I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, March 2, 2011

Berkepelbagaian Gender


Aku lelaki
Kamu berdua itu perempuan..
Kamu berdua ayu dan cantik..
aku belum tentu lagi kacak..
tentang perhubungan kita bertiga itu bukan fokusnya..
Fokusnya adalah berkepelbagaian gender antara kita..
seramai manapun kita..
kita tetap punya dua gender.
itu kekal dan azali..
..
Aku mungkin melalui satu kehidupan yang semua orang lalui. Abah aku lelaki dan emak aku perempuan. Mereka berdua berlainan gender. Atas perkongsian hidup mereka, aku dipengaruhi kedua-dua tingkahlaku mereka. Dan dari situlah bermulanya siapakah kita?
.
Sebenarnya sebagai manusia, berkepelbagaian gender ini menyebabkan dunia lelaki dan wanita itu jauh luas berbeza walaupun peluang untuk mengecapi matlamat hidup dan keberjayaan itu sama haknya.
.
Sebagai seorang lelaki, ada ketika dan waktunya, perbezaan gender ini membuatkan kehidupan aku sentiasa berwarna-warni. Apa sebenarnya lelaki mahukan dari seorang wanita yang merupakan makhluk yang berbeza serba serbi dari aku dan lelaki-lelaki lain di dunia ini..
  • Lelaki mahukan kebijaksanaan seseorang wanita dalam menghadapi apa sahaja situasi secara berdikari dan berhemah. Walaupun sikap wanita itu beremosi, adakala emosi yang berlebihan buat wanita kelihatan sangat lemah walaupun mereka mempunyai kekuatan yang luarbiasa. Oleh itu, menjadi berdikari bukanlah susah, melainkan dengan memohon pertolongan dari lelaki pada waktu-waktu yang sangat-sangat memerlukan dan sehabis upaya mencuba.
  • Perbezaan cara berfikir antara lelaki dan perempuan buat cara mereka mengatasi sesuatu masalah itu mungkin nampak berbeza biarpun matlamat pencapaian itu adalah sama. Lelaki suka mengambil jalan paling mudah, selamat dan pantas. Namun perempuan bukan sebegitu selalunya. Mereka lebih suka mengambil langkah paling bersih, teratur dan mendapat persetujuan dari semua pihak. Perempuan mempunyai pemikiran yang mencapah yang membuatkan mereka memikirkan semua perkara sekaligus dalam sesuatu penyelesaian. Itu bagus, namun ada masanya lelaki mahukan pencapaian dari pelaksanaan bukannya proses-proses dalam pelaksanaan.
  • Lelaki sukakan ruang. Lelaki perlukan ruang untuk tenang. Tetapi perempuan perlukan ruang untuk memenuhi apa sahaja kehendak dan keperluan mereka. Kenapa hiasan dalaman oleh lelaki lebih ekstravaganza dari wanita. Kerana lelaki akan mengambil usaha mengurangkan sedaya boleh barang-barang dari menyemakkan mata berbanding wanita yang sentiasa suka menyusun barang-barang sehingga satu-satu ruang itu penuh. Kerana itu perempuan lebih suka memikirkan hal-hal remeh yang adakala lelaki tidak perlukan. Jadilah perempuan yang mempunyai 'ruang' yang lebih kerana lelaki memerlukan orang-oang seperti itu.
  • Lelaki itu lebih nakal.. dan wanita itu lebih berdisiplin. Lelaki mahukan wanita yang bersiplin tetapi 'longgar' seperti mereka. Maksudnya, lelaki suka diri mereka diberi perhatian khusus tetapi bukan dikongkong sepenuhnya. Perkara ini adalah kelemahan wanita.
  • Dalam dunia ini semua penipuan merujuk kepada lelaki. Walhal sebenarnya lelaki amat-amat tidak boleh menerima penipuan. Wanita boleh saja menjadi mangsa penipuan lelaki sedangkan lelaki dengan mudah melepaskan wanita kerana menipunya satu perkara yang paling tidak disukainya. Hal ini kerana, penipuan itu makanan wanita. Wanita kurang kecekapan mengecam penipuan dan hati mereka mudah dilenturkan. Wahai wanita, lelaki mahukan wanita yang jujur dan mampu membentuk hati lelaki untuk menjadi seorang yang jujur.

Cukup dulu kot untuk lima perkara ini dahulu ?? Ada banyak lagi yang ingin dikongsi namun, memandangkan aku perlu ke sekolah dan waktu sudahpun menjengah ke 5.32 pagi.. aku perlu berhenti menaip dan memberi tumpuan kepada sekolah dan anak-anak didik yang comel-comel belaka. Kerana lelaki pemikirannya lebih berfokus walaupun tidak berdisiplin.

12 comments:

Unknown said...

lengkap-melengkapi antara gender. hehe

eddy syrol said...

tajuk tuuuuuuuuuuu!! hehehe

noa said...

ko nak ruang ape? ruang tamu? ruang makan? amik je la aku bagi

DianaTakyuddin said...

entri nie bias r...kne pkir perempuan nk ape jugak...hihi

-diana-

Anati Soki said...

allah dah bg elok dah kan? si lelaki perlu permpuan, si perempuan perlu si lelaki. masing2 saling memerlukan gitu. auw auw auw.. muahaha

Bento Sensei said...

aku rasa, sbgai psgn, kita kena pikir jugak apa yg pasangan kita nk..bukan bmkna cara kau pk ni salah sbb masing2 ada cara tersendiri.. so, sapa yg nk buat entri memihak prempuan plak? mau tau gak perempuan pk cmna =)

Najeera Yahya said...

hurm...sebab itu Tuhan membuatkan kita berbeza ... kerana perbezaan itu membuatkan dunia ini lebih harmonidan ceria ... kerana perbezaan membuat seseorang serasi dgn org itu ..^_^
saya rasa entry ikhram sejak2 ni lebih kpd soal hat ..hahaha...merepek dah

saya hanya teenager , jadi pemikirn dn pendpt saya tahap remaja saje ..hahaha..
sorry kalau komen sya x de kena mgena ..hehe ^_^

iKhRam said...

Nulia: it's ok.. saya pun remaja jugak.. hehehe..
mungkin ini dinamakan peralihan fasa... entahlah..
manusia ini berbeza..

Najeera Yahya said...

ya benar ... hehehe ... baguslah kalau manusia ini berbeza , cuba bygkan kalau semua org adlh sama ... pemikiran yg sama, hati ys sama , perangai sama ... adakah semua org dapat mengenali satu sama lain?? kalau ada persamaan tiada org yang akn kenal apa itu cinta , kasih.. hehehe (merepek sudah .... ^_^'')

iKhRam said...

nulia: sapa la yang remaja ni ek?? hahaha.. yer.. tentu ada sebabnya kita ni berbeza.. tp saya tidaklah menyalahkan wanita sebaliknya membongkar itulah yang saya dan ramai lelaki diluar sana merasakan semua ini..

Najeera Yahya said...

owh begitu hehehe , saya tak salahkan mana2 pihak..hehehe..komen jer tu ...ikhlas hahaha...saya remaja lepasan sekolah , menunggu rezult ...hehehe ^_^

Blog Eazy Izzuddin said...

fuhh...
gituuu...
xD
eh lagu bau..
suka lagu ni xd