terutama Cikgu Aini yang sudah banyak berjasa kepada aku lebih-lebih lagi pada bulan ramadhan tahun SPM aku dulu.. sanggup mengajar aku selepas solat terawih.. dan sudah pasti ada lagi yang aku rindukan.


Tapi sejak kebelakangan ini, kelibat arwah mak long begitu dekat dengan aku. Sesungguhnya aku tidak dapat menipu bahawa masih ada tempat di hati aku untuk merindui arwah mak long. Kerinduan itu makin menjadi-jadi setiap kali malam muncul pada bulan Ramadhan ini.


Pada beberapa hari sebelum ini, arwah mak long ada saja wujud dalam mimpi. Tidak kira mimpi-mimpi dari saat-saat dia memarahi aku sehinggalah saat-saat kami ketawa. Selepas saja hilangnya mimpi dan aku terjaga, seribu penyesalan terbuku di dalam hati.


Aku merupakan anak buahnya yang paling mesra dan rapat dengan arwah mak long. Aku berani bercakap sebegitu kerana akulah satu-satu anak buahnya yang kerap dipanggil memicit belakangnya untuk membuang angin badan . Bila aku picit saja, terus-terus di sendawa.


"Amboi mak long, baghu yo picit ni ha.. dah sondawo ko ?"

"Boto, bukan mak long buek-buek doo.. osah boto angin ni kuar haa..." jawab mak long.


Bila aku tidak mahu dan mengelak dari memicit badannya, pasti dia berkata, hanya akulah sorang-sorang yang picit dan boleh buat dia sendawa. Aku apa lagi, terus bersemangat memicit. Begitulah aku dengan mak long.


Dalam ramai-ramai anak buahnya, aku la yang pernah selalu tidur disampingnya. Teringat aku masa di tingkatan dua, sebulan puasa aku tinggal di rumahnya. Dan setiap malam pada bulan puasa itulah aku tidur di sampingnya. Sebenarnya aku tidur di tengah-tengah antara Pak long dan Mak long. Arwah mak long sengaja panggil aku tidur dengannya sebab dia tau aku ni penakut.


Ada kenangan semasa tidur di tengah-tengah pak long dan mak long. Kedua-duanya kuat berdengkur. Kadang-kadang mereka ni berbalas dengkur. Aku yang lambat tido ni makin tak boleh tido. Mula-mula aku ketawakan mereka berdua tapi lama-kelamaan makin tertekan pula sebab tak dapat tido. Dalam mereka seronok-seronok berlawan-lawan dengkur, tiba-tiba mak long terjaga. Aku terperanjat.


"Apo yang kau buek tak tido laie ni ?.. Ya Allah pak long kau ni tido.. Kojutkan bang. Kuek na bodongkur tido tue..!!"


Aku terpinga-pinga mendengar apa yang arwah mak long cakapkan. Aku gerakkan pak long dengan menggegarkan kakinya. Dalam pada yang sama menahan tawa.


"Esok kau suruh pak long ko bolikan air badam.. bagi kurang dongkor dio tu.."


Saat tu aku memang tak tahan nak tergelak. Cakap dulang paku serpih, walhal sama-sama kuat berdengkur. hahaha.. !!


Arwah mak long memang pandai memasak. Selalunya masakan yang seisi keluarga tidak dapat lupakan ialah gulai pisang. Arwah kalau masak memang pedas. Memang tak cukup air lah kalau makan gulai yang dia masak. Yang ajaibnya, walaupun pedas, tapi mesti cepat habis dan licin tak berbaki. Dahsyat kan?


Namun, itu cerita lama. Arwah mak long pun sudah meninggalkan aku. Cuma rasa terkilan sudah pasti ada setiap kali ingatan mula menjengah.


Aku bagai tidak percaya mak long sudah tiada. Apatah lagi arwah mak long pergi tanpa aku melihatnya. Pergilah mak long dengan aman di sana. Abang di sini tetap anak buah mak long yang sentiasa mendoakan mak long biarpun abang bukan sesiapa pada mak long...


... kerana abang tetap berada di sisi emak abang.

