I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, August 23, 2011




Seperti biasa, tiap-tiap tahun di penghujung ramadhan sudah pasti berat badan akan berkurangan. Muka sedikit cengkung dan walaupun aku tidak ke alat penimbang, namun aku yakin, berat aku mungkin sudah pun turun dalam 1 atau 2 kg. Namun aku tetap bersyukur, aku tetap cukup makan minum dan pakai. Ingatlah nikmat seperti ini masih ada segelintir yang tidak mampu memilikinya. Aku bersyukur.


Sempena ramadhan al mubarak ini, tak lengkap rasanya kalau kami sekumpulan yang terdiri aku, akak suriani dan miss Pnut keluar berbuka sama. Kat sekolah kami bertiga ni memang satu geng la.. cukup korum antara kami ni , maka akan hingarlah tempat duduk kat bilik guru tue..

Apa yang bestnye tentang kami, selain dari sekepala, kami mempunyai hobi yang sangat best iaitu makan dan shopping.. hahaha.. aku tukang memeriahkan majlis saja k?. Hahaha.


Sebenarnya secara spontan, masa nak balik dari sekolah tadi.. aku saja ajak-ajak mereka untuk keluar berbuka. Entah kenapa tetiba tekak mahu makan fastfood. Biasalah bila simptom-simptom teringat masakan emak muncul.. hahaha..!!


Dengan sekali ajakan terus menjadi.. maka kami keluar ke Queensbay Mall. Kali ni nak berbuka dengan pizza hut la.. Lagipun aku dan kak Suriani dah setuju bahawa piza resepi sempena bulan puasa tu memang sedap. Hahaha.. dan pastinya makanan jepun 'Takotao' tidak ketinggalan sebagai alas perut sebelum menunaikan solat maghrib tadi.


Secara keseluruhan, malam kami hari ini sungguh mengujakan. Ketawa dengan lawak-lawak yang pelbagai yang sememangnya menghiburkan. Semua ini menguatkan tali hubungan antara kami. Sesungguhnya aku menyenangi mereka.


Sepanjang perkenalan kami, yang tidak sampai setahun ini sungguh menyeronokkan. Di saat aku sepi, mereka berdua sentiasa ada di sisi. Di saat tiada sesiapa untuk mengadu, kak Pnut ada untuk menyeri kehidupan dengan selalu bertanya khabar. Begitu juga dengan akak suriani yang sentiasa menghiburkan ruang-ruang hari aku berbual di laman facebook.


Terima kasih kepada akak berdua kerana menyinari kehidupan ikhram sepanjang perkenalan kita. Semoga hubungan ini akan kekal selama-lamanya dengan senyuman dan rasa kasih sayang antara kita..!!


burbbbb.. Ops!! Alhamdulillah.. kenyang sangat..!! Hahaha


p/s - punya kenyang sangat, sampaikan t-shirt baru beli td tertinggal kat dalam kereta kak suriani.. kak suriani send mesej cakap baju topshop aku tertinggal...!! Topshop ??? Bukanlah... TOPMAN la.... hahaha...!!

.

10 comments:

ZWAN SABRI said...

nampaknya kita sekepala jugaklaa.. zwan pown suka makan n shopping jugakkk.. HAHA


MySuaraBlog: Contest Aku Berpuisi : 31 Ogos Datang Lagi

ღKekunangpelangiღ said...

Kebelakangan ni, asyik kerja makan ja. Tengok tu, perut pun dah muncit. haha..

Seronok ada kenalan yang boleh gelak ketawa sesama kita, kan? :)

Anif Abdullah| AA said...

topman? wahh.. shopping raya..huhu

Kakzakie Purvit said...

Nasib baik baju tertinggal dalam kereta. Kalau di fastfood alamat beraya pakai t-shirt tahun lepaslah....

::FAIZ:: said...

ko suka makan? tp tak gemuk sgt kan? hehehe

zazaw said...

oh sir
nanti balik jum makan pizza
sir belanja
sekian
HAHAHAHAHAHAHHA

Blog Eazy Izzuddin said...

kalau makan luar mesti berbuka dengan fast food...
tempat lain tak mau..
yeah dapat mengeratkan lagi silaturahim..

Liyana Zahim said...

Patutla asek nmpk pic mkn je.. Hehehehe~ Shopin? Alaikkk!!!!

ieza ashaari said...

asal ada bunyi top jadilah..

Unknown said...

shopping!!