I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, January 17, 2011

Taklimat Praktikum !!


Bayangkan..
Pernah semasa anda di bangku sekolah dahulu, anda melihat seorang guru lelaki yang datang ke sekolah untuk mengajar pendidikan sains.. dan dalam pada yang sama mengajar bahasa Inggeris di sekolah anda.. Jika pernah, baguslah.. Jika tidak pernah, itulah cerita aku yang bakal melalui situasi seperti itu.. mengajar sains dan bahasa Inggeris serentak yang pada aku bukanlah keje yang mudah.. bukan mudah untuk seseorang seperti aku..

Sebenarnya bahasa Inggeris adalah mimpi ngeri dalam hidup aku.. aku pernah menyesal memikirkan masa depan aku kerana kegagalan menguasai bahasa Inggeris.. Tiada mana-mana pengalaman yang terbaik untuk aku mengambarkan betapa aku harus melalui mempelajari bahasa Inggeris dengan gembira.. melainkan dengan perasan gusar, ketakutan dan ketidakyakinan yang membelenggu diri dan pemikiran.. Sebelum ini, kehidupan saya pernah menghampiri kegagalan kerana bahasa penjajah ini..

Dan hari ini aku perlu melalui perasaan takut itu lagi dengan menghadapi trauma aku sendiri dengan mengajar bahasa Inggeris pula.. Menghadapi kelemahan sendiri untuk anak bangsa.. Berbaloikah ?? bertanya aku sendiri.. bolehkah aku..?? aku perlu menjawab sendiri.. jawapan ada pada aku.. ketakutan itu perlu dibendung.. itulah matlamat paling asas untuk aku buat masa ini...

Hari ni, sepanjang hari menghadapi taklimat praktikum.. aku tidak mahu menceritakan butir2 taklimat yang diulang2kan untuk aku buat kali ketiga.. tp inilah input2 yang aku catatkan secara tak langsung dalam buku catatan kecil milik aku yang aku usung sepanjang hari.. inilah 'blackberry' aku.. :

  • "teacher plant seed of knowledge that grow forever.."
  • portfolio adalah seperti potret anda sendiri.
  • "make yurself proud !!"
  • "go OUT there and CHANGE !!"
  • "sebagai guru, bila kita masuk ke kelas, kita sebenarnya mengambil risiko"
  • kita perlu meraikan murid-murid dengan mendalami perbezaan setiap individu..
  • "MUSUH yang paling KETAT adalah DIRI SENDIRI"
  • "DON'T go to class and be a LECTURER"
p/s - oghang utagha, hari ni saya citerkan kelemahan saya.. saya bukan suka membangga diri, tapi saya lebih suka memberi inspirasi dari mencipta perkara yang melemahkan semangat.. !!
.

18 comments:

Tulip said...

nie mesti makan kat m-square kan....
selamat berpraktikum....
terus bersemangat kay.!!!
Chayok...chayokk..!!

iKhRam said...

tulip: kat mana lagi nak makan free. tentu la kat m-square..

insyallah.. sekarang ni pun semangat tengah membara2.. setiap masalah anggap saja cabaran.. baru senang nak capai kejayaan

sarah zulk said...

ape yg kau takutkan tu la yg Allah bgi untuk dihadapi.. so that ape yang kau takutkan dlu jadi kekuatan kini.. Allah maha adil kan? =)

iKhRam said...

sarah : yer.. sgt adil.. dulu aku takut.. tp allah bg aku ajar sains walaupun aku mintak untuk subjek bm... aku beria2 nak tukar subjek masa semester satu.. tp allah bg akuj peluang balajar bahasa inggeris sehinggalah ke semester ini.. aku belum pernah lagi gagal bahasa inggeris..

itulah.. masalah bukan utk kita lari.. tp untuk ki hadapi sebagai cabaran.. skrg aku mampu menghabiskan bacaan dlm b.inggeris.. nmun harus aku perbaiki kemahiran speaking..

dan Allah maha adil

Super Ummi said...

Bila praktikum ni?
Selamat menjalani praktikum.
Praktikum mmg best tapi sangat memenatkan..
Good Luck.

(p/s: tak sabarnye nak mengajar)

♥ 미스 kiera ♥ said...

BI mimpi ngeri?
hehe.
sy pon!
sbb 2 masuk IPG amek kos BM!

noa said...

pas ni ko leh ajar aku BI lah ek

senyum sikit =)

Maicher said...

semangat! semangat! semangat!
haaa.. camtu lahh.
that's the spirit!

p/s:jangan pernah putus asa :)

Anati Soki said...

sudah prktikum? bestnya.. anat kelmarin taklimat BIG.. hehehe.. BIG yg peetama.. takut pun ada. sbb tak penah BIG lg kan. hehehhe.. tp takp pun taklimat BG. demam punya pasal. hehehe

Nadia Mashuri said...

hehee..
ayah saya seorg cikgu sains juga..
=)

iKhRam said...

miss sunshine : praktikum start lambat lf.. 7 hb.. tp mcm biasanya sebelum pegi dah diberi taklimat lebih awal..
terima kasih.. semoga praktikum kali ni adalah yang terbaik..

iKhRam said...

ctiey : mimpi yang ngeri itu akan bakal berlalu.. itu yg saya harapkan.. saya dulu pun tak sangka dpt english.. tp saya usahakan jugak..

iKhRam said...

nora ; ajar kanak-kanak saya tau.. ajar orang dewasa.. fail kot.. english tue..!!

iKhRam said...

maicher : insy sentiasa bersemangat.. hahaha..!! doa-doakan saya ni yer, supaya tak mudah patah semangat..

terima kasih

iKhRam said...

ANATI SOKI : blum lg.. praktikum start 7 hb feb.. BIG tu boleh dikira cabaran yang menyeronokkan lagi.. rasailah pengalaman itu yang bg saya amat seronok untuk dikenang.. percayalah..

iKhRam said...

Nadia Mahsuri : oh.. nnt boleh la sharekan penglaman ayah anda dengan saya yer... orang berpengelaman lebih berjaya kerjanya..

ShAwN said...

wahhh....selamat berjaya la sir...!!!ngeee~~subjek bi pon aku paling cuak..!!

iKhRam said...

shawn : bukan rasa cuak je dah nie.. siap rasa cam nak mati.. hahahaha