Namun percayalah, hubungan kita tak pernah putus sampai ke akhirat sana, mak long.

.

p/s - entry ini tiada gambar kerana saat-saat akhir usia mak long, tiada gambar bersamanya utk ditatap. Al- fatihah untuk mak long.

.

20 comments:

ZWAN SABRI said...

hurrmmm, sedih plak bila baca entry nii.. rapat jugak ye Am ngan maklong Am.. Btw, biarlah arwah bahagia di sana.. kita yang masih hidup ni, kita doakan supaya arwah maklong Am ditempatkan bersama golongan orang2 yg beriman.. amin! ;)


MySuaraBlog: Cahaya Matahari Rangsang Hormon

Unknown said...

setiap yang bertemu akan berpisah. setiap yang hidup pasti akan mati. cuma Allah yang tahu bila dan bagaimana. semoga arwah dicucuri rahmat..

aiman mania said...

hhhrmmm...setiap pertemuan ada perpisahan..memang tak dapat dielakkn kerana memang lumrah alam sebegitu rupa.....kita yg hidup nih,knew teruskan kehidupan....apa2 pon,semoga arwah tenang di alam sana....al fatihah buat arwah...moga roh beliau diberkati allah dan digolongkan dalam kalangan org2 yg berimn...amin...

HEROICzero said...

kenangan . =)


takziah untuk kau .

Admin said...

rapat boto kau ngan mak long kau yo...tp mmg setiap anak buah mesti ado konangan yg x buleh lupo dengan pak sedaro atau mak sedaro eh kan..apo2 pun samo2 kito ado arwah sentiasa tenang di sana...

sofianadia said...

Rindu nyer kt arwah mak long... segala yg t'jadi antare kite saudare2 mmg x dpt d'lupekn...tp biar la kte2 jer yg tau...yg pasti mak long da x dew...kte ptut pdam kn jew prsaan marah tu... al-fatihah tok mak long...

♥ Nana BamBam ♥ said...

cedeh nyer cite die..

kamu orang negeri ke?? cara maklong kamu cakap mcm orang negeri sembilan

Hans Hanis said...

selalu la sedekah al-fatihah dan doa untuk Allahyarhamah

ewanthology said...

Al fatihah.

hanya itu yang dapat dibekalkan untuk arwah

Unknown said...

ummi ckap,bila kita ingat ttg kematian seseorang, ummi suruh berdoa bnyk2.alfatihah..

Unknown said...

al-fatihah.tugas kite mendoakan yang di sana sentiase bahagia. Selamat berpuasa ye ^_^

IMANSHAH said...

semoga arwah tenang di sana

is revered by you said...

takziah untuk am.. dah sedekahkan al-fatihah.. raya nanti jangan lupa lawat pusara arwah ya.. suka baca cerita ni..walaupun sedih..tapi masih mampu buat saya tersenyum.. kenangan itu memang indah kan.. tapi sayang..semuanya dah berlalu...

ieza ashaari said...

al-fatihah..

yang hidup pasti mati. jdkan memori bersama arwah menjadi kenangan terindah..

ღKekunangpelangiღ said...

setiap orang ada kenangan masing2.. dulu ada arwah makteh, setiap kali balik kampung mesti meriah ja dengan telatah dia.. skrg dah tak ada, kadang balik kampung pun macam pergi kenduri orang mati, sepi ja..

bila tengok sepupu, anak2 arwah tu teringatlah arwah jugak kadang tu. rindu pulak dengan arwah.. huhu :')

blog-tips-kurus said...

Semoga rohnya dicucuri rahmat..

dhiera zainudin said...

al-fatihah untuk arwah mak long kamu~
sedih pula baca entri ni. tibe-tibe teringat dekat arwah atuk. sob~

::FAIZ:: said...

touching.... aku pun dah kehilangan org yg rapat... mak ngah.... hm....

mr.syazwan said...

al fatihah pada mak long awk

bila teringat cpt2 doakan tuk arwahyarhamah ye

=_=

ghost said...

al-fatihah jugak untuk arwah mak long kau,ikhram.

biarkan kenangan dengannya terus berada dalam ingatan kau.