I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, November 15, 2010

Hari 44, Aku Berpeluang

Hari ke 43, aku tahu kebenarannya..
Dengan tak sengaja, segala kata2 naluri aku sebelum ini ternyata menyebelahi aku.. Secara kebetulan, aku telah menyoal beberapa perkara berkaitan 'lelaki' yang sedikit sebanyak telah menyerabutkan perasaan dan emosi aku itu.. hahaha !! Ternyata dia akhirnya berterus terang dengan aku bahawa dia sebenarnya tak punya sesiapa.. aku ulang sekali lagi, dia tak punya sesiapa..!! Maksudnya, tiada seorang lelaki pun yang memiliki dia.. hahaha!! Bak cacing kepanasan dia menjawab pertanyaan aku.. kelakar juga bila teringatkan kekalutan dia mereka2 perihal 'lelaki misteri'nya itu... kenapa die mesti berbuat begitu..?? Adalah alasannya yg lebih baik menjadi rahsia aku..

Hari ke 44,
Aku berpeluang keluar bersama dia seperti yang dijanjikan.. kali ni perasaannya sedikit berbeza.. dia seolah2 memberi lagi peluang kepada aku.. yer, aku dapat rasakan aku rapat dgnnya kali ini.. Baju kami lebih kurang sama ronanya.. dan rupa dia seperti biasa.. manis saja bila dipandang.. teringat bagaimana dia takutkan bahang mentari td.. Untuk kali ni ada saja gementar aku datang tp aku cuba buat2 cool.. Aku ingat aku ni memang ada sense of spontaneous la.. apa2 nak jadi2, jadi la.. itulah dalam pemikiran aku yg malas lagi nak merancang2.. hahaha!!

Pertemuan kali ni lebih santai.. aku lebih tenang menjalaninya.. aku rasa aku telah menjadi diri sendiri kali ni.. berbual, mendengar dan adakala memberi respon yang sewajarnya.. perbualan kali ni lebih menceritakan tentang diri sendiri.. menceritakan kisah2 silam.. dia ada masa memahami keadaan aku.. memberi dan merasa.. dia seorang yang suka berkongsi.. dan cool..

Sepanjang masa makan aku perhatikan setiap tingkah lakunya..dia makan burger, tp comot..mayonis sampai ke pipi.. hahahaha!! Bila aku bgtau, cool je dia bersihkan pipi dia.. siap lagi tnya aku.. "gelakkan orang ek?" hahahaha... mestilah aku gelak... bukan gelak mengejek.. tp nak bgtau.. awak tu, lap mayonis pun still comel.. hahaha!! Dia tak gemarkan air berkarbonat.. jadi aku berkongsi minuman dgnnya.. sebenarnya lebih kepada menghabiskan.. hahaha.. coke dgn aku mana leh dipisahkan beb!!.. hahaha !!

Pelik jugak bila dilambaknya setengah dari kentangnya di dulang aku.. dan dia ambil satu2 dari situ.. tingkahlakunya aku perhatikan.. aku biarkan.. mungkin dia ingin berkongsi dgn aku tp aku pulak tak reti2 nak ambik satu pun ?? hahahaha... bengong la..

Aku rasa kali ni wujudnya perasaan yang lebih mendalam.. lebih dalam dari sebelumnya setelah byk jugak perkara yg aku lalui sebelum2 ini.. semua ni buat aku bersabar dan tidak terburu2 dalam membuat keputusan.. nak benda baik kene la bersabar.. malam, aku ceritakan bagaimana detik2nya aku mengenali dia.. tp die ni punya la cool sampai aku pun tak tau respon dia..?? Suke ker.. tak suke ker?? Namun sejujurnya, sekali lagi aku mengharapkan sesuatu yang baik akan berlaku.. dan kini setiap senyum dan tawanya menjadi hiburan hati... sehingga terbawa2 ke dalam mimpi bahawa dia sudah pun menjadi milik aku.. namun hakikat semua itu masih samar2 dan belum pasti menjadi kenyataan ataupun tidak..


p/s - teringat ayat dia.. "tak yah declare2.. i know my feeling dan dia pun tau dia punye feeling... cukuplah.." aku senyum jer dengar walhal dalam hati.. grrrr...!! hahaha...!! wakaka..

7 comments:

bella. said...

abg!!!abg!!
i'm hepi 4 u..
wish u all d best!
bella doakn abg okeyh!

iKhRam said...

wow.. bestnyer ada orang doakan nie..
tq bella yg sentiasa amik berat pasal abang.. abg sgt2 menghargainya.. apa2 yg terjadi.. semua tu dugaan.. tak semua kita nak kita akan dpat.. tp dunia sentiasa memberi peluang.. jd dari biarkan baik abg amik.. betul tak?

bella. said...

yeah..betol3..bella skong abg!!
pluang skli ja dlm idop..huhu~

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

hikhik....

jiwang la ang ni (senyum2 je gua baca sambil bayangkan memek muka ang)

hohoho

Unknown said...

haha..incik ikhram,gadis yg dimaksudkan ini adakah dia satu tmpt study dgn anda?Tp betul juga,x pyh declare,cukuplah sekadar masing2 tau hati masing2. bersabar ye,kalau jodoh,pasti akhirnya kamu dpt memiliki dia.amin :)

...aku insan biasa... said...

tumpang gembira ngan perkembangan kisah awak ni.. dah lame jd silent reader blog ni semate2 nk taw endingnyer....by the way, wish u the best of luck.. :)

iKhRam said...

terima kasih kepada yg mendoakan..

endingnya?? susah nak ckp.. buat masa sekrang ni ada msa rasa mcm mampu memiliki.. ada masanya rasa mcm tak mampu langsung.. apa bley buat.. kene byk2 sabar la.. hahaha..

apapun terima kasih dan sgt2 menghargai kepada sesiapa yg menyokong.. mana yg kenal, kenal la.. mana yg tidak lambat laun nnt kenal jugak..

p/s- tak sangka ada jugak silent reading pasal post 'HARI ?? AKU ??' hahaha.. tq.. sgt menghargai