Tuesday, November 30, 2010
Kalau Diberi Peluang....
Sunday, November 28, 2010
Berat Mata Memandang..
Friday, November 26, 2010
Seindah Biasa..
Thursday, November 25, 2010
Award..!!

drpd dua blogger yang amat2 mempengaruhi saya dalam bidang blog ini..
1. cik gadis ( http://thecuteprincess.blogspot.com/ )
2. adik nana ( http://nanaaohdear.blogspot.com/ )
Menurut cakap2 diorang ni.. aku kene la bgtau 7 perkara yang wajib korang tau pasal aku..??? alamak.. terpaksa la aku berfikir jap.. jap k? nak fikir.... ( mak panggil urut kaki dia jap dalam jangka masa 15 minit...!! )
okey...
- Aku adalah seorang yang sangat mudah ketawa.. sekiranya aku ketawa dengan kuat itu tandanya ketawa yang biasa2.. tetapi sekiranya aku ketawa dengan menutup mulut dan tidak mengeluarkan bunyi.. itulah adalah tanda aku benar2 geli hati dengan keadaan.
- Aku gemar mengumpul barang2 yang memberi nilai sentimental kepada aku walaupun benda itu tidak berharga sama sekali.. contoh, helaian penutup yogurt yang mempunyai tarikh expired sama dengan tarikh lahir kawan.. setin coca cola sebagai lambang kenangan aku bertemu kawan, sekeping syiling terbakar, tanda aku tertipu dengan seorang penjual buku...sekeping resit makan kat kenny rogers sempena besday yang aku jadikan penanda buku dan macam2..
- Aku akan tenang bila mendengar lagu2 nyanyian Dato Siti Nurhaliza.. hal ni semua orang akan tau sekiranya mereka mengenali aku tak sampai pun dalam tempoh 5 jam... keje gila yang pernah aku buat sebagai peminat beliau ialah berjalan kaki selama 1 jam 15 minit semata-mata untuk membeli kaset Prasasti Seni.. malangnya dalam tempoh itu aku berjalan dalam hujan yang lebat...
- Tidak mempunyai sebarang lesen kereta..dan memulakan pelajaran menunggang motosikal pada usia dua minggu sebelum genap berumur 17 tahun...
- Mempunyai sensitiviti daya sentuh yang tinggi pada kulit dan hati.. jadi, jarang badan ini boleh disentuh sesuka hati.. dan hati agak mudah disentuh bila menonton filem yasmin ahmad..
- Aku tidak boleh tidur dalam keadaan gelap.. jadi, aku memerlukan cahaya yang optimum ke maksimum untuk tidur sebagai pembekal tenaga.. hahaha.. perkara ini mendatangkan masalah kepada mana2 rumate saya semasa di hostel...
- Seorang yang tidak merokok dan tidak akan mencuba untuk merokok.. dalam hati hanya menyumpah seranah perokok kerana sama sekali tidak mementingkan kesihatan aku sebagai persekitaran..
sebenarnya byk lagi..
seterusnya ingin la rasanya menghadiahkan award ini kepada :
sarah zulk
cha zainol
(... cukuplah 2 orang..!!)

Wednesday, November 24, 2010
Tuesday, November 23, 2010
Bila Kanak-Kanak Menjadi Aku
Monday, November 22, 2010
Hari 52 Aku Berfikir
Sunday, November 21, 2010
Perempuan & Wanita
Saturday, November 20, 2010
Petang Bersama Bola
dengan awek saya, cik DILLA sebelah rumah..
si gadis cilik yang comel..
yg memberi hatinya untuk saya..
hahaha..
hilang sikit obses dengan si gadis macho..
yg kini sibuk g jalan2..
hahaha..
ada ramai yg jadi penonton
termasuklah atuk yg jadi pemerhati
supaya petang ini MENYIHATKAN
dan MENENANGKAN
serta MENYERONOKKAN
dan pemainnya
aku dan cik dilla
luv u.. hahaha! wakaka..
Patutlah...
dari pandangan sinar infra red..
warna merah luas menyelaputi wajah aku..
ni mesti tandanya aku mudah panas..
mudah marah...
tp dgn warna merah itu..
aku buktikan aku sedia membetulkan diri..
bila ada yg sanggup menunjukkan aku jalan yg baik..
