I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, August 11, 2011

Lepaskanlah Aku..



Ketika ini aku baru saja selesai mengajar kelas 5 Budiman bagi subjek Sains. Untuk hari ini aku sekadar membincangkan kertas ujian yang telah mereka jawab. Berdasarkan markah mereka, aku rasa, markah itu bukan suatu markah yang boleh untuk membuat aku tersenyum.


Adakala, subjek sains bukanlah sesukar seperti yang difikirkan. Sebagai seorang yang pernah melalui zaman sebagai seorang murid, sudah pasti sains merupakan subjek yang sangat menyeronokkan. Aku sukakan subjek sains kerana subjek ini menggalakkkan aku berfikir secara logik dan memberikan aku fakta bagi menjawab seberapa banyak persoalan tentang fenomena yang berlaku.


Baiklah, semasa melakukan perbincangan, aku dapat rasakan bahawa masalah markah yang mereka dapati itu bukan disebabkan kesukaran tetapi mentaliti dan tingkahlaku pelajar itu sendiri semasa pengajaran dalam subjek itu sendiri.


Ada ketika, dalam menjawab soalan-soalan sains, ramai murid-murid sendiri malas untuk berfikir dengan kritikal. Kadang-kadang buntu juga dibuatnya. Niat mula-mula sebenarnya adalah untuk menguji mereka, tapi lama-kelamaan menguji diri aku. Sebabnya bila sudah diberi dengan bermacam-macam klu, masih juga tidak dapat menjawab. Jadi, kesimpulannya, mereka memang tidak mahu berfikir. Atau dengan erti kata lainnya, MALAS untuk BERFIKIR.


Sikap sebegitu memang merugikan. Dan sikap malas berfikir ini turut menjadi masalah bila semua fakta-fakta sains tidak mereka fahami dan tidak mereka ingat. Huish, semua ini sangat mencabar keimanan dan kesabaran seorang guru.


Dua masalah itu mungkin masih ok lagi.. tp hati sudah pasti mendidih bila masalah tingkah laku menjadi masalah utama. Bayangkan apa akan jadi bila semasa anda mengajar, ada murid pandang ke tingkap, bermain-main dengan pensel dan alat tulis yang lain, masa itulah nak 'sharp'kan pensel, usik kawan-kawan, senyum-senyum.. dan semuanya. Masalah ini menggugat kesabaran anda lebih sedikit dari masalah yang atas itu tadi.


Tapi paling aku tak sabar, bila melayan murid-murid yang loyar buruk melebihkan lawak Raja Lawak. Ini masalah serius. Kadang-kadang OK sebagai hiburan. Tapi kadang-kadang KO. Aku jadi menyampah. Seseolah apa yang aku ajar tadi, tak lekat langsung dalam minda. Jawab main jawab jer tanpa mahu berfikir dahulu. Lepas tu nak melawak. Buat loyar buruk. Huh !!


Jadi mulalah aku nak berleter. Bagi aku loyar buruk sesetengah murid menunjukkan petanda mereka tidak serius terhadap apa yang mereka belajar serta tidak berusaha untuk memahami pelajaran.


Oleh itu mereka terpaksa menadah telinga utk SLOT 10 MINIT bersama SIR IKHRAM. Semoga mereka insaf.. Amin.

.

p/s - tak sangka dalam usia 23 tahun, aku sudah berleter seperti emak. Emak borek anak rintik. hehehe..

17 comments:

::FAIZ:: said...

hi Sir... hehehehehe....

Hans Hanis said...

hahahahah
memang bernanah telinga budak2 tu kena dengan sir berleter
ekekekekke

♥ 미스 kiera ♥ said...

hai SIR SAINS...hehe

sy MISS BM :P

is revered by you said...

ahaha..ini bukan setakat mereka jer yg kene bebel ni..sampai kat blog pun cikgu sambung bebel..ahaha~

cha zainol said...

eh. die kena beleter ngan kite pastu g beleter kat anak murid pulak. oke lah tu :)

aiman mania said...

heeheee....sabar3!!biasalah budak2.....bnyak lagi yg perlu mereka tahu tentg kehidupan...pendidik mesti sabar tau????heehee...^^

Unknown said...

10 minit x cukup cikgu...kasi up sikit..haha

vendoline said...

student dh syok sendiri la tu.... terus tak amik siyes

reenapple said...

tak ernah dapat A tuk subjek sains.. hahah
dan tak pernah minat sains... dari darjah 4 hinggalah ke form 5... hahah

ewanthology said...

ke mana tumpahnya kuah klu tak ke nasi...

Sarah Mohd Saleh said...

wahhhh org ngori rpenyerrr.ajar kt sekolah mano?

IMANSHAH said...

motip tido atas padang??

syasya said...

hehe kesiannye cikgu sain ni..ahaha teringat mase skolah rendah dulu mmg x faham pon ape cikgu sains aja.sampi ade satu mase fail ujian.pastu kene pukol tgn. menangis..ouh gedik sungguh.kesian cikgu ku itu.kalau la boleh putar masa..hehe

Unknown said...

itu lah bru nmenya jiwa pendidik kan,sir ikhram.ingt senang ker nk jd seorang pendidik, ye tak. hehe

ieza ashaari said...

hahaha.. suka2..

sy pnh jd cikgu utk drjh 1. mengajar murid bgsa cina dan india yang tak fluent bm. ok lg lah.

yg KO, india nie mmg xfuent bm dan bi ! dier tau ckp tamil je. hahaha. tekanan gile rasa..

ko buat menarik skit lah. hihi..

Liyana Zahim said...

Hahaha.. Sains lam english kan? Sbb tu dorg tak mnt sgt kot.. Liyana dlu pon men2 je lam makmal.. Tak ske sgt sains.. Walopon men eksprimen rendam2 belalang.. Hahahah~

bna said...

encik cikgu, ape kate cikgu bawak rotan pegi skolah.. XD

sebenarnye, nak ajaq budak kecik ni lg senang dr ajaq budak besar.. pasai depa ni xdaklah degil sangat compared to budak besar.. tp kena sabaq sikitlah naaaa.. kena bagi depa ni seronoq nak belajaq.. yang penting depa kena tahu ape yang diorang belajar tuh.. baru timbul minat.. n kaitkn in everyday life.. tolak tepi dulu bab exam.. ;D

salam rindu, bnacun. ;)