I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, August 12, 2011

Vlog




Petang tadi aku tertidur lepas solat jumaat. Mengantuk sangat-sangat. Cuaca kat Balik Pulau, Penang ni memang panas. Berbahang. Kali ni tidur rasanya memang aneh sedikit. Sebab aku termimpikan si Hanis Zalikha sedang interview aku dan dua tiga orang kawan dalam bahasa inggeris. Best kot sesi interview nie.. hahaha !! Aku pun bukan main lagi bercakap dalam omputih.


Hai kawan - kawan...!! Dua tiga menjak ni aku dah ada satu habit baru. Suka menonton Vlog bloger-bloger terkenal Malaysia. Aku tengok Fatin Liyana bercakap sambil pakai tudung, Mat Luthfi yang kelakar tu.. Anwar Hadi yang best tue.. Hanis Zalikha yang cun tue.. dan.. macam-macam lagi. Kalau korang nak tau, Anwar Hadi tu budak maktab kitaorang gak tau..!! (tak tumpang populariti yer..!! hahaha)


Tapi dalam ramai-ramai tu.. aku paling suka video cik Maria Elena.



Aku dengar macam-macam orang komen pasal dia. Itulah .. Inilah.. yer, yer, yer... aku tau, aku tau.... ada masa dia memang over sket.. tp ok per!! Aku terhibur wat ?? Hahaha.. Baiklah. Kenapa aku suka video dia.. ??


Pertama, aku rasa aku selesa mendengar bahasa Inggeris dia yang amat mudah untuk aku fahami. Santai dan.. apa-apa je la.. tapi aku memang faham. Tak payah nak rujuk-rujuk kamus. Kadang-kadang bila tonton video dia ni, tetiba jer aku rasa aku setanding jer dengan mat salleh-mat salleh kat luar sana., hahaha.. tak lah! gurau jer. Mungkin sesiapa yang lemah bahasa Inggeris, bolehlah belajar dengan menonton video dia nie.


Kedua, topik yang dibicarakan lebih sinonim dengan kehidupan seharian walaupun tertumpu kepada wanita. Kadang2 tak jugak, lelaki pun ada tempias sama. Kadang-kadang topik yang dibawakan tu betul2 real siap dengan contoh-contoh. Wow ! Memang best. Aku sendiri rasa terhibur. Bab-bab pakai tudung tue aku tengok-tengok macam tu je la.. mana tau leh ajar adik aku si fatin tu lilit-lilit tudung nak raya nanti.. hahaha..


Ketiga, .. entahlah.. aku rasa terhibur.. tu jer!


Kadang-kadang, elok juga dibuatnya vlog ni. Sebagai inspirasi kepada semua orang bagaimana nak mengekpresi diri melalui teknologi. Kalau benda baik, apa salahnya digembar gemburkan menerusi media. Betul tak? Aku puji, usaha kreatif mereka memang berkesan selain memberi info dan maklumat yang baik selain untuk berhibur.


Apa ??!! Sir Ikhram dan Vlog..


Oh Tidak !! Aku mengalami kecacatan menyebut beberapa sebutan huruf . Jadi alasan ini berat untuk aku menolak tawaran bervlog. Ceh poyo jer.. hahaha.. Sori la aku tak kreatif dgn adegan spontan macam nie.. tak berbakat sebenarnya.


Apapun selamat berhujung minggu. Hujung minggu ni nak duduk rumah diam-diam nak siapkan kerja. Kerja banyak kot?? dan nak layan Maria Elena, Fatin Liyana dan... cik Hanis Zalikha kita.. hehehe..!!


p/s - kalau aku pasang Vlog Maria Elena kat dalam kelas sains aku, salah tak? adakah perkara ini melanggar Etika Perguruan ?????.


.

18 comments:

Unknown said...

syok sgt naa...


harhar

Anonymous said...

maria elena..over2 pn aku ske sgt..aku siap dload vdeo die tao..hehe

Syahir Ramli said...

mnt gk ke maria neyh??smo la kito...english mmg sgt la best...

IMANSHAH said...

segan la, nanti pemes

Liyana Zahim said...

Huhuhu.. Bgusla utk ilmu.. Yg baik jd kan teldan yg tak elok kte jgnla ikut.. Tu aje..

syasya said...

haha boleh x salah pon....suke tgok video beliau gak..tgok cara pakai loose pashmina heee terbaik =)

ewanthology said...

buat vlog sendiri..tayang kat sekolah

is revered by you said...

kecacatan menyebut beberapa sebutan huruf ?? ahahaha~ xbaik ckp awak cacat lah.... ;p

ieza ashaari said...

xslh lah.. tunjuk yg elok lah.. :)

org malaysia ni suka kritik scra kejam. mcm dorg bgus sgt. klu bgus, mesti dorg pun buat vlog.. hurm..

Encik Psychopath said...

shes pretty.

Unknown said...

buat ar vlog . ari2 sy tgk . muahaha :P

aziekz said...

ok la, best..klakar....nnt leh tnjuk ke bdk2 ni time relief english...xpe cg ikhram,,moral;n nk sruh bdk brani speaking english..ala2 iklan skjap time ngajar tu,,tak pun set induksi,,hee

Far8 budak baik said...

aku pun suka vedio dy...
aku tak tahu pun ape mende vlog ni..
tapi seyes kelaka kn...
terhibur dibuat nye..
seyes aku nk wat gak nnti..
mesti x de org tgk..
hahahaha

ZWAN SABRI said...

cuba lihat plak vlog AFIQ SAY.. hebat jugak video dia.. dia penah menang award lagi baru2 nii..
btw, jelesla sbb hanis zalikha masok dlm mimpi Am.. HAHA


MySuaraBlog: Lelaki Pun Kena Kanser Payudara

Maicher said...

uh, tak penah tengok lagi vid dia.
besenya yang best matluthfi ah.
waaa. memandangkan anda dah promote camneh, mesti best vid dia.

haha, will look after it later.

bui-bui.

Anonymous said...

kelasss lah.
eh dh video die kelass tu boleh la tayang dlm kelas. haha

Unknown said...

she's awesome! hehe

Unknown said...

emy pon suke video2 orang2 yg awk sebut tue.maklumlahkan, dorang tue otai..emy nie amatur je. btw dorg mmg best! salam ramadhan =)