Ya Allah ! Ya Allah
aku tau sabar itu separuh dari iman
sejukkanlah hati aku dengan kesabaran yang Kau ciptakan
sesungguhnya aku hambamu yg alpa..
lingkarilah aku dengan orang2 yg sabar
amin..
Oleh itu,
Patutlah.. warna merah itu meyelaputi warna wajahku..
Friday, November 19, 2010
Kisah Tiga Beradik
Kalau Nak Jadi Doktor..
Thursday, November 18, 2010
Hari 47 Aku Buntu
Wednesday, November 17, 2010
Oh! Mak Long....!!
Untuk itu, biarkan aku memberikan satu soalan kepada anda semua..?? Apakah bezanya antara anak kandung dan anak angkat..? setelah incident petang td berlaku.. bagi aku, kalau dah anak angkat tu tetap jualah anak angkat.. seperti manusia biasa, budi pekerti jualah yang dipandang sejagat.. Aku bukanlah manusia yang terbaik.. tp untuk menjadi seseorang yang terlalu buruk dipandangan masyarakat.. itu bukanlah aku.. aku masih boleh menilai diri sendiri sewajarnya.. Maafkan aku andai terlalu mendabik dada.. tp itulah diri aku..
Kisah keluarga adalah peribadi sebenarnya.. tp tidak lagi menjadi peribadi kalau ia boleh memusnahkan aku dan aku putuskan biarkan jadi pengajaran.. Sewajarnya, sebagai seorang yang tua yang boleh berfikiran waras dan rasional, tindakan mak long sebentar td memang tidak sedikit pun aku boleh terima.. Bagi pendapat aku, sebagai seorang dewasa yang berdarah keibuuan beliau adalah lebih wajar mendekati aku dengan lembut sebagai seorang dewasa memandangkan aku masih lagi pemuda 22 tahun.. yang muda dan kaya dgn kegagalan mengawal amarah..
Persoalannya di sini, kenapa terlalu sayangkan anak, sehinggakan cacat dan cela hanya nampak pada orang lain?? Tidak dinilai pada diri sendiri..?? Aku teringat bak kata pepatah, bangkai depan mata tak nampak, kuman di seberang pulau jadi tatapan.. (aku ubah ikut keselesaan hati aku).. aku takkan pernah menyakiti orang lain klau betul2 dia mendekati aku dgn cara yang betul dan baik.. tidak malukah dia di rumah orang ketika itu dan hadapan atuk sebentar td.. bertanyakan soalan yang seseolah beliau masih seusia 10 thun saja lagaknya.. cara mak long bertanyakan aku tadi membuatkan rambut makin byk terputus dan tepung makin teruk berseleraknya..
Tuesday, November 16, 2010
Eid Adha
Gelagat Nak Balik Kampung
Kalau kat maktab ni, kawan2 seperjuangan semuanya dah tahu tentang habit pelik aku yang akan terlalu ghairah bila saat2 nak balik ke kampung.. hahaha..!! Selalunya seminggu nak balik kampung ni, mulut aku ni takkan berhenti2 menyebut nak balik kampung! nak balik kampung..!! Sampai kawan2 pun dah naik jemu.. ! hahaha... tu masa awal2 semester kat maktb dulu la... (skrg masih ada.. tp kurg la sket..)
Monday, November 15, 2010
Hari 44, Aku Berpeluang
Saturday, November 13, 2010
Menjadi Guru Itu Cita2 Saya
Gambar itu adalah sebahagian dari dunia aku semasa menjalani latihan perguruan.. Sejak kecil lagi aku sudah bercita-cita ingin menjadi guru.. kalau main cikgu2 dengan sepupu2 (masa kecik2 kat kampung dulu2 la).. aku akan pastikan aku akan menjadi cikgunya.. ntah apa yang aku ajar masa tu, aku pun tak tau.. yg aku tau pegang lidi sebatang dua kat tgn kanan.. dengan kendong beberapa biji buku kat tgn kiri.. kadang2 kapur tulis pun curi2 dari sekolah.. lepas tu bawak balik kmpung.. tulis kat dinding papan umah atuk konon2 papan hitam... lepas tu padam.. kalau kapur tulis takde.. buat la menulis kat dinding.. hahaha..
