I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, November 3, 2010

It Is About C.O.L.O.U.R.

Semuanya berkait rapat dengan W.A.R.N.A..

Aku mungkin sukakan warna yang tidak menonjol.. yang suram.. yang kelam.. kerana bagi aku itulah ketenangannya... dan sudah tentu la aku memilih ungu indigo dan perang.. dan warna yang selainnya, aku sekadar menggemarkannya secara sederhana malah secara minimum saja... namun aku agak kerap mengelakkan warna merah.. aku tidak sukakan energy warna merah yang bagi aku keterlaluan.. jarang sekali barang2 milik aku berwarna merah.. dan ada masa warna hitam jugak bukan warna kegemaran aku.. antara formaliti yang selalu aku elakkan.. aku lebih suka mencari alternatif coklat sebagai ganti hitam.. jadi aku kini hanya memiliki sehelai seluar hitam di almari berbanding seluar lain yang berwarna pastel perang dan kelabu yang hampir 8 helai kesemuanya.. sket kan?? Walaupun ungu menjadi kegemaran, namun jarang2 aku memiliki pakaian berwarna ungu.. kebiasaannya pakaian aku berwarna hijau dan senada dengannya..

W.A.R.N.A.

Petang td aku menerima penghargaan dari anak murid ku, Sarah Jane Chew.. tertera gambar di ruangan facebook itu, dia men'tagged' nama aku pada ruang berkotak2 yang penuh warna2.. Setiap satu warna terdapat kata2 yang merujuk kepada penghargaan dari Sarah.. dan untuk aku.. dia memilih kotak yang di tengah2.. berwarna merah bata.. mungkin itu aura warna pilihan dia untuk aku.. hahaha.. itulah pilihan kanak2 perempuan seumur 10 tahun dan aku percaya kanak2 selalunya jujur... dan ayatnya - " THE ONE WHO LOOKS GREAT IN ANYTHING".. itu pandangannya terhadap aku.. dan aku sangat menghargainya.. bukan mudah mendapatkan penghargaan dari seorang kanak2.. dan aku sempat mencari2 hadiah pemberian dari dia sewaktu hari2 terakhir aku berpracticum mengajar di kelasnya.. Dia menghadiahkan aku mug berwarna merah..


Dan malam.. saat ku sedang menelaah.. buat seketika aku dikejutkan dengan menerima kiriman mesej di facebook oleh bekas kekasih lama.. (kini dia melanjutkan pelajaran di Australia) .. dalam mesejnya juga berkait rapat dgn warna.. dia bertanyakan aku pilihan warna yang sesuai dijadikan pemberian hadiah untuk kawan perempuan aku.. tak sangka aku orang yang dipercayainya memandangkau aku rapat dgn kawan perempuan aku ini.. dan aku harap pilihan warna aku itu disukai mereka..

Sebenarnya aku menyukai warna.. dan mungkin disebabkan warna menyebabkan aku suka melepak di BORDERS.. bagi aku pilihan warna di situ sinonim dgn jiwa aku.. Sungguh menenangkan.. kalau ke sana.. bawalah hati yang kosong untuk menilai warna2 yang ada.. lihat pancaran warna lampu siling dan susunan buku2 yang kemas serta lihatlah pada warna setiap buku2 yang ada... beribu2 warna buku yang melatari rak2nya.. dan ia sungguh mengujakan.. begitu juga al-kisahnya bagaimana aku meminati Liyana Jasmay, Yuna.. suara mereka mungkin lunak untuk didengar tp tidak terkecuali aku minatkan pilihan warna pada pakaian mereka.. antara lain aku minatkan buku yang berwarna.. dan semuanya berkaitan warna... sebab tu blog aku ini berwarna2 latarnya..

W.A.R.N.A... !! aku obses dengan W.A.R.N.A... !!


p/s - highlighter aku pun warna juga.. hasil dari warna.. lihatlah..

5 comments:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

kalo nak lepak borders ajak ar gua skali...

=)

iKhRam said...

jom.. nnt klau aku g.. aku bgtau.. ko study mana nie?? still konfius.. apapun bila ko comment.. baru semangat nak menulis lagi.. hahaha

Safini Yamin said...

aku suka sgt kaler merah..
agak2 aku orgnye mcm mn erk..
byk bju aku wjb kaler merah..
so xpe kn aku suka kaler merah..hahaa..=)

iKhRam said...

tak per.. tak de hal la.. beg aku pun kaler merah.. tp tu la satu2nya yang berwarna merah.. hahaha..

Erin Azizan said...

purple tak de ke...nak purple...sedap je kalau tgk, tapi aura aku kaler hijau la pulak..cemana tu?..ah tak kesah...ak nak jugak purple