I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, August 1, 2011

Syahdunya..



Selamat berpuasa yer kepada semua pembaca blog saya ini dan kepada semua muslimin dan muslimah yang saya hormati sekalian. Bagaimana pengalaman berpuasa pada hari pertama ?? Ada yang pengsan tak? Gastrik ker? Hahaha.. harap-harap semuanya baik-baik saja dalam menunaikan ibadat berpuasa.


Baiklah, untuk bulan ramadhan tahun ini, aku bakal berpuasa di rumah sewa Mr Shamzuri di Balik Pulau untuk sepanjang bulan yang mulia ini. Semua ni gara-gara aku bakal turun ke sekolah yang sama aku berpraktikum pada semester yang lepas untuk program internship. Kali ni kami perlu menjalankan tiga projek yang bermanfaat untuk pihak sekolah. Ada idea nak buat PROJEK apa??


Jadi, hari pertama ni aku berbuka di rumah ini. Alhamdulillah, rumah ni sangat selesa. Siap tersedia satu bilik untuk aku letakkan barang-barang. Apa yang menariknya rumah ni, rumah ni dekat sangat dengan masjid. Bukak saja pintu depan, terus nampak pintu pagar masjid. Dekat sangat sehinggakan terpisah dengan sebatang jalan besar saja.


Senang nak ke masjid untuk solat sunat terawih kan..? Kalau malas-malas, sekali dengar bunyi azan memanggil-manggil.. terus naik semangat nak ke masjid..!! Mak cakap "Pandai ekau cari umah untuk bulan poso cam ni yo. Dokek dongan masojid !!" Hehe.. Punya la meriah orang datang berterawih sampai penuh parking depan rumah dengan kereta jemaah. Bayangkan betapa dekatnya rumah ni dengan masjid.


Apapun, hari pertama ke bazaar ramadhan, sudah pasti mata rambang nak memilih juadah apa yang hendak disajikan semasa berbuka. Lebih-lebih lagi orang-orang bujang macam kami berdua ni. Semasa memilih makanan di bazaar ni, beberapa kali aku teguk air liur. Serius, aku tergoda. Semua sedap di pandangan mata. Tapi, kali ni aku mahu lebih berhati-hati dalam berbelanja. Makan seadanya dan mana yang perlu sahaja.


Apapun, sepanjang hari ini, bermula dari bersahur sehinggalah berbuka, hati aku tidak dapat lari dari teringat-ingatkan kenangan-kenangan bersahur dan berbuka di rumah. Rindu rasanya untuk bersama-sama keluarga semasa menyambut ramadhan.


Sayu saja hati ini. Masa memilih tadi, aku terbayangkan kuih muih buatan emak yang sangat sedap di samping lauk pauk yang menjadi pilihan hati. Tapi, masa berbuka tadi, tak kurang hebatnya juga kami berdua. Kuih sampai berjenis-jenis. Yang pasti kurma tidak kami lupakan.


Teringat semasa berbual dengan seorang sahabat seperjuangan yang telah pun berkerja. Niat di hati ingin mengadu tentang kesayuan hati berjauhan menyambut ramadhan bersama keluarga. Belum sempat nak taip apa-apa pada ruangan chatting box, tiba-tiba keluar...


" rindunya nak bersahur dan berbuka dengan kawan-kawan masa study dulu.."


Pulak dah !? aku simpan jer niat nak mengadu tue.


Manusia tak pernah lupa pada kenangan yang indah-indah kan?

.

p/s - seronoknya berpuasa kat rumah ni. Sebab rumah ni ada tv siap astro byond. Bestnyer !! malam2 boleh la dengar tadarus kat astro oasis.. hehehe..!

.

14 comments:

ieza ashaari said...

jgn tetiba bg alasan, "tak dapek den nok g masojid. kete block pintu ghumah den !" hahaha.. *tibai jer ckp negeri nie..

manusia kan suka keindahan.. :)

ZWAN SABRI said...

Bagusla tu beposa kat Balik Pulau.. kawasan kampung melayu yang pastinya akan membuatkan kemeriahan ramadhan terasa.. ;)

MySuaraBlog: Senyumlah Sikit

ღKekunangpelangiღ said...

Puasa jangan tak puasa. Ada masa nanti, raya pun bole jumpa lagi, kan? hehe.


p/s : Selamat berpuasa.. :)

is revered by you said...

alhamdulilah..untung2..insyallah bertambah berkat pose kitak..eh..tersasul..awak. ;p
rumah da dekat sgt ngan masjid..harap dapat wat teraweh tiap2 ari..tak tinggal.k?? salam ramadhan...may allah bless ur amal... amin,

Anif Abdullah| AA said...

biasola manusio tak lari dari kenangan yang bermain kek palo eh..
selamat berpuasa ^^

Unknown said...

Seronoknya da praktikum hehehe, sy ni lambat lagi....

Far8 budak baik said...

mmg tak akan dilupe kn..
gudluck praktikal kauuu...
ingt kau dah balik kg tadi..
hahahahaha
x pyh lah sedih klo jauh dari famili k..kita kan lelaki..
agagaga

mr.syazwan said...

dekat ngan masjid wow best!

da g bazar ye jeles!

ahah

yup saya pun rindu nak buka ngan member Uni

=(

Anonymous said...

wah nice lah rumah tu..selamat berintership cikgu..

kat sekolah mane eh??

selamat berpose..

::FAIZ:: said...

nice house and car

budak kecik said...

boleh caya ke ko bukak astro oasis tiap2 mlm? keh3

pape pun, mmg trbaik la rumah sewa korang, brsebelahan dgn masjid. kalu mls gak nk g masjid, x taw nk kata apa laa

selamat brbuka bro~~ ^_^

Unknown said...

tergoda ngan makanan or minuman xpe beb...jgn tergoda kat adik manis jual air tu sudah...hehe

Unknown said...

woah kereta! smart!

sofianadia said...

hukhukhuk!!! kte pn rndu nk buka kt umah...rmai2!! sem nie x ley plak...
nk buke kt semban...hukhuk!! cedey...