I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, October 30, 2010

Hari Ini Hari Membaca

Semalam aku tidur lewat.. aku sibuk menelaah sket2 subjek lab management.. byk kot, macam2 perkara nak kene ingat.. walhal kalau masuk lab, tak pernah pun nak ikut semua rules tue.. main bedal jer masuk.. lain daripada tu, aku sibuk la dok melayan cik Sarah zulk chat kat fb.. sibuk la dok ingat2 zaman2 kecik2 masa darjah enam dulu2.. macam mana cinta monyet antara kami mula bersemi.. masa tu tahun 2000/2001.. setiap malam tak boleh tidur teringatkan cik sarah yang masa tu meninggalkan saya untuk belajar di sekolah men. agama yang terkemuka di malaysia.. dan setiap malam itu jugak la aku dok tulis2 nama antara kami kat tingkap bilik.. nampak sgt tingkap bilik tak pernah cuci.. hahaha... biasa la dok kuarters.. hehehe.. akhirnya cinta kami kecundang.. hahaha..!!

Jadi pagi ini, aku bangun agak lewat jugaklah.. malam tadi aku tidur bukak lampu sepanjang malam sampai la tersedar pada keesokannya..?? bangun jer.. tgok enset, ada mesej.. dari mr fuad jahaya, tnya nak makan kat mana..?? dah balik mktb ke budak nie..?? Kata nak balik umah sampai hari Ahad.. abis jer baca mesej tu, pintu bilik pun terbuka.. kali ni muncul orangnya pulak.. ooo... nak ajak makan rupanya..!! orite !!
Macam besa ari ni aku makan ada orang blanja.. makan ala2 orang melayu aku hari ni.. abis makan, jalan2 kat borders... aku pun tak tau la, kenapa aku suka pegi borders.. ?? tak bosan2 pegi tgok buku byk2.. sebenarnya bukan buku.. lebih kepada majalah.. aku tgok fesyen hari ni bukan main pelik2 lagi.. tp ada jugak yg nak pakai kan??.. tgok majalah Glam edisi lelaki.. aku suka majalah ni.. foto2 dalam majalah ni menarik.. kali ni Chef Wan muncul jadi cover muka depan.. macho kot chef wan kali nie.. siap ada misai, janggut...!! aku sendiri pun tak percaya.. ingatkan harisson ford.. hahaha!!

Apa yg menarik dlm majalah glam kali ni.. kisah2 lapan atau sepuluh jejaka yang mengubah arus perjalanan kehidupan mereka untuk karier yg mereka impikan.. maksudnya lain bidang yang diorang blaja lain pulak yang diorang jadi.. ada masa aku berminat juga untuk bertanyakan diri aku sendiri.. mungkin dalam seminit dua...?? Betulkah aku ingin sentiasa kekal menjadi seorang guru???

Secara jujur memang dari kecik aku memang ingin menjadi pendidik.. sebab aku rasa aku ada satu aura untuk membawa kanak2 ke arah kejayaan dan memahami apa yang mereka kehendaki.. selain ketegasan, ada terselit satu rasa sayang dan ingin memujuk.. tp ada masa aku punya keinginan lain.. aku ingin memiliki sebuah butik.. hahaha..!! Butik ??!! Ini macam perkataan yang tak braper best jer nak dengar... hahaha... Tapi perkara ni la yang slalu aku suarakan dengan rakan kongsi saya, Cik Nadiya Khalik.. sebab kami punya impian yg sama.. nnt aku citer pasal nie...



Sempat jugak membelek rencana berkaitan masalah pengawalan kencing di kalangan lelaki.. artikel ni mengingatkan aku kepada atok Talib tentang penyakitnya tempoh hari.. gejala ni sering berlaku kepada golongan lelaki dewasa yang berumur, memandangkan saiz prostat yg semakin kenyal dan membesar.. betul la kata doktor kat klinik 1 malaysia hari tue..!! dan perkara ini menarik perhatian aku supaya berjaga2.. paling kurang aku dah bersedia dgn pengetahuan sket2 pasal penyakit ni..
Suasana pantai menemani petang aku.. dan makan malam kat mcd sekali lagi.. ada orang belanja.. best2 !! hahaha... malam, aku habiskan dengan membaca novel pujaan - BINI AKU TOMBOY KE?... hahahaha.. sori cha zainol.. novel milik kau aku tolak ke tepi dulu.. tebal sgt
!!


p/s - hari ini dunia aku penuh dengan pembacaan.. dunia aku terbentang meluas.. bley tak nak ckp sket.. aku sayang blog aku.. hahahah!! blog, aku bangga memilikimu.. tq kat kawan bloggers yg sudi temankan perjalanan kami hari ini..

5 comments:

White purple roses said...

mcm milik wajah kawan sy bernama haikal.seyesly.hmm..semoga dpt menjadi pendidik yg baik. :)

iKhRam said...

oo.. tq k?.. mudah2an.. amin..
haikal? semoga dpt bertemu dgn haikal yg cik mksudkan.. insy..

qamarul said...

ape prostat2 nie.. haha citer skit

iKhRam said...

wahai abg angkat saya yg bru saya declare nie.. hahaha..
bila usia kita meningkat.. prostat kita akan membesar sehingga menyekat air kencing kuar mengikut salur kencing.. ada masa air kencing akakn mengalir keluar bukan mengikut salur yg sepatutnya.. jdi kita akan sentiasa nak terkencing, sedangkan kencing tak kuar.. tu yg samapi 80 kali sejam g bilik air.. bahaya tue..

Ezz@T! said...

wah... minat bace novel... huhuhu.. topshop topman..?? ahahaha