I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, January 10, 2011

Rasa Tidak Sabar-Sabar Itu


Setitis kesedihan seorang bapa hari ini
aku perhati dengan teliti dan mendalam..
kesebakan kata-kata akibat kehilangan seorang anak
yakni kawan kami..
aku rasakan sendiri..
jauh tertusuk ke sanubari.. aku rasai kepedihan itu..
biarpun tidak seberat keluarga allahyarham sahabat kami merasai ketentuan ini..
itulah yang berlaku sewaktu majlis penyerahan sumbangan
kepada keluarga allahyarham abdillah hafiz pagi tadi..
kesayuan merelakan pemergian sahabat kami itu..
menyentap hati kami..
adakah mungkin begitu juga raut wajah ayah aku..
sekiranya pemergian aku mendahului dia..??
sayangkah dia kepada aku.. sehingga menitisnya air mata dia ??
soalan dangkal itu aku lurutkan dalam hati..
yang pergi tetap akan pergi..
dan kita yang bernafas ini.. perlu terus bernafas lagi..
berusaha untuk berbakti..
ya Allah, permudahkan kami..
...
Rasa tidak sabar itu..??
makin menggelonjak rasanya..
inilah semester pertama tahun yang terakhir yang memberi makna..
kali terakhir mengalami latihan praktikum..
yang ketiga pastinya.. untuk tiga bulan lamanya..
rasa tidak sabar itu makin memuncak..
tatkala menerima buku rancangan mengajar siang tadi..
yang tebal dan berbau harum..
hahaha..
kepada kawan-kawan..
selamat menjadi guru..
tapi jangan lupa..
action research kita jangan buat2 lupa..
buang rasa teruja mahu ke sekolah itu dahulu..
kemudian sambung mencari masalah kita pula
hahaha..
masalah yang sengaja kita ada2kan..
apapun..
senyum itu penting.. !! ingat yer...!!
..
sekiranya bercakap itu mengundang dosa..
lebih baik berdiam diri..

20 comments:

zazaw said...

mesti lah ayah ko nangis
dah anak dia kann

Budak Hati said...

itu sume peringatan dari Allah buat kita yang masih diberi kesempatan untuk hidup

nur aisya humaira said...

gud luck yaa...slamat menjadi seorang pendidik...:)

Tulip said...

selamat maju jaya.....

sarah zulk said...

anak sendiri yg dijaga dri baby sampai besar panjang pergi dulu... mmg menitis jugak la air mata..

anyway, kerja sebenar dah mula dipikul.. gud luck.. =)

iKhRam said...

zazaw : tak sanggup melihat kehibaan seorang ayah yang menangisi pemergian seorang anaknya.. taks ama dgn tangisan seorang anak yang kehilangan ayahnya.. walaupun berbeza tetapi rasanya tetap sama kan..?? merasai kehilangan..

iKhRam said...

budak hati ; semoga peringatan ini menginsafkan ikhram.. selagi ada waktu yg bersisa, berbuat baik keapda semua orang.. menghabiskan masa dgn ibu bapa.. waktu kita di maktb ini menyebabkan waktu bersama mereka semakin sedikit.. kalaulah boleh diputarkan waktu..

iKhRam said...

nur aisya humaira : terima kasih.. anda pun begitu jugak k.. selamat berjaya.. doa2kan ikhram..

iKhRam said...

tulip : terima kasih

iKhRam said...

sarah zulk : anak.. baik buruk umpama racun dan madu.. sedihnya tadi.. terbayangkan kalau abah menangisi aku..

semoga semuanya berjalan seperti biasa utk praktikum kali ini..

ZWAN SABRI said...

Good Luck naa..
semoga dapat jadi pendidik yang hebat..
semoga dapat lahirkan beribu ribu Tun Dr.M kat Malaysia nii.. ;)

iKhRam said...

Zwan Sabri : besarnya cita2.. kalau itu yg terbaik.. ingin saja saya menghasilkannya... tp apa yang saya ingin agar anak bangsa menjadi insan yang berguna yang mampu memajukan negara..

tak begitu mr zwan sabri..

nora said...

tanak cakap tapi nk senyum je leh tak?? =)

btw suka ar ayat2 ko ni, mendayu2, dh rase cm puisi je

Eazy Izzuddin said...

tak sabar menjadi guru lah ni
gud luck!
moga menjadi guru yg terbaik
;)

iKhRam said...

nora : nak senyum..?? boleh jer.. hehehe

terima kasih keran senang dengan ayat2 saya.. mendayu2.. mcm puisi.. itulah bisik hati saya sehari2..

iKhRam said...

eazy izzuddin : semua orang belajar unutk mencapai cita-cita.. saya pun mcm tu jugak..

apapun terima kasih yer dengan sokongan.. sokongan anda itu saya jadikan doa..

apih el nino said...

Aku selalu berfikir, bersediakah aku menerima berita pemergian kedua ibu bapaku? Mampukah aku menjaga adik-adikku sebaik jagaan mereka? Layakkah aku? Jika diberikan satu peluang, biarlah aku yang pergi dahulu biar mereka kehilangan aku, bukan aku kehilangan mereka. Mati itu pasti.

iKhRam said...

Apih el nino : saya ingat hanya saya seorang yang berfikir macam tu.. maklum saja.. saya belum lepas bekerja lagi.. dan masa yg genting ini saya sentiasa menganggap mak dan abah begitu penting sebagai tulang belakang kejayaan saya.. biarlah saya berpuas hati menjulang kejayaan di depan mata mereka..

teringat pesan seorang ustaz saya.. bahawa memelihara ibu bapa.. ganjaran mahligai di syurga..

mana2 yang terbaik.. semoga saya dan kita semua tergolong dalam golongan anak2 yg soleh..

terima kasih kerana memberi komen.

Tulip said...

sama-sama......

iKhRam said...

tulip : sama2