I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, November 19, 2010

Kalau Nak Jadi Doktor..

Ok.. kita citer yang seronok2 ...
Tak la seronok sgt sebenarnya.. dan atuk saya masih lagi dengan kesihatannya yg tidak baik2 lagi.. dan kini dia menetap di rumah aku.. sementara aku dan adik bercuti, biarlah kami tengok2kan atuk..

Semalam, setelah sebelah pagi ke klinik kesihatan, tiub kencing atuk dikeluarkan.. atuk diberi peluang utk mencuba mengeluarkan air kecilnya sendiri tanpa bantuan tiub.. dan sehinggalah sebelah malamnya, kelihatan tanpa tiub nampaknya usaha sendiri itu masih gagal.. perut atuk (lebih kepada bahagian pundi kencing semakin mengeras) dan kami kembali menyalurkan tiub ke badan atuk di hospital..

Menurut kebiasaannya, setelah memasukkan tiub kencing, emosi atuk agak muram.. itulah kata kedua-dua makcik dan maktam.. yer.. aku lihatkan memang emosi atuk agak muram.. atuk senyap sahaja.. teringat semalam dia mengaduh sakit dan pedih.. namun kehidupan kene diteruskan..

Melalui pengalaman ini, ada byk perkara ingin aku bicarakan mengenai doktor2 yang bekerja di hospital.. Sebagai warganegara Malaysia, rasanya aku berhak memberi pendapat.. profesion sebagai seorang doktor ini selalunya berkhidmat kepada masyarakat.. kerana itu kerjaya sebagai doktor dipandang mulia.. seperti yang umum tahu, menjadi seorang doktor memerlukan kelayakan pendidikan yang baik dan cemerlang.. jadi mereka2 yang dilatih menjadi doktor kebanyakan mempunyai daya pemikiran yang bijak.. namun pernahkah terfikir sebelum mereka memilih menjadi doktor, adakah mereka benar2 berminat untuk berkhidmat kepada masyarakat.. atau pemilihan mereka berdasarkan pencapai akademik semata2..??

Sepanjang berada di hospital.. saya hanya memerhatikan sahaja gelagat doktor2.. pendapat ini bukanlah menjurus kepada semua2 doktor, cuma terdapat segelintir sahaja.. ada masa sebagai pihak pesakit, kami jarang diterangkan apakah penyakit sebenar dan tindakan susulan tentang penyakit yang dialami.. langkah yang selalu diambil oleh pihak hospital, memberi rawatan dan pulang ke rumah.. tiada alternatif yang sewajarnya untuk menyelamatkan penyakit pesakit.. begitu juga tentang pengurusan pengisian borang2 yang mengambil masa terlalu lama oleh doktor walhal itu adalah perkara mudah.. pesakit terpaksa menunggu lama setelah menerima rawatan kerana menunggu doktor mengisi borang yang mengambil masa terlalu lama.. aku melihat juga, kenapa seorang pesakit dikerumuni oleh lebih 4 orang doktor... dan terdapat doktor2 yang berbual.. berkumpul.. sedangkan pesakit yang menunggu di luar masih ramai... kebanyakkan mereka lebih megahkan berjalan dengan mengenakan kot putih dari merawat pesakit..?? semua kejadian ini disuarakan oleh abah aku.. dan doktor2 hanya terangguk2 membenarkan..

Apa yang disuarakan ini anggaplah sebagai komen aku sebagai warganegara.. Semua kerjaya atau profesion akan menghadapi komen dari clien masing2.. begitu juga yang terjadi dalam bidang perguruan sendiri.. aku harap doktor2 di Malaysia akan memberi perkhidmatan yang terbaik memandangkan kerjaya anda dipandang mulia dan dipercayai oleh masyarakat kita.. Terima kasih dengan segala perkhidmatan anda semua dan setiap kekurangan moleklah kita perbaiki untuk kepentingan bersama.. insyallah..


p/s - sedih lak tgok drama tadi.. kasih bapa sepanjang hayat kan ??

4 comments:

sarah zulk said...

biase la tu.. yang berkerumun tu dktor platih.. nak btugas tapi tak mantop ilmu lagi... yang dr dah tetap plak.. biase sangat jumpe pesakit agaknye tu yg jadi sambil lewa tu.. huhu.. nak yang caring kne la kat swasta.. urm.. pendapat je nih.. =) keep on blogging.. =D

airaniez wirdani said...

sokong bila ayat "doktor2 yang berbual.. berkumpul.. sedangkan pesakit yang menunggu di luar masih ramai..." Sebab ms pergi hospitak kerajaan kat ampang, doktor bleh tinggalkan pesakit,keluar bercakap telefon.bila msuk balik, dia boleh tny, "Eh,ada lagi kat sini?" Apakah? Padahal dia yg suruh baring atas katil blkg tirai. =(

Tapi mgkin bkn smua doktor macam itu..Wallhualam

B.E.L.L.A said...

abg..bella t'egt arwah atok='(

iKhRam said...

hahaha.. tak pe.. klau ingat.. sedekahkan al fatihah...