I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, January 11, 2011

Hepi Besday Penghiburku..


Teringat kata2 pegangan dirinya..
"tak hidup dek puji
tak mati dek keji"
bagi aku pegangan hidup ini besar maknanya kepada beliau..
motivasinya kuat sehinggakan hari ini berada di mercu kejayaan..
..
Hari ini..
dari remaja biasa asalnya..
yang mula2nya kekok beraksi di pentas..
kini menjadi wanita pelopor kejayaan negara..
lihatlah dari pegangan hidupnya tadi..
tak hidup dek puji..
biarpun melakar nama di persada dunia
bermula dengan kemenangan di peringkat asia..
voice of asia..
kini mengangkat nama
menjadi penyanyi wanita negara menghiburkan kita semua di luar negara..
di albert hall, london..
teringat bagaimana aku mengumpul syiling dan wang kertas RM 1..
semata-mata mahu memiliki vcd original konsert itu..
al-maklumlah, nak ke london.. rasanya bagaikan angan2 mat jenin saja..
walaupun kesusahan untuk memiliki vcd itu aku tempuh..
kepuasannya aku rasakan sehingga ke hari ini..
..
tak mati dek keji..
isu perkahwinannya bersama suami tercinta
pernah mengundang spekulasi liar seantero nusantara..
namun, dia hanya menjawab "biarlah rahsia"
kemudian
diganggugugat dengan isu pemakaian tudung
pemakaian selendang..
dia hanya tersenyum menjawab segala tohmahan..
berlandaskan jiwa keras di sebalik perlakuan lembut yg ditonjolkan..
bagi pendapat aku tentang isu-isu besar ini..
mengangguk tidak, menggeleng pun tidak..
dia lebih berhak menentukan hala tuju hidupnya..
yang aku lihat..
pegangan hidupnya itu berdiri teguh..
biarlah apa yang dikatakan orang..
dia tetap menyanyi dan menghibur.. dan terus digilai peminat..
walaupun seribu mencerca.. yang berjuta masih lagi berdiri dibelakangnya..
mungkin dia gembira dgn cara hidup dia..
biarkanlah dia..
..
ada masa kejayaan akademik itu bukan pengukur
kejayaan seseorang untuk berjaya dalam hidup..
aku suka pegangan hidup dia..
orang yang teliti menilai..
tidak bersandarkan kepada hiburan semata-mata..
walaupun dia hanyalah artis biasa..
kita juga boleh belajar dari dia..
semua orang bermula dari bawah.. tetapi sampai ke puncak mudah lupa diri..
tp dia tidak..
makin hari makin manis senyuman walaupun kata2nya makin tegas kedengaran..
..
jika kita melihat dari bakat.. kita bakal terpegun..
jika kita melihat dari kejayaan.. ada byk yang perlu kita sedar..
dari sikap beliau secara individu..
byk yang boleh kita ambil..
ikatan dengan keluarga jangan kita abaikan..
apalah salahnya memilih abang dan adik sebagai pengurus diri kita
kerana mereka lebih rapat dan tahu serba serbi perihal kita.
itulah kunci permulaan kejayaan dia..
apalah salahnya menjaga maruah dengan sentiasa berwaspada..
kerana di luar sana menunggu masa mengejar kesempatan tidak kira masa..
yang baik itu kita jadikan pengajaran..
yang buruk itu jadikan sempadan..
..
kepada Dato' Siti Nurhaliza Taruddin
Selamat Hari Lahir
dari peminatmu
yang dulu cilik kini sudah boleh berfikir..
.

24 comments:

IMANSHAH said...

Siti

sila hantar sebijik kek yang lebih tu padaku

cik jue said...

siti mmg terbaik. x kisah ape pn org kata. org pahang 2..keh2..tibe jer =0

Eazy Izzuddin said...

selamat hari lahir penghibur ku juga...
sebab tu email siti_din89
siti, ku minat dikau dari skolah rendah hehe

Nana Liyana said...

dulu nana minat dier nih , tapii xtau la lame2 dh x minat plak . hihi . :)

panadol lagi said...

hahaha..fanatik nyer kita..
hepi besday siti !!!!
kahkahaa

sarah zulk said...

aku bukan peminat tegar dato siti. tapi aku suke dia... sbb bila dgr suara dia. senang rasenye.. tambah dgn cara dia bawak diri.. tak mudah melatah dengan kata orang.. tambah lagi, senyum tak penah lekang dri bibir siti.. =)

hans said...

dah berapa umur dato ct nih?

P/S : Mak Nih Bisinglah!!!! Cuba Mak Diam Sikittt!

iKhRam said...

IMANSHAH : Abg shah nak ke.. kalau nak.. kitaorg g mintak kat siti.. kek mahal tu

iKhRam said...

cik jue : orang pahang suare memang sedap2 kan.. itulah yg kita kene belajar.. menjadi kebal dgn diri sendiri..

iKhRam said...

eazy Izzuddin : sama la kita sama2 minat siti.. haha dari sekolah rendahjuga.. byk lagu dia saya hafal.. hahaha

iKhRam said...

nana : macam mana dulu minat skrg tak minat.. jgn la macam tu.. hahaha..

iKhRam said...

panadol lagi : sama2 kita fanatik.. yg kesian rumate ko tu la merangkap adik aku.. tertekan melihat org yg rapat fanatikkan siti.. hahaha

iKhRam said...

sarah zulk : pembawakkan diri itu penting tidak kira siapa kita.. sama ada artis atau bukan.. nak menjadi diri bukan mudah.. tp nak meruntuhkan sekelip mata sahaja..

iKhRam said...

hans : kalau tak silap.. 32..
kalau tersilap pun munkin setahun dua je kot

dayah SnoW Heuka said...

wo0oo happy besday siti... err hadiah??

New Entry "im ugly n im proud. enough!! "

afzan said...

masih teringat masa sekolah dulu-dulu naik bas gi skolah sama2 ngan siti :)

nora said...

wow aku bukan Dato'Siti pun aku dah teharu ni

iKhRam said...

dayah snow heuka : hadiah.. ??
semalam tolong promote nyanyi lagu siti masa karoake dgn kawan2.. hahaha... tak mampu nak beli hadiah kat siti... sekadar menyokong dari belakng je la.. lagipun mesti dato k beli macam2..

iKhRam said...

afzan : ye ke?? best tu.. mesti tengok siti tak berkelip mata.. al maklum la siti kan cute masa tu.. hehehe...

iKhRam said...

nora : tak kenal maka tak cinta... cite pasal siti ni.. cubit paha kanan paha kiri pun terasa kadang2.. hahaha..

ANATI SOKI said...

ulalalalal.. dato' ct... :) tabik spring die

iKhRam said...

ANATI SOKI : nak tabik jugak lah.. hahaha

Keyrill Eduardo Willeyhem said...

hepi birthday ... heheheh! buat kak Siti lah,.... :D

zacky ~786~ said...

sy minat siti gak.. sejak kcik2 dulu.. wahh .. siti mmg terbaik..

hppy bufday.. dato :)