Sebenarnya, melihat kredibilitii guru2 semasa di sekolah rendah banyak mempengaruhi minat akan cita-cita aku.. ditambah pula usaha gigih cikgu aini, guru admath aku.. menjadikan semangat aku semakin berkobar2 mengejar cita2.. Aku mahu jadi guru seperti dia.. sanggup berkorban untuk anak bangsa.. ketegasan pn azlina di tingkatan 1 fitrah aku jadikan contoh.. dan selebihnya byk karakter dan gaya emak sewaktu mengajar aku masa kecik2 dulu, aku aplikasikan dalam mengajar serta mendidik murid2..
Menjadi cikgu menjadikan kita ini subjektif dan variasi.. kehidupan bergelumang dgn berbagai2 manusia dan bangsa.. dan ada masa sesuatu tindakan yang kita ambil itu, tak mampu kita tafsirkan mengapa dan bagaimana.. menjadi guru hari ini kena tabah dan bijak dalam menangai seribu satu masalah dan ragam..
Aku bersyukur memilih jalan ini.. kerana kerjaya ini sesuai dengan karakter dan kemampuan aku sebagai seorang manusia.. budaya mendidik, berkongsi dan menyampaikan selalu menjadi pegangan utk aku berjaya dalam profesion ini.. insyaallah.. hasilnya, mungkin kegembiraan dan kebahagiaan hidup itu bakal menjadi milik kita kelak.. amin.
p/s - ilmu yg tidak dimanfaatkan umpama pohon tak berbuah...
Friday, November 12, 2010
Dating @ Mc Donald
Hahahaha.. Hari ni aku ajak Fatin kuar date dgn aku secara paksa rela.. kesian budak tu, kene kacau time study.. wakaka !! Cakaplah beribu2 kali pun tentang keburukan makanan produk Mcd nie.. Akhirnya, aku terpaksa juga menuruti tuntutan selera nafsu aku.. dari burger, kentang, aiskrim, nuget dan macam2 la.. semuanya aku suka.. sampaikan sosnyer pun aku puji.. memang sedap..!!
Teringat masa kuar dating dgn bekas kekasih dulu.. hahaha.. satu hari tu, kami decide nak makan kat Mcd.. masa tu, saja jer aku nak menduga kesabaran dia.. sepanjang waktu makan, aku hanya mendengarkan lagu2 kat mp3.. hahaha.. sedikit pun aku tak pedulikan die.. dalam hati sebenarnya aku risau jugak.. mana la tau tetiba dia campak kerusi mcd tu kat aku ker? dia curahkan air coke kat aku ker? mcm2 la.. tp aku fikir balik.. masa bila lagi nak uji.. masa makan ni la.. dia dari mula sampai abis makan, terpandang2 jer muka aku.. aku tunggu jugak bila dia nak tegur.. tp sekalipun dia tak tgur.. memang dia sabar.. hahaha..
Tp sekali tu jer aku buat mcm tu.. selebihnya aku lah yang jadi penglipur lara yg baik untuk dia.. yg sgt2 menghiburkan.. hahaha... tp itu kisah dulu yg masih segar dalam ingatan dan masih seronok utk dikenang.. aku malas untuk membenci2.. baik ingat2 perkara yg indah kan? hahaha..
Sedang enak2 mkn2 td.. terserempak dgn gadis macho aku itu.. hati berdebar, tp still terkawal.. dia tetap cantik pada pandangan sekilas aku tadi.. tp bukan sebab itu yang buat aku gembira.. aku gembira dgn kata2 adik aku sebentar td.. Yahooooooooooooooooo !!!..
Adik aku memang best la..! Aku percaya kat ko, dik... hahahaha...
p/s - baru aku perasan adik aku ni dah besar sekarang... dah makin cantik aku nampak.. cuma kene hias sket je mata tu.. nnt abg beli eye liner maybeline tu k? biar cantik sket.. hahaha..!!