I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, November 10, 2010

Mood Exam !!



Setiap sem, mood examnya memang berlainan.. kali ni exam moodnyer relax, santai.. setakat ni insyaallah semuanya okay .. terima kasih kepada kawan2 seperjuangan yang sama2 membantu meningkatkan keyakinan diri dan berkongsi segala ilmu yang kita pelajari dan bahan2 nota.. kepada kawan2 yang mendoakan kejayaan aku.. terima kasih jugak.. sama2 mendoakan kejayaan masing2..
Tapi apa yg uniknya exam kali ni.. ialah sikap emak aku, cik Fuziah Talib tue.. pelik sgt2 kali ni.. Awal2 pagi hari nak exam dia call kejutkan aku bangun.. macam besa la timing dia.. pukul 6.15.. dia nak kejutkan aku pukul 6, aku nak pukul 6.30.. last2 dia kejutkan 6.15.. tak lebih tak kurang.. aku pun jawab call mak dgn pening2 kepala tak cukup tido.. terus dia ckp macam nie..

"Mak maafkan sogalo doso2 ko bang.. daghi ko kochik sampai la ko bosa.. mak halalkan sogalo apo2 yang mak bagi di dunio nie sampai la kek akhirat sok... "
pelahan nada mak..
Aku yg mamai tu terkejut jugak... kenapa macam ni dialog mak.. macam nak menyambut aidilfitri nie..?

"mak konapo nie?? apo kono e ni??
"tak do apo2.. kang (karang) ko nak pekso kan? "
"iyo.." jawab aku ringkas..
"jawab elok2.. buek yang paling baek.. "

aku nak tnya macam2 kat mak.. tapi aku pendamkan jer.. lagipun dengan macam2 benda tak prepare ni.. dgn nak mandi.. dgn mood yang touching2 ni.. sebab nada suara mak kali ni perlahan sgt2.. tak macam selalu yang garang, kuat dan tangkas.. aku terus menjalani peperiksaan pagi tu..
Malam tu aku call mak semula.. aku tnya..

"Mak kek apo.. ckp sodih2 bona pagi tadi.. tak ponah2 lak buek cam tu.."
Mak aku jawab ringkas..

"Itulah kato hati mak setiap kali anak2 mak nak ambik pekso.. itulah nada e.."

Aku diam.. kalau la slalu aku dpt dgar kata hati mak macam tu.. mau aku menangis hari2.. ada masa kita rasa kita terlalu kenal mak kita.. tp sebenarnya tidak.. terlalu byk perkara disembunyikan dari kita.. yg ada msa kita sempat mengetahu dan ada masa kita tak dapat mengetahuinya langsung..

Itulah kata hati mak aku

ringkas
tapi bermakna.. naseb baek aku lelaki... kan??


p/s - mak saya garang.. tp sebab dia garang la saya jadi 'orang' hari ni..


2 comments:

Anonymous said...

Salam Ikhram

gudluck k

wirdati said...

u r lucky..tak semua mak nak cakap macam tu.