Kadang-kadang aku bersyukur juga mempunyai rakan-rakan sebatch yang bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan dan keharmonian antara kami semua. Walaupun semuanya sibuk untuk program internship di sekolah masing-masing, namun untuk melepaskan peluang berbuka bersama-sama seperti tahun-tahun yang lepas sudah pasti tidak pernah dilepaskan.
Selain kenyang menjamu selera, terubat sedikit rindu untuk bersama-sama bergelak ketawa dan bergurau senda bersama-sama rakan sekelas. Majlis berbuka puasa ini merupakan majlis yang terakhir sepanjang lima tahun setengah kami menuntut di maktab tercinta. Sudah pasti lima tahun kami berpuasa di maktab, meninggalkan seribu satu kenangan yang tidak mungkin dilupakan.
Bermula dengan pernah satu ketika berbuka bersama-sama dalam kelas, kemudian berbuka di kafetaria yang dibiaya oleh pensyarah seterusnya kembali bijak mengelola majlis dengan berbuka di restoran-restoran yang berdekatan.
Sedar tidak sedar semuanya sudah besar. Sudah bijak mengurus diri dan mengorak dunia masa depan. Majlis berbuka puasa ini bukan sekadar memenuhi tuntutan agama, tetapi lebih kepada mengeratkan silaturrahim disamping mengenang memori-memori silam.
Adakalanya tak semua perkara mampu kita lupakan..
.
p/s - sangat terharu bila bersalam-salaman memohon ampun, saling berpeluk-pelukan tanda kasih sayang. Ingat, kalau mahu hidup senang, budi bahasa itu penting..!!
.
12 comments:
iftar beramai ramai,... memang seronok
seronak plak tgok.. cam nk join.. hehex
mesti majlis bebuka posa kali ni lebih signifikan kan untuk pelajar akhir tahun macam am n da geng nii.. ;)
MySuaraBlog: Awas Lelaki Berumur 15-25 Tahun
Kalau semua dah sepakat, semua perkara susah pun boleh jadi mudah. kan? :)
aku kawan sekolah aku smpai sekrg tiap tahun mesti wat reunion..
kawan study plak naseb baik laa best fren masih dpt berkumpul.
Lagi beberapa hari nak balik kampung ya Ikhram...
kenangan mengusik jiwa...
mmg terlalu indah bila di ingatkan kembali
=_=
Bismillah
Terharu pulak kakCT tengok. Kenangan waktu meuntut ilmu adalah kenangan yg sukar kita lupakan.
Teringat suku kakCT curi2 bawak masuk batu lesong sebab teringin sangat nak berbuka nasi ngan sambal belacan.
sangat seronok bile jumpe balik kawan2 sekolah..semua de pengalaman berbeza.
bukan senang nak ulang semula kenangan yang pernah tercipta.. :)
tahun depan dh final year.. mesti sedih.. :'(
seronok!!
5 tahun dekat maktab? wow, lama tu! memang banyakkk kenangan pahit dan manis bersama kawan-kawan.
selamat maju jaya cikgu.
Post a Comment