I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, November 1, 2010

Penulis Rohani Din

Pernah kah di satu saat apabila anda membaca sebuah novel, anda dapat rasakan betapa cerita di dalam novel itu seolah-olah pernah berlaku dalam dunia sebenar..?? ada masa membaca sebuah novel itu anda rasakan jiwa anda sendiri yang menyelami plot2nya.. anda sendiri yang mengalami peristiwanya.. dan anda sendiri yang merasainya.. itulah yg berlaku kepada aku..
Tahun 2001, lebih kurang sembilan tahun yang lepas.. aku meminjam sebuah novel dari seorang kawan perempuan yang sering2 aku gaduh dengannya.. aku meminjam dgn cara baik dan itulah saat2nya kami berbaik-baik semula.. tajuknya DIARI BONDA..

Saat aku membaca novel ini aku menyedari betapa kisah dalam novel ini seolah-olah memang wujud di alam semesta. Aku merasainya.. aku menyelami setiap satu masalahnya, ada masa aku sendiri menyabarkan hati melalui liku2 plotnya yang aku rasakan bukan lagi rekaan minda.. malah memang benar2 wujud.. bayangkan dalam usia 12 thun lebey itu aku berfikir sebegitu rupa..

kemudian aku sambung lagi dengan membaca Novel DIARI BONDA 2.. lanjutan dari kisah yang lepas.. aku membaca dengan perasaan yang begitu teruja.. seolah2 aku tanggung bersama masalah yang melanda bagi seorang ibu tabah itu.. Satu hari, entah mengapa firasat aku pulak berfikir kali ini .. kenapa watak utama yang bergelar cik Anie itu seolah2 sama dengan penulis novel itu.. Rohani Din.. ?? Ya Allah! adakah ini kebetulan atau suratan... ?? kenapa masa tu baru aku terfikir ini semua.. semua ni meyakinkanaku bahawa ini novel kisah benar.. sangat benar sehinggakan aku sendiri dapat merasakan ketulenan ceritanya.. bukan lagi menggunakan imaginasi minda.. kalau benarlah ini kisah sebenar dari penulis.. aku bercita-cita untuk menemuinya.. aku mahu..!! hati aku betul2 meronta2 ingin mengenalinya..

Sampailah usia aku lingkungan 16 tahun.. aku menyambung lagi penceritaan novel ini, kali ini DIARI BONDA 3.. kali ini juga aku redha.. novel ini memang kisah benar dan jalan penceritaannya tidak lagi sesulit sebagaimana yang diceritakan pada novel yang lepas2.. tp ia mengajarkan aku apa itu erti syukur.. apa itu erti tawakal.. dan apa itu erti kasih dan sayang seorang ibu.. aku menyambung cerita ini sambil dlam hati membayangkan rupa paras seorang ibu cekal yang bagaimana la agaknya cik anie nie?? hahaha..

kemudian umurku menginjak ke 17 tahun.. saat berhadapan dengan latihan debat mewakili sekolah, aku berkenalan dengan rakan sekolah yang lebih muda satahun dari aku.. malah kini sama2 kami melanjutkan cita2 menjadi guru.. entah bgaimana suatu hari kami berbual tentang minat masing2.. dan die bertanyakan aku novel yang paling aku minat pada masa itu.. aku jawab, DIARI BONDA.. tetiba die menyoal aku..??

"nak tak abg ikhram jumpa penulis tu??"

Sudah tentulah aku nak.. punya la berdolak-dalik rupa-rupanya penulis itu mak saudara dia.. hahaha.. aku dengan gelak aku, memang teruja la.. memang sgt2 gembira.. rasa macam semua tu bagai mimpi.. aku anggap cerita ini macam satu keajaiban dalam hidup aku.. manakan tidak.. bercita2kan sesuatu yang mustahil kemudian menjadi nyata.. aku tak sangka watak cik Anie itu wujud dan mungkin akan bertemu aku dalam masa2 yang Allah tentukan nanti.. wahai cik anie di dalam novel.. keluarlah kau menemui aku.. begitulah kata hati aku masa tu..!! boleh tak semua membayangkan perasaan mustahil aku masa tu??

dan semalam 31 oktober 2010.. setelah lima tahun yang lepas aku berjanji untuk bertemu.. akhirnya mukanya aku tatap indah di Butterworth,.. dia dalam perjalanan untuk ke Kuala Lumpur.. Allah telah menentukan disini dan waktu inilah aku bertemu dengannya..

Walaupun apa yang aku bayangkan pada awal pembacaan aku itu adalah berbeza.. tp rupa-rupanya dia lagi hebat dari persepsi sewaktu aku membaca novelnya.. mungkin die lebih berusia dari emak, tp nampak dari raut wajahnya die begitu kuat.. ada masa die banyak ketawa dan air mukanya manis.. dari maktab aku bersama afiq berjalan, menaiki bas dan feri.. kini kami puas..! aku la yang paling puas.. hilang segala kerisauan memandangkan kami keluar agak lewat..

Kalau la ada yang mengikuti pembacaan novel beliau, kisah anak bongsunya itu benar.. dan kisah2 di dalam novelnya semuanya benar2 belaka.. jadi jangan la ada yang musykil2 k ? sempat juga bertemu dengan suaminya.. dia ada bekalkan aku dengan sebuah novel tulisan beliau.. 'MASIH ADA YANG SAYANG'.. dengan sedikit coretan hikmah.. bungkusan nasi ayam (sebelum tu die blanja makan char kuey teow) cenderahati seramik, bedak sebotol.. dan beberapa seluar suaminya yang dia minta untuk aku berikan kepada sesiapa yang boleh memakainya.. insy nnt ikhram akan bagi kepada kepada kawan.. (dah bagi pun masa mengedit entry ni)
Tiada apa yang lebih menggembirakan melainkan bayangan perkara mustahil di depan mata.. aku sempat mengajak dia datang ke rumah di seremban.. insy..

p/s - Afiq, susah senang kita sama2 k?

7 comments:

princess pisang said...

wahh...
novel tu bes eh?lps ko cite ni rse nk bc lak..

ko mmg btuah..mesti puas ati sgt2 kn..besnye..

Tulip said...

bestnya bila dgr...x sangka kan..apa yang kita anggap mustahil betul2 terjadi..=D

iKhRam said...

hahaha.. kalau dulu memang mustahil.. kalau la bely tgok rupa muka ni masa baca novel tu.. mesti nak tergelak.. rasa nak ckp jer.. " ikhram, cik anie tu memang wujud" hahaha

tetiba cam takut la pulak.. hahaha

CiK JiJiE.. said...

Abang, congrats sbb jumpa jgk Cik Anie ye.
die ade text hari tuh bgtau.
hee.
terimbas memori dlu plak bc entry nie.

(Saidatul)

Rohani said...

kalau boleh tagkan gambar tu pada cik anie ya...
dah habis baca MAYS?
Terima kasih.

Reena Kamarudin said...

saya pun sangat minat dengan novel ni dan selalu rasa ini adalah kisah benar. thanks kerana merungkai tandatanya saya selama ini :)

faqihah mohd nor said...

Salam, boleh saya tahu email pengarang rohani din atau cara untuk berhubung dgn beliau? skrg saya sdg mmbuat kajian tntng buku beliau jadi kebolehan saya berinteraksi dgn beliau amatlah penting.