I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, March 3, 2011

Biar Apapun Kamilah Juara..



Teringat zaman persekolah aku dahulu..
Aku fikir aku agak aktif juga dalam kokurikulum..
tapi untuk bergiat dalam sukan..
aku mungkin bukan pilihan pihak sekolah..
pantang ada pertandingan bercerita
berbahas
tilawah
berpantun
dan apa-apa segala bagai yang memerlukan aku bercakap..
aku akan masuk..
dan aku semakin sedar
semakin usia aku meningkat..
peluang-peluang untuk aktif kembali semakin pudar..
usia mungkin memusnahkan keyakinan diri.
..

itu cerita aku,
dan kali ini cerita anak-anak murid aku..
secara jujur aku berbangga dengan pencapaian mereka..
kalau ada yang bertanya kepada aku..
apa yang mencerminkan kejayaan seseorang dalam kegiatan sukan sebegini..??
aku akan menjawab
pingat itu adalah penghargaan tanda kejayaan..
namun yang penting adalah semangat kerjasama dalam kumpulan..
kerana
kalau jiwa kita bersatu..
walaupun kita kalah, perasaan hampa itu pasti boleh dikawal..
serta mampu dikongsi bersama..
dan itulah kejayaan yang wajar kita lihat..
sebagai cara memotivasi dan menggalakkan diri kita berfikiran positif..
..
alangkah gembiranya
bertemu bekas-bekas anak murid
yang pernah aku sayang dahulu..
walaupun mereka dipihak lawan
tapi atas rasa kasih dan sayang..
kami sempat berkongsi segala-galanya
dari kenangan hinggalah cerita-cerita mereka yang terbaru.
..
aku pulang
dengan mengimbas kenangan bersama mereka kembali..
sebalik rasa sebak yang datang tiba-tiba
terpalit satu senyuman puas..
kalau kita ikhlas memberi
mereka pasti akan senang menerimanya..
dan mungkin sebab itu
mereka tidak pernah melupakan aku
walaupun kami sebenarnya sudah lama tidak bersua..
..
kalau ada umur yang panjang
boleh kita berjumpa lagi
.

6 comments:

::FAIZ:: said...

eh aku suka tgk Topi warna Putih tu... cantik... aku nak beli hr tu, tp yg kat kedai tu ade hitam2... so tak jadik aku beli... nanti klu jumpa lg aku nak beli...

Najeera Yahya said...

wah , seronoknya jadi cikgu kan... ^_^ ...hehe
saya nak jadi cikgu jugalah...ikhram boley cerita sikit kriteria2 utk mjadi cikgu ..kalau sudi lah ... ^_^

IMANSHAH said...

thorm among the roses

Kimie Hashim said...

ikhram sory tau xpat nak reply komen aritu..
btw bestnya jadi cikgu..teringin nak jadi cikgu yang sebenar..
selama ni aku berangan je jadi cikgu..blakon watak cikgu penahlah dalam kelas basic acting,huhu..
hidup orang nogori!

- LIANA ASIF - said...

teringat ms seklah dlu, umah sukan da warna merah, kuning, hijau dgn biru... siap hias dgn langsir, pokok bunga, dan b'mcm2 hiasan lg, untuk menang kategori rumah t'cantik.. tp skrng ada lg ke sekolah buat mcm 2??

zazaw said...

best nya jadi cikgu
alahaii
terasa rindu sangat dgn zaman sekolah rendh
:|